Friday, 22 May 2009

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGHORMATI DAN BIADAP TERHADAP WANITA. Saya merakamkan kekesalan saya atas sikap Menteri WP yang baru YB Senator Dato Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen malah biadap tehadap wanita. YB Menteri dalam 'Lawatan Mengejut' ke Keramat Mall Kg Dato Keramat petang semalam Khamis 20 Mei telah mengeluarkan kata-kata berikut apabila saya mengkritik dia kerana tidak memaklumkan lawatan tersebut kepada saya selaku Ahi Parlimen Titiwangsa. " I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?" Kata-kata seperti ini sangat tidak layak dikeluarkan oleh seorang Menteri apatah lagi Menteri yang baru dilantik malah belum lagi pun mengadakan sebarang pertemuan rasmi dengan Ahli-Ahli Parlimen WP seperti yang dijanjikan. Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang Wanita Islam yang menjaga syahsyiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang Menteri lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walau pun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan. Apa yang dikatakan 'Lawatan Mengejut' adalah tidak benar kerana turut serta dalam lawatan tersebut adalah KSU Kementerian WP dan beberapa pegawai tinggi kementerian, Dato Bandar KL, Ketua Pengarah DBKL dan sebahagian besar Pengarah-Pengarah Jabatan-Jabatan serta Pegawai-pegawai Tinggi sehinggalah kepada kakitangan rendah DBKL. Saya juga lihat dalam majlis tersebut ada atur-cara rasmi yang disediakan dalam helaian bercetak, taklimat oleh konsultan, jamuan dan persiapan-persiapan lain. Persatuan Peniaga WP cawangan Pasar Dato Keramat juga diwakili oleh semua AJK, dan yang paling menonjol adalah kehadiran Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa bersama Timbalan, AJK, Wanita dan Pemuda UMNO. Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa diberi tempat istimewa sebelah Menteri WP sepanjang majlis tersebut. Saya ambil kesempatan ini untuk maklumkan secara terbuka kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang saya kira telah mengambil keputusan yang kurang tepat dengan melantik seorang yang bukan Ahli Parlimen, yang tiada latar belakang Pentadbiran dan hanya seorang Ketua Bahagian yang berlatar belakangkan dunia korporat untuk menerajui sebuah Kementerian yang penting seperti Kementerian WP; sehinggakan beliau tidak mampu memposisikan diri beliau sebagai seorang Menteri kepada semua warga WP dan bukan hanya seorang Ketua Bahagian UMNO. Saya telah melalui pengalaman selama setahun bekerja dengan Menteri WP yang lalu DS Zulhasnan yang jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap prpfesional terhadap saya dan juga Ahli-ahli Parlimen WP yang lain. Saya curiga apakah kesalahan besar yang dilakukan Menteri WP yang lalu sehingga beliau disingkirkan sedangkan beliau juga adalah seorang Ahli Parlimen. Slogan Satu Malaysia PM kini semakin terbukti hanya retorik semata-mata kerana tidak dapat dihayati oleh Menteri Kabinet lantikan beliau sendiri dan oleh agensi kerajaan seperti DBKL yang dikongkong sedemikian rupa oleh UMNO/BN. Namun saya kira ini akan memberi 'Political Mileage' kepada Pakatan Rakyat kerana sikap Menteri yang keterlaluan dan DBKL yang tidak mesra Wakil-wakil Rakyat akan menambah ketidak-puasan hati rakyat kepada UMNO/BN. Sekian, terima kasih atas kerjasama semua ahli-ahli Yang Berhormat, Wanita Pakatan Rakyat, NGO-NGO, kakitangan Pejabat Agung PAS dan terutamanya pihak media yang sudi hadir. Dr Lo'lo' bt Dato' Hj Mohamad Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa 21 Mei 2009

54 comments:

loloq said...

yang Dr duk sibuk2 nak mengikut die tu ape pasal..org tu dah wat keje baru lah dr terhegeh hegeh nak mengikut...konon2 nak tunjuk kan dr pon buat kerja la..chet..pegi lah

Anonymous said...

betul lah kata kata menteri itu..takkan la nak dtg situ kene bagitau YB Lo' Lo'....kalau saya nak dtg sana pon kene bagitau jugak ke?semua nak kene report ke?pikir la YB...jangan emosional...dan jangan kecik hati guna kan isu wanita..

Melayu Islam.Benar said...

Salam Dr. Lo' Lo',
saya tak faham y bila tang tu, Dr. tahu pulak terasa & bercakap soal sensitiviti wanita muslimah yg menjaga sahsiah diri. tapi bila elizabeth yg berdua2an dengan lelaki islam, dr. & sahabat2 dr. bukan main memberi moral support sehingga tak timbul soal sensitiviti menjaga sahsiah diri ini & ciri2 pemimpin Islam yg dilaungkan. dimana pergi prinsip itu & mengapa ada double standard, Y bila time elizabeth , dr. & sahabat2 lain tak sensitif pasal Islam ??
lagi satu dato raja nong chik secara peribadi dengan rasa tanggunjawab & kesedaran telah memohon maaf pada Dr. tapi dr. lo'lo seolah tidak memaafkan ( itu hak Dr. ) malah memanjangkan citer di blog bagi semua orang tahu mengaibkan orang lagi & diri sendiri. Persoalan nya sekarang Adakah itu ciri seorang pemimpin Islam Muslimah yg terpuji, yang jujur ikhlas ? yg perlu diikuti & dihormati ?? Tepuk dada tanya selera. Ini komen ikhlas saya.

Peniaga Keramat Mall said...

Saya rasa menteri WP yang main politik picisan. Walaupun berlainan parti, sepatutnya apabila masuk mana-mana kawasan sepatutnya bagitaulah dulu. Kalau anda masuk sekolah, anda mestilah inform guru besar, barulah nampak anda orang yang berhemah dan hormatkan authoriti tempat tu. Begitu juga jika anda masuk rumah orang, kalau tak bagitau mestilah timbul masalah. Kalau PM buat lawatan kerja ke mana2 negeri, pun pasti bagitau wakil kerajaan negeri. Lainlah kalau turun shopping. Kita bercakap tentang LAWATAN KERJA, mestilah ikut saluran yang betul.

