Wednesday 27 May 2009

MAJLIS PERJUMPAAN AHLI-AHLI PARLIMEN KL DENGAN DATO BANDAR KUALA LUMPUR 26 Mei 2009 dari 5pm hingga 8pm ( dilanjutkan dari 7pm ) Bilik Mesyuarat DBKL Tingkat 30 Menara DBKL Jalan Raja Laut Semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir termasuk Bandar Tun Razak yang diwakili YAB Tan Sri Khalid. Banyak isu-isu yang dibangkitkan. Paling tabah antara kami adalah YB Puan Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sedang sarat mengandung anak kedua. Malah saya melihat sendiri dia menarik dan melepaskan nafas untuk mengurangkan sakit kontraksi iaitu kontraksi pra-matang. Bukan mudah bagi seorang Wakil Rakyat yang masih muda dan baru memulakan keluarga pada masa sama memegang amanah dan tanggung-jawab yang besar sebagai Wakil Rakyat. Namun YB Nurul Izzah begitu cekal dan terus memenuhi tanggung-jawabnya semampu mungkin. Saya akan senaraikan isu-isu yang saya bangkitkan pada hari tersebut disini nanti. Perjumpaan begini lebih banyak munafaatnya kerana Dato Bandar hadir bersama seluruh kepimpinan DBKL iaitu Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Jabatan. Dr Lo'lo'

3 comments:

Anonymous said...

buatlah perbincangan cara menyelesaikan masalah. Tapi jgn berbincang utk menunding jari sahaja... nobody perfect except Rasulullah..

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Pertanyaan ..kenapa Dr Lo Lo tak buat laporan tak buat kenyataan media mendesah YB Azmin meminta maaf kerana MENGHINA KAUM WANITA dgn memanggil calon bebas di PENANTI "minah ronggeng?"..

Saya rasa kenyataan YB Azmin tu memang jelas menghina daripada kenyataan Menteri WP. Saya baca statement YB Dr Lo LO pun saya boleh nak gelak..

Dalam ini saya nak tegur tolong lah YB Dr tunjuk sikit kecerdikan YB Dr yang berpendidikan tinggi itu dalam menafsirkan kenyataan Menteri WP. Malu saya mendengarnya

Generasi Pejuang Bangsa said...

Saya ingin mempersoal YB jika

YB DR LO' LO' TERUS MEMBUAT STATEMENT DAN PRESS CONFERENCE YANG MENDAKWA YB SENATOR RAJA NONG CHIK MENHINA KAUM HAWA DAN GOLONGAN WANITA.

kenapa YB senyap membisu ..

BILA AZMIN ALI MENGGELARKAN AMINAH ABDULLAH(CALON BEBAS PENANTI) DENGAN NAMA 'MINAH RONGGENG' SEWAKTU BERKEMPEN DI DUN PENANTI,


DR LO' LO' MASIH BERDIAM DAN TIDAK MEMPERTAHANKAN GOLONGAN WANITA...
SEDANGKAN GELARAN INI YANG SECARA JELAS MENGHINA KAUM WANITA...