Monday, 8 June 2009

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK.  Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

2 comments:

Anonymous said...

Sunday, June 7, 2009
USUL MENGHARAMKAN SIS: USTAZAH TERESSA KOK MEMBERI TAZKIRAH KEPADA PEMIMPIN PAS MENGENAI ERTI DEMOKRASI DAN KEADILAN

MALAYSIAKINI: DAP pandang serius desakan haramkan SIS



USTAZAH TERESA MEMBERI TAZKIRAH MENGENAI KEADILAN DAN DEMOKRASI KEPADA USTAZ PAS

" DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS). Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Teresa Kok berkata “ sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama.

Teresa kok menambah "SIS bebas bersuara dan jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan pendiriannya, maka perlu dibahas secara sopan dan terbuka. "Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita ".

Teresa berkata "Pada masa yang sama, Islam sendiri bersifat terbuka dengan menerima perbezaan pendapat yang boleh dibincang, dihujah atau dicari jalan penyelesaian melalui rundingan dan dialog.

1. BAGAIMANA DENGAN ULASAN USTAZ-USTAZ DALAM PAS SELEPAS DITEGUR OLEH USTAZAH DAP INI???

2. MEMANG ADA KEBENARANNYA USTAZAH DAP INI MENEGUR USTAZ PAS YANG SUDAH LUPA DARATAN DAN MENGANGGAP MEREKA SUDAH BERKUASA UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA.

3. SEKIRANYA USTAZ-USTAZ DALAM PAS TIDAK BERSETUJU DENGAN TAZKIRAH USTAZAH DAP INI, MENGAPAKAH DIADAKAN KERJASAMA POLITIK SEJAK DULU LAGI???

4. SEMUA TAHU DAP MEMANG MENOLAK ISLAM DAN KARPAL SINGH PERNAH BERKATA LANGKAH MAYAT DIA DULU KALAU PAS MAHU WUJUDKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA. MAKA MENGAPAKAH PEMIMPIN PAS MASIH MAHU MENGADAKAN PAKATAN DENGAN DAP YANG JELAS KAFIR DAN TIDAK MENRIMA ISLAM BERBANDING UMNO???

5. USTAZ-USTAZ DALAM PAS FIKIR-FIKIRKANLAH TAZKIRAH USTAZAH TERESA KOK ITU...


my note: JIKA SESEORANG itu mempertikaikan HUKUM ALLAH seperti mezahirkan bahawa PEMBAHAGIAN WASIAT mengikut UNDANG-UNDANG ISLAM adalah tidak adil,bukan kah dengan penilaian itu maka akidah seseorang itu sudah terpesong??
Maka banyak isu agama yg SIS telah bawa yg memang boleh dikatakan terpesong..

DImanakah tanggungjawab YB kerana tidak menegur semua wanita didalam SIS kerana tidak menutup aurat??

Sebelum YB memperjuangkan perkara yg lebih tinggi perkara AKIDAH WANITA yg lebih PENTING di perjuangkan..

300_musketers said...

Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: "Akan tiba kepada umat manusia masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap orang yg jujur sebaliknya orang yang jujur dianggap pendusta. Orang yang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dianggap pendusta. Dan para ruwaibidhoh mulai berbicara! Sahabat bertanya: Siapa itu Ruwaibidhoh? Baginda menjawab: Orang bodoh berbicara tentang urusan ummah. - Hadith Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Turmizy dan Ibn Majah.