Keramat Mall tu dalam kawasan Titiwangsa, dan wakil rakyat yang dipilih rakyat adalah YB Dr Lo'lo', mestilah kena bagitau Dr YB. Ini bagitau Ketua Bahagian UMNO. Takpelah kalau nak bagitau jugak, tapi yang lebih penting adalah mengikut saluran rasmi.

Itu satu dah salah besar. Tambah lagi apabila ditanya, beri jawapan macam samseng kampung. Langsung tak tunjuk hormat malah menghina pulak tu. Bila dah jadi menteri, walaupun dipilih ikut pintu belakang, mestilah tunjuk hemah sebagai seorang menteri. Kata2 tersebut sangatlah tak wajar, membuka aib diri sendiri, dan menunjukkan peribadi yang rendah.

Kalau di luar negara, kata2 macam ni boleh membuatkan menteri tersebut didakwa. Sensitiviti wanita pun menteri ni tak ambil hirau. Ini bukan saja masalah individu Dr Lo'lo', tapi melambangkan bagaimana persepsi menteri tersebut dan treatment beliau terhadap kaum wanita.


Saya sebagai rakyat Datuk Keramat rasa sedih apabila YB yang sah dipilih oleh rakyat diperlakukan sebegini. Lebih sedih lagi apabila mempunyai menteri yang rendah peribadi dan tidak menunjukkan kepimpinan kepada semua rakyat, hanya kepada bangsa2 umno sahaja.

Anonymous said...

Saya sebagai pengundi Titiwangsa amat tidak setuju Ahli Parlimen saya membuat hal daripada ungkapan sebegitu kecil. Kalau benar dia turun padang nak buat kerja, kenapa perlu ada protokol?. Jangan berperangai seperti UMNO dan Barisan Dr....kami singkirkan Dr kelak

senyuman said...

saya setuju itu satu bentuk penghinaan, ataupun kata2 yg agak biadap..tp saya 150% tak setuju ia gangguan seksual..ia lebih kpd spontaneous counter arguement bila YB Dr. persoalkan menteri tu tak bgtau YB Dr kehadirannya..saya rase dia xbersalah, walaupun lawatan kerja..sebab dia berhak sebg menteri..cume mungkin kurg sopan sbb xjmpt YB sebagai ketua kawasan itu..

No2nongchik said...

Umno bn dah tandus kepimpinan, sehingga terpaksa pilih manusia yg takde adab dan akhlak mcm raja nong chik ni jadi menteri..

Percayelah, ape yg menteri pintu blakang tu buat smalam akan menambahkan lg kebencian rakyat pd umno bn..

spesis terakhir umno akan berakhir pada PRU13 nanti, insya Allah..

aboudiabydoo said...

Saya juga pengundi Titiwangsa dan dah bosan sangat dah dengan politiking - tak kesah lah dari mana-mana parti YB. Bagi saya benda ni kecik sangat, takde pun gangguan seksual, cuma benda biasa yg Org Malaysia cakap kalau bengang dengan pihak yg satu lagi.

Ada sebab juga Raja Nong Chik buat gitu. Kenapa pulak perlu tanya YB kalau nak pergi Titiwangsa -- saya tak fahamlah, habis kalau Dr pergi kawasan Zulhasnan ada mintak kebenaran Zulhasnan, ada inform Zulhasnan dulu? Dulu sebelum YB menang pilihanraya Kawasan Titiwangsa, ada YB mintak kebenaran wakil rakyat BN sebelum buat program?

Biarlah YB. Yang penting hari ni dalam the Star dah dibgtau arahan akan dibuat pada DBKL supaya take action berkenaan masalah Peniaga Pasar Keramat. Eloklah tu.

Memanglah YB champion isu ni sejak menang itu hari, jadi baguslah dah ada perkembangan positif. Peniaga untung, rakyat pun untung.

Atau YB marah tak dapat kredit atau point dari rakyat. Nak jadi wakil rakyat nak dapat pujian atau kredit ke atau ikhlas nak tengok hidup rakyat dipermudahkan YB?

Muhasabah diri sikit YB. Marah kerana tak dapat kredit, bengang sebab Raja Nong Chik dapat coverage dalam suratkhabar -- itu semua hasutan atas kita orang Islam. Kalau betul Raja Nong Chik niat tak elok, serahkan pada Allah. Jangan tak elok, YB pulak buat tak elok, kemudian sebelah sana pulak mengata, YB pulak respon balik mengata balik. Last-last yang syok Setan, sebab berjaya menghasut, sdangkan asalnya kedua-dua pihak nak tolong peniaga - Nak dapat pahala dapat Bala!

Dia dah mintak maaf tu terima je lah. Lain kali saya pasti dia lebih sensitif.

Anonymous said...

Salam Dr. Apa yang gangguan seksual nya? Dr. ni tak faham ke gangguang seksual tu apa? Kalau Dr. tak faham, saya cadangkan Dr. buang title "Dr." di depan nama tu.

Saya boleh kasi Dr. faham apa itu gangguan seksual seperti yang tertera di Labor Laws of Malaysia yang dipetik dari Datin Paduka Marina Mahathir :

First of all, a definition of sexual harassment in the Malaysian Labour Laws:
4. SEXUAL HARRASSMENT
4.1 What Is Sexual Harassment?

* Sexual harassment means any unwelcome verbal, non-verbal, visual, psychological or physical conduct of a sexual nature that might, on reasonable grounds, be perceived by the victim as placing a condition of a sexual nature on his or her employment because of his or her sex.
* Sexual harassment may also consist of an unwelcome verbal, non-verbal, psychological or physical conduct of sexual nature that might, on reasonable grounds, be perceived by the victim as an insult or humiliation, or a threat to his or her well-being, and has no connection with his or her employment.
* Sexual harassment in the office includes work related harassment which happens outside the office. Such work related harassment may includes situations taking place at work-related social gathering or functions, conferences, workshop or training sessions and during work assignments outside the office.
* Sexual harassment in the course of work-related travel is also considered sexual harassment in the office. Where sexual harassment occurs as a result of employment responsibilities or relationship over the phone and through electronic media, it is also considered sexual harassment in the office.


