Monday 27 July 2009

Masa ada kuaSA; Pak Lah tak berani mansuh ISA

Isnin 27 Julai 2009 | 4 Sha'ban 1430 Hijrah

 

Apabila Pak Lah kata mansuh ISA...

 

LanH
Fri | Jul 24, 09 | 7:28:54 pm MYT

Akhbar Siasah keluaran terbaru (26 Julai1 Ogos 2009) memetik Perdana Menteri ke-5, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dalam ruangan 'Cakap-Cakap Pemimpin' dengan tajuk 'Mansuhkan ISA' sebagai berkata: "ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA.

 

  

 

  

  

  

M"ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."

Apa diperkatakan Pak Lah begitu mempesonakan. Betulkah ini Pak Lah? Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar sebaliknya menyiarkan kembali tulisan lama saya di ruangan ini, bertarikh Jumaat, 5 Oktober 2005 (ketika Pak Lah masih berkuasa) dengan tajuk 'Pak Lah, isteri beraya; tahanan ISA sekeluarga merana'. Sila lihat http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10163&Itemid=76

1 comment:

Anonymous said...

ALLAH telah memberikan Pak Lah peluang dan kuasa untuk melakukan keadilan tetapi dia tidak berbuat apa apa kerana mabuk dan tenggelam dalam keasyikan duniawi.
Sekarang Pak Lah sepatut nya mengistiharkan perang demi membetulkan keadaan dan memohon maaf kepada mereka yang telah di ISA kan di zama kekuasaan nya. Pak Lah sepatut nya berada di Barisan hadapan pada 1 Ogos ini dalam demo mansuhkan ISA. Kita cabar Pak Lah!!!