Saturday 20 June 2009

Friday, June 19, 2009

Video: Kenyataan Media Kerajaan Perpaduan

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep 'Unity Government (UG)'.



Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.

1 comment:

Dahlia said...

Unity Goverment bukanlah bermakna PAS bergabung dengan UMNO, tapi PAS bersama menggerakkan kerajaan, Ini masih lagi di dalam perbincangan..

Jangan cepat melatah, berbincang dahulu, TGHA dan pimpinan pun tidak mengatakan kata putus lagi..Ust Nasha menjadi mangsa kerana beliau tidak banyak mengulas isu ini, bukan kerana beliau takut, tapi beliau wala' kepada pimpinan atas, dan tidak mahu keadaan menjadi lebih tegang.

Sepatutnya MP PAS mestilah menunjukkan contoh yang baik di mana tidak termakan dengan Media semasa..

Jangan kerana ini kita bercakaran sesama ahli, kita hilang kepercayaaan kepada pimpinan yang baru dilantik, kita tunjukkan yang kita punyai kuasa untuk melawan Majlis Syura..

Tunggulah perbincangan selepas ini.. Tunggu TGHA pulang hari ni dari London..

Saya sedih dengan ahli PAS yang terlalu cepat melenting.. Kita ahli yang ditarbiyyah bukan ini cara kita berfikir dan respon..