__________________________


Buat apa pulak Datuk Raja Nong Chik nak bagitau Dr?

Dia berkhidmat sebagai MENTERI! Jauh lebih besar pangkatnya berbanding Dr.

Bayangkan, Takkanlah Menteri nak pegi ke kawasan pemerintahan beliau, beliau perlu beritahu GUARD yang jaga? Suka hati dia lah! Tu rumah dia!

Lagipun, dia bercakap secara SINIS! Takkanlah Dr ni tak belajar sastera kot? Buat malu je. Dr. pun baru setahun jadi wakil rakyat, dah perasan femes. Sudah-sudahlah, kalau dah tak berguna tu, tak berguna juga lah. Tak payah lah nak buruk2 kan orang lain.

Shame on you!

-Arif-

Anonymous said...

Saya rasa, kalau Dato' Astaman bertanding, sudah tentu Dr. kalah teruk pada PRU lepas!

Orang lebih suka Dato' Astaman!

aiyoyoyo aku rasa ni semua simptom tak dapat terima kekalahan nizar. muahahaha

no2nongchik said...

Ni lah die perangai sebenar org2 umno sengal yg rajin komen kat sini..

akan pertahankan jugak kesilapan pemimpin diorng buat, walaupun mmg confirm buat salah

udah2 la bodek oii...jawatan2 ni sementara ajer, Allah taala bagi pinjam jer, anytime Dia boleh tarik balik, so jangan lah sombong sangat.

Wahai menteri WP, bersikap profesional la skit, awak tu menteri WP, menteri bg semua org tak kira parti. Kalo x reti jd menteri, jaga umno lmbah pntai jer lah woii..

dalam parlimen siaplah kau nongchik!!

PAPA GOMO said...

APA MASAALAH DENGAN LUAHAN YANG MENTERI WILAYAH KATAKAN ITU???

EMMM DR NI DAH BUANG TABIAT AGAKNYA. UDAHLAH TU..KALAU TAKDA ISU TAKPAYAH LAH NAK DIREKA-REKA ISU. FITNAH TU BERDOSA. DR TAK TAKUT KE???

JANGAN INGAT DR SURE MASUK SYURGA. KITA NI UMAT ISLAM TAKPAYAH LAH NAK MENABUR FITNAH. KITA BERSATU DALAM MEMPERTAHANKAN ISLAM.

TAK NAMPAK PULAK YANG DR NI MEMPERTAHANKAN ISLAM!!!
TANG MANA TU ISLAM PADA DR???

YANG TERINDAH BUAT MU NIZAR BINTANG TIGA http://www.gomounited.com/2009/05/kenangan-indah-buat-mu-nizar-bintang.html

Anonymous said...

tak usah harap org hormat awak. awak kena hormat org sebab awak tu dipilih. bukannya terpilih. diulang.... dipilih.

Anonymous said...

pas banyak huru harakan melayu (islam). banyak buat fitnah dan fatwa yg mengarut, heran tu, ramai pulak yg percaya. agaknya tahap pemikiran mereka tu macam mana ya?

pas buat fitnah sebab pentingkan pribadi. yg nak ikut, nak caya pun agak-agaklah. anak aku yg darjah 6 pun tahu beza nik aziz cakap politik atau cakap islam.

satu lagi nak tanya. pas pernah kata umno haram sebab bergabung dgn mca dan mic.

pas bergabung dn dap camana? dap tu islam ke?

yg heran tu, pas cukupkan majoriti dap yg bolehkan dap memerintah dgn boneka melayu islam? camana tu? dap dah mualaf ke?

fikir agak-agak la.

pa'loi said...

Salam,

Dr sensitif sangat kot,

saya pun sensitif gak, bila Nga pandai2 men2 ngan ayat quran kita utk tujuan politik,

Klu ikhlas nak masuk islam buat betul2 pegi jumpa pihak yg berkenaan,

wasalam.

Anonymous said...

stuju dgn sindiran raja nongchik.
apa? ingat orang-orang pas beradap sangat ke?

banyak buat fitnah dan huru hara tu, beradap sangat ke tu?

Anonymous said...

KAMI SOKONG RAJA NONG CHIK! BOOOO PASSSSSSSS

The Revolution said...

SALAM...
SALAM REVOLUSI...

DAH TAK ADA ISU KE????
SAYA FIKIR INI CUMA ISU REMEH YANG CUBA MENGAIBKAN PEMIMPIN UMNO...

TIDAK PERLULAH UNTUK MEMBERITAHU DR. SEBELUM PERGI PASAR KERAMAT...
LAGI PUN ITU BUKAN PROJEK DR. YANG BUAT PUN...
DR DATANG TU PUN MELUM TENTU DIJEMPUT...
TETAPI, SEBAGAI WAKIL RAKYAT ORANG HORMAT LA...
DAH BAGI MASUK SEKALI PUN DAH BAIK...

KENYATAAN MENTERI ITU NAK PERLI DR SEBAB SETIAP KALI KERAJAAN BUAT MAJLIS, ORANG TAK JEMPUT PUN DR DATANG...
TETAPI, DISEBABKAN WAKIL RAKYAT ORANG TAK DE LA SAMPAI NAK HALAU...
BAGI JUGA LAH DUDUK KAT ATAS PENTAS TU...

LAIN KALI KITA KENA BERINGAT SEDIKIT...
ADA BATASNYA...
KALAU ISU2 MACAM INI LAH YANG DIMAINKAN DEKAT TITIWANGSA OLEH DR, TAK PAYAH LA LAWAN LAGI DEKAT TITIWANGSA INI...
BELUM TENTU MENANG LAGI...
KAMI TAK KAN BAGI UNDI LAGI DEKAT DR KALAU PERKARA BODOH SEPERTI INI PUN JADI ISU...

