Thursday, 14 May 2009

Program Turun Padang dalam Agenda SMAT ie Setahun Memegang Amanah di Titiwangsa. Pasar Malam pertama yang dikunjungi adalah Pasar Malam Taman Maluri, Kg. Pandan 13 Mei 2009

Putu cawan kegemaran saya sebab ini adalah kuih tradisional Perak

- penjualnya pun Yong & Yoep

Singgah sebentar buka puasa nazar hari kedua di gerai Mee Sup Hj Othman. Masing2 makan Mee Kari, Bihun Sup dan Laksa bersama2 cendol yang sangat sedap. pemanisnya juga adalah Apam Kampung yang dikukus panas2. Tengok sampai kembung Mulut.

Beramah mesra dengan pasangan cacat penglihatan yang menjual tisu untuk mencari rezeki halal. Mereka ini belum pernah dapat bantuan zakat atau JKM walaupun hampir setiap tahun hantar borang permohonan. Apa dah jadi? kenapa susah sangat birokrasi Kerajaan UMNO/BN sehingga yang jelas cacat dan OKU sehingga kini tiada pembelaan. Saya telah minta maklumat mereka dan mereka bersedia untuk datang PKWR. Pengampu2 UMNO/BN boleh ampu sampai dari siang kemalam ke subuh pun tapi inilah realiti Kerajaan UMNO/BN. Ini bukan satu kes yang saya jumpa, banyak lagi. Yang patut dapat pembelaan dinafikan, yang kroni didahulukan.

Hujan turun renyai-renyai, ada alasan pakai payung PAS.

Orang muda peniaga ayam dan daging.

Dr Lo'lo'

No comments: