Wednesday, 2 December 2009

Assalamualaikum
Saya ingin menjawap soalan MENGGELEGAK saudara/i Maxell.
Pada 13/11/2009 lebihkurang pukul 10.30 pagi Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR) telah didatangi oleh tiga (3) orang penduduk Datuk Keramat yang mewakili 8 orang penduduk yang tanah mereka akan diambil oleh Kerajaan bagi tujuan membina bangunan 5 tingkat menempatkan tempat letak kereta dan juga pasar basah di Keramat Mall.
Wakil tersebut diketuai oleh Hj Ramli dan telah menemui YB sendiri dan peguam PKWR dan telah berbincang mengenai perkara tersebut.
Suka dimaklumkan bahawa pengambilan tanah 8 lot tersebut tiada kena-mengena dengan YB Titiwangsa. Pihak YB Titiwangsa tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang pengambilan tanah tersebut sehinggalah perkara tersebut dibawa ke pengetahuan YB pada pertemuan tersebut. Pada akhir perjumpaan tersebut pihak YB juga telah bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar bersama 8 org penduduk tersebut di lobi Parlimen. Sehingga sekarang masih menunggu maklumbalas pihak 8 penduduk tersebut tentang waktu dan tarikh sidang akhbar tersebut akan diadakan.
Isu Keramat Mall telah banyak dibangkitkan oleh YB Titiwangsa di dalam Parlimen bahkan semasa membahaskan Bajet di Parlimen tempoh hari perkara yang sama ada dibangkitkan. Buktinya boleh dilihat di dalam hansard Parlimen ucapan YB Titiwangsa semasa perbahasan Bajet yg lepas. YB Titiwangsa juga telah mengikuti lawatan "mengejut" Menteri Wilayah semasa beliau membuat lawatan tersebut walaupun tidak dijemput. Bahkan YB juga telah di"hina" oleh Menteri dengan mengajak ke tandas semasa YB mempersoalkan tentang Keramat Mall kepada Menteri Wilayah.
Tuduhan bahawa YB Titiwangsa tidak mengendahkan nasib peniaga2 dan juga 8 org penduduk yang tanah mereka akan diambil oleh kerajaan adalah tidak berasas dan berniat jahat. Tuduhan bahawa YB Titiwangsa sanggup menutup mata tentang rasuah yang berlaku juga tiada asas kerana pendirian YB dan PAS adalah jelas. Setiap penyelewengan, rasuah, kronisme dan ketidakadilan akan ditentang dan akan didedahkan sehabisnya.

3 comments:

Harris H said...

YB,jasa dan menjalankan tanggungjawab tinggi nilainya dunia dan akhirat.Walaupun dalam kemelut politik sekarang yang terlalu asyik menunding kelemahan masing-masing.Bagi penduduk Dato Keramat dipinggir KL,saya nak katakan jasamu tetap akan dikenang.

Unknown said...

Bukan 3 org DR, sebenarnya seramai 8-10 org yg datang, dan saya adalah salah seorang darinya, macamana DR boleh tak boleh ingat? Ini menunjukkan DR menganggap isu kami yg 8 org ni hanya isu biasa? Dan saya juga adalah antara peniaga di Pasar Minggu KG Baru yg dibakar kedainya oleh NTAH sesiapa untuk mejadi korban bagi projek DRAF 2020. Dan lihat apa yg telah DR lakukan? DR masih tak tahu nak menilai yg mana untuk diperjuangkan dan yg mana hanya menggunakan DR untuk kepentingan mereka. DR melihat peniaga pasar hanya sebagai penentu politik DR sahaja, sebenarnya mereka hanya menggunakan DR untuk kepentingan mereka. Kalau DR kata DR pejuang menentang rasuah, apa yg DR dh buat dan lihat pada senarai AJK persatuan penjaja pasar tersebut? Kami di Datuk Keramat, dah lama lihat, kenapa DR yg org asal Datuk Keramat selama ini, BUTA tentang isu ini? Saja2 tak nampak ke?

lunchai said...

Assalamualaikum....
Saudara/i Maxell... Saya nak jawap komen saudara/i nie... tolong rujuk jawapan saya berkaitan komen saudara/i sebelum ini
Dalam jawapan saya tersebut, dengan jelas saya katakan bahawa perjumpaan dengan 3 org wakil diketuai oleh Hj Ramli adalah pada 13/11/2009. Semasa perjumpaan pada 13/11/2009 tersebut hanya tiga org sahaja yg datang..justeru saya katakan bahawa kami (peguam PKWR dan juga YB Dr. Lo'lo') hanya berjumpa dgn mereka bertiga sahaja pd tarikh tersebut (13/11/2009). Saya tidak katakan perjumpaan sebelum itu. Bukan Yb Dr. tidak ingat.. tetapi sekali lagi perjumpaan dgn 3 org tersebut adalah pada 13/11/2009.
Tuduhan bahawa Yb Dr. tidak mengambil berat isu ini adalah tuduhan liar. Sila saudara baca handsard Parlimen iaitu ucapan Yb Dr. berkenaan isu Keramat Mall yg telah disiarkan dlm blog Yb. Dr.
Untuk pengetahuan saudara juga, pihak Yb. Dr. tidak pernah mempunyai apa2 hubungan eksklusif dgn persatuan penjaja pasar samada persatuan penjaja pasar keramat atau pun pasar minggu. Malah pihak Yb Dr rtidak pernah dimaklumkan mengenai apa2 pun oleh persatuan penjaja keramat. segala maklumat atau aduan yg diterima pihak Yb hanyalah datang dari mereka yg terlibat sendiri sepeti 8 org pemilik tanah yg tanah mereka akan diambil bagi tujuan pembinaan tempat parking tersebut. Ekoran dari itu.. suatu sidang akhbar telah dianjurkan oleh wakil pemilik tanah bersama Yb. Dr pada 9/12/2009. Pihak Yb juga mengetahui permainan politik persatuan penjaja.. benar mereka hanya menangguk di air keruh sahaja.
* ini bkn jawapan YB Dr. sendiri tetapi komen balas dari saya.. peguam PKWR