Thursday, 2 July 2009

WANITA PAKATAN RAKYAT FAKTOR PENSTABIL KEPADA MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT: Pelbagai isu timbul akhir-akhir ini yang boleh menggoyahkan PR, dari isu Kerajaan Perpaduan, isu pemecatan Ahli Majlis PKR oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, isu Pusat Penyembelihan babi di Kedah dan yang terkini pertemuan Pemuda PAS dengan Pemuda UMNO di Lobi Parlimen. Wanita PR mengambil berat akan perkara2 dan isu2 yang timbul dan telah mengambil satu keputusan untuk meletakkan Wanita PR berperanan sebagai FAKTOR PENSTABIL UNTUK MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT. Pakatan Rakyat baru sahaja diujudkan selepas keputusan PRK12 pada 8 Mac 2008 sudah pastilah belum cukup kuat, sudah pastilah memerlukan kebijaksanaan, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi sebelum satu keyakinan antara satu sama lain benar2 mengikat PR dalam satu muafakat yang mantap. Oleh itu Wanita PR telah bersetuju untuk mengambil satu pendekatan pro-aktif iaitu Wanita PR tidak lagi hanya menjadi pemerhati dan penonton kepada percecokan antara komponen2 PR. Kita akan mainkan peranan yang aktif dan pro-aktif untuk menyatakan pendirian kami dan akan mengambil pendekatan2 yang kami fikir perlu sebagai Faktor Penstabil PR. Seruan kami supaya dalam apa2 isu pun pimpinan PR disemua peringkat mesti mengambil langkah2 melalui saluran parti masing2 dan forum PR sebelum membuat kenyataan media atau mengambil sesuatu langkah terutama langkah2 yang boleh menggugat muafakat PR. Gunakan semua saluran komunikasi dalam parti, give&take, bersedia untuk bersetuju atas perkara2 yang dipersetujui dan bersedia untuk BERSETUJU atas perkara yang TIDAK disetujui . Sekali lagi kami Wanita PR merayu dan menyeru supaya segera diwujudkan satu Sekretariat PR disemua peringkat juga mewujudkan MEKANISMA PERMUAFAKATAN PR yang jelas dan dihayati oleh pimpinan dari peringkat Majlis Presiden hingga kepimpinan cawangan juga Wakil-wakil Rakyat. Kami juga menyeru supaya segera dirancang satu 'reatreat' pimpinan PR selepas PRK Manek Urai yang melibatkan semua pimpinan Pusat, Negeri, Ahli2 Parlimen dan ADUN PR. Tulisan saya ini bukan satu kenyataan rasmi tetapi hanyalah satu pemerhatian yang saya catitkan dalam perbincangan2 tidak rasmi dikalangan Ahli2 Parlimen Wanita PR. Dr Lo'lo'