TERIMA KASIH...
SALAM...

Azharul Bin Abu said...

Alah kat KL ni biasa aku tgk PEREMPUAN BERTUDUNG kelantan bersedudukan dgn jantan bukan muhrim. klu kelantan perempuan PAS lah. Pura-pura alim tp hancur.. Tp Tuhan maha mangetahui, sbb tulah doa PAS tak dimakbulkan Tuhan. Tahnian Dr Zambry..

Frodo Baggins said...

Dr.... issue kecik jer ... jangan amik hati. Saya rasa Raja Nong lagi wibawa dari Dr. Kan gov dah tetapkan x yah red karpet or majlis besar2ran kalau nak g mana2.


Sensitiviti wanita & islam??? aiyooooo .... kes kak eli kita yg vouge tu lagi sensitip, tp xder tindakan pown. yg ada "tangisan dalam kepiluan sambil peluk2 bagai" ... xoxoxoxoxooxoxoo


Dr Lo'lo .... rilex yer ... mende kecik jer.

amieiezam said...

saya nak ke zoo negara esok, mungkin akan melalui sebahagian besar kawasan parlimen dr.

saya mohon dr sedia maklum akan kehadiran saya melalui jalan2 dalam parlimen dr.

harap maklum!

*kalau menteri pun kena maklum pada dr apa lagi RAKYAT MACAM SAYA

Anonymous said...

DR PENIPU! YUCCCKSSSSS!!!! keji sungguh! orang da mintak maaf. maafkan je lah. apesal nak letak dalam blog segalak? inikah Islam ? Podah la lu.

Anonymous said...

Tahniah YB diatas kehadiran YB di 'Keramat Mall'.

Saya antara insan yang hadir atas tiket jemputan secara tidak langsung ke Majlis sama, sempat melihat dan memerhati serta memahami apa yang berlaku di sana di depan mata.

Mohon faham bahawa saya bukan penyokong mana-mana pihak. Dan saya ingin kekal begitu agar komen langsung yang tulus dapat saya sampaikan kepada pihak DR dan juga pihak lain untuk kebaikan bersama.

Jutaan maaf dari saya,lebih awal saya mohon, andai apa yang terkata menyinggung rasa hati DR.

Sebenarnya, kedua-dua pihak ada kebenaran dan tersalah dalam perkara ini.

Pertama, lawatan yang diadakan oleh pihak Menteri Wilayah tanpa makluman kepada pihak Dr sememangnya salah.

Ini jelas kerana dapat dilihat ada kehadiran pihak UMNO, ketua bahagian terutamanya.

Ini menunjukkan maklumat tentang 'lawatan mengejut' secara langsung mahupun tidak disampaikan kepada kumpulan itu.

Maka tidak salah sekiranya maklumat sama disampaikan kepada pihak Dr hanya sebagai makluman.

Dr mahu hadir atau tidak, terpulang kerana itu didalam ruang budi bicara Dr.

Kehadiran Dr walau tidak dijemput atas faktor keprihatinan dan tuntutan tugas wajar dipuji.

Namun, teguran dari pihak Dr kepada YB Menteri secara terang-terangan dihadapan kumpulan hadiran ketika majlis itu, berhubung kegagalan menjemput Dr adalah dilihat kurang kena pada tempatnya.

Mungkin Dr boleh memberikan teguran itu secara lebih peribadi, dan 'one to one talk'.

Teguran terbuka ini mungkin mendatangkan aib kepada YB Menteri kerana barangkali segala perancangan yang dibuat, bukan datang dari beliau, dan datang dari pihak bawahan yang belum faham cara kerja baru kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Mungkin 'tersentap' dengan teguran yang diberikan Dr secara terbuka menjadikan YB Menteri 'hilang petimbangan' dan terus mengeluarkan kata-kata yang menjadikan Dr rasa terhina.

Maafkanlah beliau kerana beliau masih baru dan banyak yang perlu beliau belajar dalam ertikata memahami pergerakan cara kerja beliau sebagai seorang Menteri.

Orangnya masih kurang pengalaman. Kitalah yang sepatutnya memberikan teguran membina agar apa yang bakal beliau lakukan akan memberikan kebaikan kepada kita bersama.

Bukan mengatakan beliau tidak salah bila mengeluarkan kenyataan ini, salah tetap salah.

Cuma saya memandang perkara ini dari kaca mata kedua-dua pihak.

Dan sebenarnya Dr, saya sangat menghormati Dr sebagai seorang wanita yang berjuang dengan seadilnya.

Namun, ada ciri-ciri politik, baik di pihak Dr dan pihak YB Menteri.

Kehadiran ahli-ahli PR, menjadikan pihak Dr nampak tiada bezanya dengan apa yang dilakukan BN selama ini.

Dengan erti kata lain, PR dan pemimpinnya makin dekat, mula menjejaki langkah BN dahulu. Ini menjadikan apa yang dilakukan PR tiada bezanya dengan apa yang pernah dan sedang dilakukan BN.

Dan akhir sekali, keterangan Dr disini seolah-olah membuka pekuang di dada.

Sekali lagi Dr, bukan mengiyakan segala perlakukan YB Menteri yang telah salah, tetapi, saya masih ingat yang Dr memberitahu saya dan rakan lain, yang Dr akan menulis kepada YB Perdana Menteri berhubung perkara ini.

Jadi ada baiknya Dr teruskan usaha kearah itu.

Ini kerana seperti yang semua kita sedia maklum, kini, penilaian prestasi menteri dibuat melalui KPI setiap 6 bulan.

Moga apa yang dimaklumkan pihak Dr kepada YB PM akan dijadikan sebahagian dari asas penilaian nanti.

Maaf sekali lagi Dr andai pandangan saya yang kerdil ini, ada yang menguris perasaan Dr.

