Monday 25 May 2009

LAWATAN 'MENGEJUT' KE KERAMAT MALL 21 Mei 2009

Majlis Kenyataan Media atau PC di hujung lawatan dalam pasar. Dato Bandar, Menteri WP, Drs Sulaiman Ketua Bahagian UMNO dan KSU Kementerian WP. Bayangkan kalau saya tiada bermakna seolah-seolah saya tidak mengambil tahu isu yang begitu penting. Saya terpaksa berkejar balik dari program di PD bila dimaklumkan oleh seorang peniaga pasar Keramat sekarang sebab itulah saya berpakaian kasual/sukan, tambahan pula saya tidak langsung menjangkakan yang majlis ini begitu rasmi. Keramat Mall telah saya lawati sebelum jadi YB, masukkan dalam janji saya yang Projek ini akan siap dalam masa era saya jadi Wakil Rakyat. Selepas pikul amanah ini saya turun beberapa kali malah yang awal2 tu DBKL tidak mahu hantar wakil pun dan tidak mahu bagi kebenaran, tapi demi rakyat yang saya wakili saya turun juga dan mendapat penerangan dari Jurutera bertugas. Selepas itu isu Keramat Mall jadi satu kemestian saya bangkitkan termasuk isu Dewan Orang Ramai Dato Keramat, isu Taman Tasik Dato Keramat dan Jejambat Pejalan Kaki dari LRT Damai. Boleh semak tengok dalam Hansard Parlimen. Untuk kali ini saya akan masukkan dalam ucapan saya nanti.

Di Belakang kelihatan skrin dimana konsultan projek membuat pembentangan diawal majlis. Saya hanya sampai semasa setelah separuh pembentangan.

Dato, Dato sekarang adalah Menteri WP kepada semua orang termasuk saya dan semua penduduk WP. Saya pula Wakil Rakyat di Titiwangsa. Dato tidak boleh bawa mind-set Ketua Bahagian UMNO sekarang, kena berfikir, bercakap danbertindak sebagai seorang Menteri.

Berbicara dengan Dato Bandar. Saya pun tidak tau majlis ni jadi besar dan rasmi macam ni, kata Dato Bandar Dato Fuad. Nampaknya gitulah Dato, orang2 Dato pun terima arahan sahaja, takkan mereka pandai2 nak reka dan buat keputusan sendiri.

Walau macam mana pun yang penting KeramatMall sudah disiapkan, cuma saya minta DBKL belanja lagi beberapa juta untuk tambah loading-bay, luaskan lorong untuk tolak tong2 ikan, tambah lif barang yang lebih besar dan untuk heavy-usage, tambah parking, sediakan tempat sembelih ayam dalam kawasan Keramat Mall sendiri dan beberapa perkara yang munasabah. Peniaga pula kena bertolak ansur disana-sini. Persatuan jangan halang peniaga keriang, tukang jahit dan kedai emas , baju dll dari berpindah. InsyaAllah masalah boleh diatasi terutama jika tiada campur-tangan politik yg berlebihan.

Dr Lo'lo'

3 comments:

Mr. Saiko said...

Nampaknya kelihatan BEKAS MP TITIWANGSA, Dato' Sulaiman Muhammad dalam gambar (Berjaket Kuning). HERAN...... mengapa bekas MP boleh diundang sedangkan MP yang memegang jawatan secara sah dipinggirkan.... Nampaknya YB Raja Nong Chik Masih lagi bawa mentaliti PARTI walaupun sudah jadi MENTERI.... hmm......

Unknown said...

Tu lah pasal kalau dah takdak sapa yang layak jadi menteri dlm UMNO, yang tak bertanding p/raya pun dpt jadi menteri..

yang hempas pulas menang duk saja la dalam parlimen tu...tu pun belum tentu hadir!

tapi nak buat macam mana dah kausa mutlak kat tangan Najib!

gambar2 ni tadi realiti sebenar pada hari tu....

blogger2 umno dah tak dak hujah dah...

lagi2 yang penakut dengan nama ANYNOMOUS

kah kah kah

hidup PAKATAN RAKYAT!

The Revolution said...

SALAM...

SAYA MASIH MENUNGGU COMMENT SAYA YANG SEBELUM INI...
MASIH TIDAK KELUAR LAGI...
MANALAH COMMENT TU KAN????
DAH BUAT MASUK TIDUR KE???

SAYA MASIH MENUNGGU MANA DIA HAK KEBEBASAN BERSUARA YANG DR PERJUANGKAN DULU...

I'M WAITING.....

TERIMA KASIH LA SGT2...
SALAM...