Al Hujurat ayat 6 :
Hai orang2 yg beriman, jika dtg kpdmu org fasik membawa suatu berita,maka periksalah dgn teliti, agar kamu tdk menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Saya menerima panggilan talipon dari wartawan Malay Mail ptg semalam semasa dalam kereta balik dari HUKM.Wartawan ni shj yg ambil kenyataan saya, wartawan dari media lain tidak menghubungi saya pun. Dia minta saya komen tentang hukuman sebat terhadap model sambilan yang ditangkap kerana minum arak. Saya menyatakan antaranya; memang dalam Islam ada hukuman sebat kerana kesalahan minum arak, cuma dalam kes ini saya tidak pasti bila hukuman sebat ini mula dikuat-kuasakan oleh mahkamah Syariah. Hukuman sebat dalam Hukum Syariah adalah untuk mendidik dan ini saya tekan beberapa kali, sebab wartawan itu cuba memasukkan pandangan dia dalam jawapan saya tersebut. Saya juga menyatakan kebimbangan masyarakat yang tiada maklumat menganggap hukuman sebat mahkamah Syariah sama macam hukuman sebat mahkamah sivil, ini akan memberi persepsi yang buruk terhadap Islam khususnya mahkamah syariah lebih2 lagi pesalah adalah seorang wanita. Itu yang menjadi persoalan dan kebimbangan saya. Malah saya menyebut berkali2 pada wartawan tersebut, please dont manipulate my statement coz this is regarding Syariah Law. jawab dia, ok, ok Yb, I understand. Ada juga persoalan dibangitkan kenapa wanita yng ditangkap dan dihukum, lebih ramai orang lelaki yang minum arak tapi tak kena apa2 pun. Saya kata, macam kesalahan speeding, bawa kereta laju dari had, melambak yang speeding tapi nasiblah sape yang kena tangkap & sape yang tidak. Begitu juga kes model ini.Jadi mereka seolah2 nak memposisikan satu diskriminasi terhadap wanita telah berlaku disini oleh pengamal undang2 syariah Msia.
Pagi2 tadi saya telah dihubungi Tuan Zainul Rijal bertanya isu yg sama sebab dia tidak percaya apa yang diberitakan. Barulah saya dimaklumkan hukuman sebat ini telah dijatuhkan keatas seorang pesalah minum arak lelaki dari pantai timor Msia. Maklumat yang terkini saya dimaklumkan hukuman yang dijatuhkan pada 2005 tersebut belum dijalankan kerana pesalah membuat rayuan - lamanya kes ini tidak diselesaikan !
Saya juga dimaklumkan JAKIM ada menganjurkan bengkel tentang perlaksanaan hukuman sebat pada bulan April tahun ini 2009. Cuba bayangkan kami Ahli2 Parlimen dan ADUN2 tidak langsung diberitau apatah lagi untuk dijemput bagi menyertai bengkel tersebut sedangkan kami adalah 'Legislator' yg terlibat secara langsung dengan penggubalan undang2 dan perlu dimaklumkan tentang pelaksanaan sesuatu undang2.
Kepada yang membaca dan telah 'menghukum' saya dengan bahasa2 hebat melalui sms dan facebook saya nak beri bbrp nasihat - jgn percaya berita dari org2 yg fasiq, juga jgn cepat melabel, jgn cepat menjahilkan orang apatah lagi saya bukanlah orang jahil walaupun bukan ulama sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang terlibat langsung dgn majlis ilmu dari kecil lagi sehinggalah arwah bapa saya bekas Mufti Selangor dan Mufti Perak meninggal dunia , belajar disekolah agama Raja Perempuan Taayah Ipoh sehingga ke Kolej Islam Kelang. Malah semasa di FPUKM terus mengikuti majlis2 ilmu dan program2 Tarbiyah secara serius dan berkala atas inisiatif sendiri, insyaAllah sehingga kini masih istiqomah dgn program2 tarbiyah dan majlis2 ilmu. Kepada yang beri teguran dan peringatan membina saya ucapkan jazakallah.
Ini adalah kenyataan spontan yang saya buat sebaik balik dari temu-janji saya dengan rakan Doktor Pakar. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebentar lagi.
Dr Lo'lo'
4 comments:
saya agak terkejut dengan kenyataan saudari dalam akhbar tersebut. pesan saya, janganlah cuba mempertikaikan hukuman tersebut hanya kerana pesalahnya seorang wanita!!
bagaimana saudari dan parti saudari cuba berjuang hendak melaksanakan hukum hudud di malaysia? sedangkan saudari sendiri sudah mula mempertikaikan relevan nya perlaksanaan hukum tersebut untuk digunapakai..
adakah mungkin..hukum hudud yang kalian cuba perjuangkan nanti agak berbunyi seperti ini..
" mana-mana perempuan yang berzina, hukuman sebatannya akan dikurangkan kerana tidak mahu mendatangkan kecederaan kepada wanita tersebut "
astaghfirullah..
omong kosong sahaja kalian ini!!
atau hukum hudud yang kalian perjuangkan hanya sekadar publisiti untuk meraih undi..
saya support dr. lo'lo'! memang kenyataan dlm akhbar agak confusing, dey manipulated ur statement!
moga lebih banyak mahkamah syariah can do the same thing!!!
Islam itu bukan atas popularity atau demokrasi. Kalau ramai yang undi untuk buang hukum ini dan ambil hukum itu.. kucar kacir lah.. itu dah ikut akal manusia.
dayang ku tak faham ke buat2 tak faham.
bacala betul2 statement tu...
Post a Comment