Apa pun, teruskan perjuangan Dr, dengan cara yang seadil mungkin.

Tahniah Dr, diatas kecemerlangan yang ditunjukkan. saya sesungguhnya kagum dengan keperibadian Dr.

Teruskan perjuangan, selagi ianya kekal di landasan yang benar.

R.Kumaran

Anonymous said...

Salam YB Dr,

saya rasa YB Dr. perlu betulkan address nama bagi Raja Nong Chik!

Title nama beliau yang sepatutnya ialah

YBM Senator Dato' Raja Nong Chik!

Beliau mempunyai perkataan "Mulia'. Harap YB Dr. betulkan.

Anonymous said...

apa hal ni...takut kena terjah dgn Menteri ke? ...


>>rakyat Malaysia tak sokong PR

Anonymous said...

kalau takut dgn Menteri tak payah terhegeh hegeh nak jadi Wakil Rakyat...

"don't mess with us (rakyat).."

pssst..kalau saya mau turun ke Tasik Titiwangsa kena bagitau sama Dr kah???????wakaka..saya kan rakyat..rakyat hakim negara :)

Hamba Allah said...

Assalamualaikum wbt...

Sangat panas ttg topik ni, tp i hope semua orang jgn melatah terlebih2 dln hal ni, Allah jdkan semua manusia ada kelemahan dan kebaikan masing2 even die PAS or UMNO..kalau nak menegur guna cara yg berhikmah..Rasulullah pun x pernah gune bahasa kesat kalau nak menegur org...

Dlm hal ni,Rasulullah kalu nak masuk rumah sahabat pon minta izin...the same goes 2 the related thing. Kalu Rasulullah sbg manusia Paling Mulia, Kekasih Allah pon ade akhlak mcm tu kenape kite manusia yg hina dina ni masuk rumah org, kawasan org tak dapat nak inform... i think i already make my point there...

Anonymous said...

Ws, Hamba Allah. Jangan guna Hamba Allah kerana kami semua pun Hamba Allah.

Anonymous, memang benar masuk rumah ORANG minta izin. Masalahnye, Titiwangsa tu bukan rumah Dr. Yang dia sentap tu ape pasal? Menteri Wilayah Persekutuan diperuntukkan kuasa ke atas SELURUH KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN! Itu rumah dia! Itu kawasan jajahan dia! So? Kenapa perlu mintak izin?

Dr. Lolo masa buat event sebelum jadi wakil rakyat PERNAH KE MINTAK IZIN?

TOLONGLAH JANGAN NAK MENEGAKKAN BENANG YANG SEMEMANGNYA BASAH!

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

Siapa kata Pasar Keramat itu YB DR LO' LO' yang punya???
Siapa kata itu rumah die???
Itu rakyat dan penduduk Dato' Keramat yang punya...
Menteri sudah minta masuk daripada peniaga2 pasar Dato' Keramat...
Jadi, menteri dah buat apa yang dilakukan oleh RASULULLAH...
Menteri sudah minta izin masuk kerumah daripada tuan rumah...

Sedar lah diri tu sedikit...
Yang YB dipilih rakyat untuk bantu rakyat bukan suruh jadi TUAN RUMAH TITIWANGSA...
KAMI bukan suruh YB buat TITIWANGSA macam rumah sendiri...
TITIWANGSA itu ALLAH yang punya yang diberikan kepada KAMI BERSAMA...
PASAR DATO' KERAMAT itu bukan YB yang punya...
peniaga2 pasar KERAMAT yang punya...

Nenek saya seorang peniaga di pasar keramat...
Tidak ada kecoh2 pun...
Kenapa YB yang lebih2...
Sedarlah diri...
Saya bukan nak biadap tetapi kalau isu macam ini pun nak mainkan, tak payah la...

Terima Kasih...
Salam...

Mastor Yus said...

Salam Hormat,

Inilah yang dikatakan politiking...

Faktor yang terpenting dalam lawatan ialah bantuan, sumbangan dan kerjasama YB. Menteri untuk para Peniaga dan Penduduk Datuk Keramat agar permasalahan yang sekian lama diselesaikan...

Faedahnya kepada orang ramai dan pengundi.

Bukankah tugas YB. Dr. untuk membela rakyat, rakyat seharusnya menjadi keutamaan bukannya perasaan peribadi.

Semasa Rasulullah S.A.W mengembangkan Islam beliau dicemuh dihina dan berbagai hal lagi demi ummah... Rasulullah S.A.W sabar dan terus berjuang.

Ingatlah Firman Allah S.W.T:-

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu katakan perkara yang tidak kamu ketahui, kemurkaan besar disisi Allah sekiranya kamua perkatakan perkara yang kamu tidak ketahui.

Janganlah Allah S.W.T pun kita nak politikkan. Allah mengetahui segala gerak geri kita. Janganlah tipu diri sendiri dalam mencari pangkat dan kedudukan... atau cuba jadi hero..

Penduduk Lrg Dtk Keramt said...

Betul kata dr..saya sebagai penduduk di sekitar tmpt tersebut amat terkilan.,wakil saya dihina seperti org yang tidak bertamadun.Sudah lah masuk ke rumah kita bagi salam pun x de.bila ditegur dia melenting pula.Ini kerana mereka ini sudah lama berkuasa sehinggakan mereka lupa menghormati hak2 org lain.Sekarang kita tahu siape sebenarnya yg gila kuasa.Orang mereka ini anggap merekalah berkuasa dan sanggup menjual dan mengambil hak orang lain.Mereka lupa yg berkuasa hanya satu ALLAH

saplo182 said...

hek3. hati popuan mudah tersentuh.. keh3. kene sindir ponk tak paham adeh, dr bile nak masuk raja lawak.. kiteorg leh undi.ekkeke

PAPA GOMO said...

KAH KAH KAH..
DR???
AWAT SENYAP JE???
KAT TANDAS KE???

