KAUNTER MESRA RAKYAT - Pendaftaran untuk SKIM MESRA USIA EMAS/ OKU & TAWAS, Semakan Daftar Pemilih
12 Jun 2009
Pada Jumaat lepas Kaunter Mesra Rakyat dibuka di luar Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang.
Bersyukur bagi rakyat Selangor, kerana bermacam-macam Kerajaan Negeri sediakan bagi mereka dibawah Agenda MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR. Limpahan rezeki dan keprihatinan ini juga meliputi anak-anak Selangor yang tinggal di Kuala Lumpur. Seorang anak Selangor yang berumur 60 tahun keatas atau mempunyai no k/p "10" di tengah boleh mendaftarkan dalam Skim Mesra Usia Emas, untuk mendapat khairat kematian sebanyak RM2500. Rm1000 akan dapat pada hari kematian dan RM1500 akan dapat kemudiannya. Untuk OKU anak Selangor pendaftaran SMUE boleh dibuat tanpa mengira umur.
Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor juga menyediakan Tabung Warisan Anak-Anak Selangor (TAWAS) iaitu kanak-kanak yang lahir mulai 1 Januari 2008 dan seterusnya, dimana sekurang2nya salah seorang ibu atau bapa adalah anak Selangor layak untuk mendapat satu akaun yang dimulakan sebanyak RM100 dari Tabung TAWAS dan seterusnya RM10 sebulan. Akaun ini hanya matang dan duit tabungan boleh dikeluarkan setelah anak tersebut berumur 18 tahun ke atas.
Kaum wanita antara pengunjung kaunter terutama semasa kaum lelaki solat Jumaat.
Kaum muslimin solat jumaat di siar kaki dan tepi-tepi gerai, kerana kawasan masjid dah penuh...
Faezah
No comments:
Post a Comment