Malam tadi, walaupun agak keletihan seharian berada di Bangunan Parlimen, YB menyempatkan diri untuk berjumpa dan berbincang dengan Penduduk PPR Hiliran Ampang. Mereka dahulunya merupakan peneroka bandar yang dipindahkan ke PPR tersebut.
Sebelum ini, Pihak DBKL telah mengadakan perjumpaan dengan Penduduk PPR Hiliran Ampang untuk memberitahu status rumah mereka "sewa-beli". Seminggu tempoh yang diberikan kepada penduduk untuk membayar pendahuluan sebanyak RM6k sehingga hari Jumaat ini sahaja (30 Oktober 2009). Dan pinjaman hanya boleh dibuat melalui Bank Conventional untuk bayaran jual beli rumah tersebut. Bagi mereka, penduduk di PPR sini ada pelbagai peringkat; ibu tunggal, warga emas, berpendapatan rendah, serta yang mempunyai anak-anak yang ramai.
Sekiranya berlaku sewa-beli rumah-rumah tersebut, kemungkinan sebahagian dari penduduk tidak mampu untuk memilikinya... dengan itu juga berkemungkinan akan timbul pertikaian antara penyewa dan persendirian (hak milik rumah). Mereka (penduduk) meminta agar Kerajaan (DBKL) mengubah kembali keputusan yang dibuat, kerana pihak DBKL tidak bertanyakan pendapat/ pandangan dari mereka (penduduk) tersebut.
Dan perkara ini, Insya Allah YB akan berusaha bersama 10 MPs Wilayah yang lain akan membawa perkara ini di Parlimen, dan tidak mahu rakyat tidak mendapat pembelaan (berat sebelah).
Penguan Muda, En. ZulHazmi, YB dan AJK Persatuan Penduduk
Lebih baik, sekiranya Kerajaan mengikut cara Negeri Kelantan dan Kedah...
...mesti akan berlaku pertikaian antara penguhi menyewa dan penghuni persendirian... dan kami tidak mahu ditipu dan terus ditipu...
YB: Insya allah saya cuba bawakan perkara ini dan dibincangkan bersama 10 MPs yang lain ke Parlimen
No comments:
Post a Comment