NI LAH ALAM BLOGGER DR...
BIASALAH TU....
TABAH KAN HATI YE...

KAMI AKAN TERUS MENGHANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG!!!
JANGAN RISAU.

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR

Tok Pawi said...

YB terkejut ke Menteri boleh sampai di tempat yang YB susah nak pergi?

Anonymous said...

cayalah GOMO...wa sokong lu!

kehancuran dan kebenaran akan datang jua...ALLAHUAKBAR!

...aku sokong konsep SATU MALAYSIA

Anonymous said...

sokong satu malaysia?
e'eh,supporter UMNO da x sayang hak MELAYU ke??hahahah

Anonymous said...

Tak sayang hak Melayu takpe. Jangan tak sayang HAK ISLAM! BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR YANG BENCI AKAN ISLAM! YUCKSKKSKSS

ibu anas said...

Erm. saya mula2 ingat banyak betul Menteri WP bayar orang utk tunjukkan seolah2 rakyat sokong YB menteri dan tak sokong YB Dr.

Bila check dengan blogspot .. rupa2nya 80% comment dari orang yang sama.

Dr., jgn risau.. kami penduduk Dato' Keramat kenal benar dan bersama2 dengan Dr. Kami tau siapa yang benar siapa yang salah. Bukan sekali dua Dr. datang shopping kat sini. Sebelum jadi YB lagi Dr. dah rapat dengan rakyat.

Saya doakan Dr teguh dalam perjuangan. Syabas kerana keluarkan statement. Mmg bukan mudah utk mendidik masyarakat yang tidak terdedah dengan sikap hormati wanita. Tambah pulak jika berlawan dengan tuan menteri.

InshaAllah, lama kelamaan semua rakyat akan faham perjuangan Islam dan feminism Dr.

Anonymous said...

Seronok aku baca beberapa yang jelas datang ari org yang tak faham politik. Dr adalah Wakil Rakyat yang dipilih orang rakyat. Jadi sesiapa nak buat lawatan, tak kira menteri ke bapa menteri ke, kena bagi tahu wakil rakyat. Ini bukan pasal nak femes atau nak kan publisiti. In soal adab.
Cuba tengok semasa tanah runtuj kat jalan Ulu Kelang tempuh hari. Bila Pak Lah sampai ada Azmin. Bila Najib sampai ada Azmin. Bila orang2 besar yang lain sampai ada juga Azmin. Makna nya Azmin sebgai Wakil Rakyat diberi tahu.
Kalu dah silap itu mengaku je la. Okay la Raja dah minta maaf. Tapi perangai dia yang ajak ikut ketandas memang tidak boleh diterima.

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

Mungkin 'ibu anas' salah pandang agak nye...
memang ramai yang masuk tetapi ramai yang guna kan 'Anonymous'...
MEREKA INI BELUM TENTU ORANG YANG SAMA...
TETAPI,
ISU KECIL MACAM INI BUKAN NYE APA SANGAT...
ORANG SAMA ATAU TIDAK INI CUMA PERKARA KECIL...
TAK PAYAH LA SAYA NAK BESAR-BESARKAN...
ISU KECIL JE...

TETAPI,
HARI SEKARANG INI SUDAH ADA ORANG YANG MEMPERBESARKAN PERKARA KECIL...
SAMPAI BUAT PRESS CONFERENCE LA...
NAK BUAT MACAM MANE KAN...
KITA LAYAN JE LA...
BAGI LA DIA PELUANG BUAT ISU...
NAK BERTANDING LA KATAKAN...
KITA BANTULAH DIA...

TERIMA KASIH...
SALAM...

malaysia.suarademokrasi said...

Salam, Dr
Saya sbgai lelaki tak merasakan ayat tu sebagai gangguan sexual pun..
Biasa la kalau time panas, tak selesa, kurang senang...nak-nak pulak sakit hati dengan pembinaan Pasar tu yg selalu bermasalah.
Saya penduduk Keramat dan bwh Parlimen Setiawangsa.
Bagi saya,...saya respect dgn pemimpin2 BN yang selalu buat tinjauan dan bagi sumbangan.
Takkan la kalau nak derma,...nak visit,...nak kerja,...kena inform?
lagipun dia menteri,...Dr. cuma MP yang tak sampai pun satu penggal lagi.
Setakat ni saya tak nampak apa pun Mp Ampang, Titiwangsa, Gombak Setia buat kerja yang bantu ke arah rakyat.
Saya undi P.R Mac lepas,...tapi bila fikir balik...kesal.
Apa2 pun,...ayat Menteri tu biasa buat lelaki normal,...especially buat rakyat.
Kalau Dr. nak samakan ayat protokol dgn ayat pasar,...agak susah la sikit Dr.

www.sd-malaysia.blogspot.com

umno insaf said...

Sexual harassment may also consist of an unwelcome verbal, non-verbal, psychological or physical conduct of sexual nature that might, on reasonable grounds, be perceived by the victim as an insult or humiliation, or a threat to his or her well-being, and has no connection with his or her employment.

To Arif , what you have pasted above clearly stated that the verbal reaction by the not-so-honourable minister constitute sexual harrasment.

Anonymous said...

To umno-insaf,

Correct! Absolute correct! I am not saying what Dr said regarding sexual harrasment is wrong nor right. I am actually relating it with what Datin Paduka Marina had to said about the sexual harassment accusation by 3 BN Aduns in DUN Perak previously. Which Marina claimed, that is not type of sexual harassment!

Therefore, I am wondering, why does Dr. Lo'lo' did not respond about the sexual harrasment by DAP's ADUN in DUN Perak whilst she is now trying to influence people to believe that Nong Chik said something which is equivalent as sexual harassment?

Why and why?

Plus, if Marina said so that the 3 BN's ADUN case was NOT sexual harrasment. Therefore, that concluded the same for Dr. Lo'lo case. Worst, the 3 BN's ADUN were molested from behind which did not happen to Dr. Lo'lo.

Now, you decide! Which was the real sexual harassment?

