Monday, 11 May 2009

TERKINI:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah diRAMPAS jawatan tersebut awal bulan lalu.

12 comments:

Hasbullah Pit said...

Puan YB

bila masa pula Nizar digugurkan dari jawatan?

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

Alhamdulillah...
Segalanya berjalan lancar...
Kalau Nizar kalah, mesti kecoh huru-hara Malaysia...
Syukur kepada ALLAH atas keamanan ini...

Walau bagaimanapun, tahniah kepada penderhaka dan pengkhianat MELAYU atas keputusan mahkamah yang menyebelahi beliau ini...
Semoga dapat terus memperjuangkan perjuangan DAP...

Sekali lagi sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada DS Nizar...

Terima Kasih...
Salam...

Hj Shaari said...

Saya setuju dengan pendapat Revolution.

Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.
Belum habis lagi!
Nak tahu juga epilog nya.
Minta2 jangan huru hara macam orang mabuk kuasa kat dewan tempoh hari, dah le!!

CD said...

Kpd The Revolution & Hj Shaari

Tak tau la kalau anda berdua ni buta ke pekak.kalau umno tu,umno jugak.suka tipu diri sendiri.Walhal anda tau umno yg bawak masuk polis dlm dun perak buat huru-hara sbb mabuk kuasa.

Nizar bg geran tanah pd cina miskin anda ckp penderhaka.abis tu umno bg genting highland buat tapak judi pd lim goh tong,bg pulau pangkor pd vincent tan anda taknak ckp apa2 ke?

Allah tu Maha Berkehendak,sbb tu nizar menang.Takbir!!!Allahuakbar

-CD-

kita... said...

The Revolution & Hj. Shaari mohon baca yer...

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.


Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

http://msomelayu.blogspot.com/.

kita said...

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA

11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.

Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.

-misabah blogspot com

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi....

Bawa masuk polis kat dalam DUN yang buat huru-hara????
X sedar diri lagi tu...
Tak terima kenyataan lagi tu...
Yang PR dok terpekik terlolong tu ape???
yang pergi serang ADUN BN tu ape???
Yang dok patah2 kan microphone tu ape???
Yang panjat kerusi, jerit jerit tu ape????
Inilah dia sikap pembangkang yang tidak reti terima kesalahan, kelemahan diri sendiri serta tidak terima kenyataan...

Penderhaka???
Bukan masalah tanah je....
Berhasrat untuk saman SULTAN lagi...
Baling batu pada kereta RAJA lagi...
Baring tengah jalan menghalang laluan RAJA lagi...
Buat demonstrasi DERHAKA KEPADA SULTAN lagi...

Mungkin anda tidak perasan kot...
Tak pe...
Kami sudah tahu sikap pembangkang ni...
Ini perkara biasa...
Kesalahan sendiri... mana nampak...
Dah faham sangat dah...

kepada CD,
Siapa yang buta sekarang ni???
Siapa pula yang pekak ini???
pelik2....
Dah tahu, tanye pula...

Terima Kasih...
Salam...

CD said...

Revolution,revolution

Anda jgn cuba nak mula bercakap berkenaan derhaka dan samseng.Saya boleh ceritakan satu persatu berkenaan sejarah penderhakaan umno kepada sultan,tp mungkin tak perlu sbb anda sendiri pun dah tahu tp anda suka tipu diri sendiri.

Berkenaan terpekik,terlolong,patahkan microphone,saya nak mintak anda buktikan bila masa adun PR yg buat semua tu.Kalau anda nak saya ada gambar hee yit foong sembur serbuk lada pada mata adun aulong,seorg OKU.Dan utk pengetahuan anda (itupun kalau anda ni memang tak tahu undang2 dlm dewan la) polis tak ada kuasa di dlm dewan,apatah lagi mengheret seorg speaker yg sah keluar dari dewan.

Jadi,bila anda tanya siapa yg buta,siapa yg pekak jawapannya ialah UMNO...

-CD-

umnononok said...

revolution
Anda ni seorang umno totok yang mangkok. beruntungnye umno ade penyokong tegar yang mangkok lagi bongok mcm anda.
umno ni sbenornye takut nak buat pilihanraya kecil negeri Perak, takut kalah lagi teruk. Tu je sbenarnya...

mamakzambrytehtarik1 said...

kpd Hj Shaari
Kesiaaaan sungguh sy pada awk
Meskipun awk dah pegi haji, namun awk masih lagi x dpt bezakan yg mana hak, yg mana batil. kesiaaaan...

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

Kepada 'CD'(cetak rompak),
Saya sokong perbuatan hee yit foong itu sebagai satu perbuatan mempertahankan diri....
Mungkin ada penderhakaan UMNO kepada SULTAN tetapi semua perkara itu telah selesai dan ia sudah lenyap...

Tetapi pada hari ini, DAP,PKR dan penyokong PAS yang derhaka kepada SULTAN...
Perkara ini masih belum selesai dan masih terkumat-kamit dimulut orang MELAYU....
Jangan nak sangkal lagi...
Penderhakaan Tan Ah Chong (Nizar) telah terpahat dihati SULTAN AZLAN SHAH dan hati orang MELAYU...
Kisahnya sekarang, NIZAR dan DAP PERAK derhaka kepada SULTAN...

Kepada 'umnononok',
Memang UMNO ada penyokong tegar...
tetapi,
Jangan lupa juga bahawa PAS juga mempunyai penyokong tegar dan taksub terhadap pemimpin dan partinya...
Cakap orang tetapi tidak cermin diri sendiri...

Ketaksuban penyokong PAS lebih teruk...
Sehingga fatwa MUFTI yang tidak ada kepentingan politik dihina...
MUFTI yang bebas daripada poliitik dihina...
Bila fatwa MUFTI yang selari dengan PAS maka dipuji habis-habisan...
Tetapi,
Bila bertentang dengan PAS maka MUFTI itu dihina , dicaci, dikutuk dan banyak lagi yang terjadi...
Ketaksuban penyokong PAS bertambah apabila titah SULTAN ditentang...
Demonstrasi DERHAKA KEPADA SULTAN dilakukan...
Kereta raja dibaling dengan batu...
Sanggup baring atas jalan untuk halang laluan raja...

Siapa yang lebih taksub????
Tolonglah sedar diri itu sedikit...
Cerminlah diri itu ok....

Terima KAsih...
Salam...

Dimensi said...

Commentors sekalian,

I don't think we need to respond to revolution's allegations. It's blatantly obvious that he is either a fanatic or part of the paid umno cyber squad whose job is to create havoc and show that there are also voices from the public which are inclined to the those of umno's, albeit unsuccessfully.

One thing he doesn't realize is whatever he said has just proved that he is no more than an empty can. His comments are loud but unsubstantiated and full of emotions, showing that he doesn't think before he speaks or maybe is not capable of thinking rationally at all.

By arguing with him we are just bringing our standard down to his level and we certainly do not want that to happen. I suspect that Revolution will undoubtfully harshly respond to this comment but we shall just let him rattle in futile. We the PR supporters are the enlightened ones and we do not need to waste our time with people from the primitive age like this one.