Thursday 8 October 2009

PRK Bagan Pinang 2009

08 Okt. 2009
Pasar Teluk Kemang.
Program pada pagi tadi, YB Dr. Hatta belanja setiap yang datang sarapan pagi di Pasar Teluk Kemang nie... ketika kami bersarapan tetiba datang satu rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna iatu Dato' Ismail Sabri...
ramah mesra...YB Dr. Lo'lo', Yb Dr. Hatta, YB Firdaus (Parlimen Jerai),
Menteri Hal Ehwal Pengguna Dato' Ismail Sabri dan kakitangan Kementerian...
Setelah sarapan, bermula kempen dari gerai ke gerai..YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sedikit sumbangan (sejadah) kepada peniaga dan juga pengunjung...
turut hadir YB Ustazah Zailah...
07 Okt. 2009
Berkempen di Taman Dato' Samad
Lebih kurang dalam kul 2.30 petang rombongan YB sampai ke Bagan Pinang, kami difahamkan bahawa tempat untuk mengadakan Majlis Hi Tea pada petang tersebut terpaksa dibatalkan ekoran terjadi sedikit kemalangan yang ditimbulkan pihak UMNO Barisan National, terjadi kekecohan dan tumbok menumbuk...salah seorang daripada Pemuda PAS mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital... Untuk mengelak daripada berterusan maka Majlis pada petang tersebut dibatalkan dan program berubah menjadi ziarah dari rumah ke rumah pengundi yang di ketuai oleh YB Dr. Hatta Ramli. Kami berjalan dari satu rumah ke satu rumah dan berjumpa dengan pengundi, Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari mereka. Turut serta YB, YB Dr. Mujahid, Bridged Titiwangsa, Bikers Titiwangsa & Pemuda PAS... MPs PAS untuk program nie semuanya Medical Doctor.
Ramah mesra dengan pengundi, YB. Dr. Mujahid, YB Dr. Lo'lo', YB Dr. Hatta
YB Dr. Lo'lo' berramah mesra dengan pengundi wanita, turut melihat YB Dr. Mujahid...
YB Dr. Hatta terpegun dengan tanaman sayuran di halaman rumah yang begitu subur..
Kanak-kanak gembira apabila kami beri belon dan lollipop kepada mereka...
Kanak-kanak yang bersemangat..membawa bendera PAS dan juga belon dengan menaiki basikal sambil melaungkan Allahu Akbar!!!... nampak jer kereta kami berhenti terus mereka melaungkan Allahu Akhbar!!! dan UNDILAH PAS...
Serius... entah apa yang dibincangkan...
Program di malam hari pula (masih diketuai YB Dr. Hatta Ramli), program ceramah MPs PAS di Taman Sri Pinang...
YB Ir. Khalid Samad, YB Zailah dan YB Dr. Lo'lo' menyampaikan sumbangan duit raya untuk anak-anak tempatan...
YB menyampaikan ceramah...
by: Faezah

4 comments:

Pencinta Lelaki said...

Semoga Allah memberi kejayaan kepada pihak yang benar. Aamin.

Khairul said...

Salam Dr.

Betul ke cara kempen dengan belanja minum, dan beri sejadah, belon, dan lolipop ni.

Sekadar bertanya

Khairul
New Zealand

mail lambong said...

untuk memasuki sesuatu kawasan yang asing bagi PR..pendekatan secara parti agak sukar dan asing..

pendekatan yang paling baik adalah NGO yang menyokong PR dan dijalankan pelbagai aktiviti menerusi kaedah NGO.insyaallah masih banyak masa untuk mengorak langkah

Khairul said...

Salam Dr.

kenapa Dr. tak siarkan soalan saya berkaitan dengan kempen dengan cara belanja minum, bagi sejadah, bagi duit, bagi belon dan lolipop.

Apa beza kempen Dr. dengan kempen ahli UMNO.

Saya rasa ini politik wang..

Sekian

Khairul Anuar
New Zealand