Plus, what Nong Chik told Dr. Lo'lo' was known by everybody who was there! INCLUDING HER FRIENDS! Therefore, how can you regard that as sexual harassment? Why only Dr. Lo'lo said that it was a type of sexual harassment whilst others woman who was there did not?

Why so defensive regarding this matter? Why not telling the truth? Why are you hiding the truth?

Tell us more about Elizabeth. Was she on the right side? Was maksiat has been allowed in Islam? By whom? A new fatwa? Why not condemn her actions? If you can condemn Nong Chik's, why not Eli?

Nong Chik is a Minister of KL. Eli state assemblyman of Selangor. Read this quote :

"saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang Menteri lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat" - YB Dr. Lo'lo'

Can i say this ?

"saya merasa terhina dan tidak dapat menerima perbuatan oleh seorang Wakil Rakyat lebih-lebih lagi ia merosakkan imej agama Islam, negeri dan tanahir"

-Arif-

umnoinsaf said...

to arif,

i think you're completely missing the point. the fact that yb dr did not respond on adun bn perak incident doesn't imply that she's agreeing or not agreeing to what happened. thousands and thousands of things happen every day and it will be impossible for one person to respond to every subject matter. i think she was right to respond when the unfortunate and shameful incident happened to her.

regarding eli, you should be pity on her that something intrude her privacy. imagine your mom/sister sleeping at home and somebody else snapped her pics whilst she was deep in sleep and post it on the net. nobody sleep in full dress and rightly so! she wasn't captured in the pics as sleeping with somebody else but sleeping by herself which is totally right by any morale standards.

you sound like a person with brain but i wonder if your judgement is clouded with your political inclination.

liza (gurney height) said...

ni semua mudah je, menteri tu tak tau protokol. samakan antara pergi jalan-jalan pasar keramat dengan program bersama rakyat.

bila ditegur kelaur sikap sebenar. lepas tu terus minta maaf. mcm israel serang palestine lepas tu minta berdamai.

saya sokong usaha puan yb doktor utk ketengahkan isu ni. ini bukan saja masalah doktor secara peribadi, ini masalah semua wanita dalam malaysia ni - tak dihormati lelaki dan apabila mengadu diserang bertubi-tubi.

mungkin doktor boleh berkerjasama dengan sisters in islam dalam hal ni. mereka pun perjuangkan hak dan kehormatan wanita mcm doktor.

Arif said...

To umnoinsaf,

Am I missing the point or you doesn't want to reveal the actual point? That's the real fact, if she did not respond on the sexual harassment accusation by other ADUNs, why would she wanted people sympathy on behalf of hers right now? Well you think this action was right because you're her friend. ROFL

Excuse me, It's better for me to pity the 3 BN ADUNS rather than waste my pity for someone is not a Muslim had connection with other Muslim. That's even WORST! Yes, people deserve second chance. However, why didn't PR push her to resign? Why Fairus have to resign just because he wanted to further his studies? Aren't that weird? No, thats not weird. That sucks!

Well, my sister/mother wouldn't be caught having relation with a non-Muslim because they dont have the interest to do so. Or perhaps you too have the interest as Eli?

Ya right! There are thousands of issue spreading days by days. So, what should a female Wakil Rakyat do? Sit back and relax! Cool!

My judgment did not being influence or clouded by any political inclination. Everything was based on my rational thinking judgment.

Unknown said...

hebat gak isu ini...tak pernah blog dr lo' lo' penuh komen...dah lah anynomus..

dasar BN penakut dan pengecut..nak tegur pun tak berani tunjuk nama..baling batu sembunyi tangan....BODOH SOMBONG

terus bongkar penyelewengan umno dan bn...

-ex umno-

The Revolution said...

Salam...
SAlam Revolusi...

Yang tak tahu protokol itu Dr. Lo' Lo'...
Orang tak jemput pun datang juga...
Dah la orang tak jemput, pastu buat muka tak tahu malu duduk kat situ macam VIP...
VIP tak dijemput la katakan...

Sedarlah diri tu...
Dah tak dijemput pun nak datang juga...
Protokol apa namanya tu?????

Salam...

The Revolution said...

Salam...

Lepas ramai serang dekat sini dah tak berani dah nak bagi semua orang comment...
kena approve dulu plak...
tak payah nak approve...
buat je macam dulu...
Kenapa???
Tak boleh tahan ke???
Mana hak kebebasan kami untuk bersuara???
Bukan ke itu yang selalu Dr laung2 kan...
Tak payah Approve2... bagi je terus kami nak comment...
kami nak kebebasan bersuara seperti yang diperjuangkan oleh DR...

Cakap je lebih...
Buat tak juga...

Salam...

D'ayo said...

YB Dr,

Sebenarnya dia orang dah kalut... yalah terutamanya Ketua Bahagian UMNO tu... time dia jadi YB sampai dia kena turun... pasar baru tak siap-siap... tapi bila YB take over, pasar tu dah ada kemajuan, dewan orang ramai pun dah nak siap, tasik depan dewan tu pun dah nampak ada kemajuan... walaupun tertanya juga apasal tasik yang dah ok tu nak dielokkan lagi at teh first place... jadi kalau YB tak de in the picture hari tu, macam dia orang ajelah yang buat benda-benda tu bergerak... jadi YB... sabarlah, tapi kena jugak cerita kat public... yang saya nampak, melalui papar-paper PR... kena cerita sebab kita tak de TV... syabas...

Harris H said...

Doctor Lo'Lo',

The matter needs great patience and tact.What matters is that your integrity is intact; as the Keramat Mall is for the benefit of the community it was your duty to oversee all activities in it, offical or unofficial.

Please take comfort that the you were elected by the fair people of Titawangsa and this so call high handed senator is not.

Mr. Saiko said...

Assalamualaikum dan salam hormat...

