Sunday, 21 June 2009

ALHAMDULILLAH, KEMELUT KERAJAAN PERPADUAN DAN ISU YAB TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT vs YB US NASARUDDIN SELESAI DENGAN KENYATAAN2 YG DIKELUARKAN OLEH PAKATAN RAKYAT DAN DARI MURSYIDUL AM SENDIRI.
TERHARU DAN SEBAK TENGOK TOK GURU MEMBACA KENYATAAN BERTULIS BELIAU DAN SETERUSNYA MENGHULUR TANGAN KEPADA US NASA DAN DATO PRESIDEN. LIHATLAH BESARNYA JIWA SEORANG PEMIMPIN HEBAT MEMAAFKAN DAN MERA'IKAN RAKAN PEMIMPIN YANG LEBIH MUDA DAN LEBIH JUNIOR DARINYA.

MAMPUKAH KITA MENDIDIK HATI DAN JIWA KITA UNTUK BERSIKAP TAWADHU' SEPERTI ITU....

DR LO'LO'

3 comments:

Johorean said...

Salam..

Kalau boleh YB jangan sebut dah perkataan tu...... saya pun dah malas dah ..nak tulis pun rasa `geli geleman`.. Apa pun.. tulisan YB jugak boleh difahami sebagai masih mennyalahkan Us Nash.. Kalaulah suara hati YB masih sebegitu .. bertaubatlah..

Dahlia said...

Saya juga bergenang air mata melihat betapa Besarnya Jiwa Tuan Guru Nik Aziz..Tawaddhuknya Subhanallah!

Ibubapa pun susah nak luahkan maaf kepada anak apabila melakukan kesilapan, suami pun berat nak ungkapkan perkataan maaf kepada isteri apabila tersilap.

Inikan Tuan Guru yang disanjung, dikenali seluruh dunia.

Subhanallah, contohilah TGNA.. Beliau merupakan pemimpin yang patut dijadikan tauladan..

Moga dirimu dikalangan ahli Syurga yang tertinggi..

p/s: Terima kasih Dr. atas penjelasan sebelum ini.

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™