2-3 hari juga tak dapat lawat blog ni sebab sibuk dengan urusan pilihnaraya di PENANTI.. Berbalik kepada isu antara YB Dr. Lo'Lo' dan YB Raja Nong Chik, pada saya ini soal isu sensitif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak. Mengeluarkan kata2 yang kurang menyenangkan kepada seorang yang bergelar YB adalah sesuatu yang dilihat KURANG SOPAN lebih2 lagi ianya dilafazkn oleh seorang yang berstatus MENTERI. Saya telah baca kebanyakan komen para sahabat dalam blog ini. Ternyata ada segelintir dari tuan2 disini TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN cara kita bertutur dengan wakil rakyat, Menteri2, Golongan Profesional, dan juga orang biasa.. Apabila berada di khalayak ramai, pertuturan dengan golongan ini adalah berbeza sedikit.. Itulah yang dimaksudkan dengan HORMAT.. Takkan nak guna bahasa pasar kan..

Berbalik kepada isu YB Raja Nong chik dan YB Dr. Lo'Lo', perkara ini dilihat dengan jelas bahawa cara Nong Chik melafazkan kata2 tersebut dilihat TIDAK SESUAI benar dengan tempat, waktu dan ketikanya.. Lebih2 lagi ianya dilafazkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan profesional yang seharusnya LEBIH JELAS dengan pertuturan yang saya maksudkan dengan HORMAT tadi.. Tetapi malangnya perkara ini tidak diamalkan oleh YB Raja Nong Chik.. Ini bukan soal YB Dr. Lo'Lo' cuba memperbesarkan perkara ini atau apa sahaja yang tuan2 sangkakan.. Tetapi ini adalah soal MORAL seorang MENTERI yang harus diketahui oleh semua pihak. Kalau dengan mudah seorang MENTERI mampu melafazkan kata LEKEH seperti itu kepada seorang wanita yang bergelar YB, bagaimana pula cara beliau bertutur dengan WANITA biasa. Tidak mustahil MUNGKIN beliau jauh lebih TIDAK MENGHORMATI wanita biasa. Perkara ini harus dipandang serius kerana ianya melibatkan seorang pemimpin masyarakat. Mungkin ada dari tuan2 yang merasakan cara YB Raja Nong ini hanya BERSELOROH sahaja. Kalau cara ini dianggap BERSELOROH, maksudnya beliau gagal membezakan bilakah waktunya yang sesuai untuk berseloroh..

Tentang komen tuan2 yang mengatakan PERLU KE SEORANG YB KAWASAN TERSEBUT dimaklumkan apabila ada lawatan dan program dibuat didalam kawasan YB TERSEBUT. Jawapannya PERLU. Mengapa perlu, kerana wakil rakyat adalah orang yang telah dipilih oleh rakyat dikawasan tersebut. Maka segala program, Majlis, lawatan, isu2 dan sebagainya melibatkan MENTERI2 dan wakil2 rasmi kerajaan di kawasan yang diwakili perlulah dimaklumkan kepada YB kawasan tersebut. Segala permasalahan yang melibatkan rakyat dan kepentingan rakyat dikawasan yang diwakili juga perlu mendapat makluman YB kawasan tersebut. Tindakan YB Raja Nong Chik yang tidak memaklumkan tentang lawatan beliau ke keramat mall kepada YB Dr. Lo'Lo dilihat seolah-olah membelakangkan wakil rakyat atau lebih tepat saya katakan sebagai MENIDAKKAN HAK YB Dr. Lo'Lo' sebagai wakil rakyat di Parlimen Titiwangsa. Perkara ini jelas memperlihatkan KETIDAKMATANGAN seorang MENTERI tentang kepentingan rakyat kerana wakil rakyat sendiri dipinggirkan. Mengapa KETUA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA dimaklumkan tentang lawatan YB Raja Nong Chik dan mengapa pula wakil rakyat yang SAH dibelakangkan. Siapa wakil rakyat???? Ketua UMNO kah atau AHLI PARLIMENnya kah.

Saya harap para pengunjung blog ini dan semua pembaca berfikir sedalam-dalamnya tentang isu ini. Ini isu MORAL, ini isu HAK WAKIL RAKYAT DIKETEPIKAN, Ini isu MENTERI yang TIDAK MENGHORMATI WAKIL RAKYAT yang telah dipilih....... RENUNGKAN.....

Wallahuaklam..... :)

Unknown said...

come on la bro..apa kejadahnya hangkut semua UMNO Titiwangsa dlm program tu. Ni bukan program parti @ mesyuarat bahagian. Ni program Kerajaan Malaysia utk rakyat Malaysia, pakai duit rakyat Malaysia. Jadi, sepatutnyalah wakil Parlimen yg dipilih oleh rakyat dijemput sama. Kata, "Rakyat Didahulukan". Hampehlah RNC ni...bende simple cam ni pun tak tahu...tu la kalau lama sangat dok dlm kepompong parti...dulu kini dan selamanya..

CD said...

Utk org2 yg ckp Titiwangsa ni bkn 'rumah' YB Dr Lo'lo',kalau ada masalah korg jgn la pegi ke pusat khidmat die mintak tlg.Dah la sesetengah tu pengecut,guna ID 'Anonymous' pastu nak ckp lebih2 plak.Dan perlu diingatkan Menteri buat lawatan kerja,bknnya saja2 dtg.kalo nak pegi shopping ye la xyah ckp.Bodoh btul la org yg x dpt bezakan tu,baik la diam dpd korg ckp pastu menampakkan lagi kebodohan.Satu lagi kpd sahabat yg menggunakan 'Anonymous' yg ckp nak mintak izin utk ke Tasik Titiwangsa tu,utk pengetahuan Tasik Titiwangsa bkn bwh Parlimen Titiwangsa,bodoh betul la ko,huahaha.Yg ckp Titiwangsa ni Allah yg punya aku setuju betul tp pasni kalo ade org nak dtg rumah ko xyah la mintak izin sbb tu bkn rumah ko pon,Allah yg punya.Yg nak pegi zoo negara tu kalo ko inform pon bknnye sape2 kisah pon sbb xde sape kenal ko.