Friday, 29 January 2010

PAS kutuk penangkapan ISA, mahu 10 tahanan dibicarakan

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk pengunaan Akta ISA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.
PAS bertegas menolak penggunaan Akta ISA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka, kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad.
Media hari ini menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein yang memberitahu, kerajaan menahan 10 dibawah ISA. Sembilan darinya rakyat asing manakala seorang warga tempatan. Kesmuanya didakwa terlibat dalam kegiatan keganasan. Namun, beliau tidak mendedahkan identiti mereka.
Bagi Idris, keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat.
Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka, katanya.
Bagi Idris, penahanan dibawah Akta ISA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.
Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas.
Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah, katanya.
Menurut beliau, adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta ISA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.
"PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka.
"Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka," katanya.
Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini, katanya, mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa.
Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah.
Sehubungan itu, PAS mendesak Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta ISA.

Ramah mesra

Penduduk2 Jln Perkasa Tmn Maluri datang ke PKWR utk mengadukan masalah jenayah spt ragut, pecah rumah dan rompakan yang kerap berlaku Mereka bercadang mewujudkan 'Gated n Guarded community' Saya selaku wakil rakyat telah memberikan beberapa cadangan dan pandangan utk membantu permohonan mereka ini yg akan diajukan ke DBKL

Kohilal mulakan 'road show' di Kelantan

Azmunyza Ayob
KUALA LUMPUR, 28 Jan:
Koperasi Al Hilal Malaysia Sdn. Bhd. akan memulakan “road show” untuk mengembalikan semula ingatan dan menyemarakkan semula penggunaan barangan yang bermottokan “ Hilal Yang halal”.
Menurut Bendahari Kohilal, Dr Md. Yusnan Yusof, Kelantan telah dipilih sebagai negeri pertama bagi 'road show' tersebut untuk berrtemu anggota dan stokis serta mereka.
Program “road show” tersebut akan diadakan pada 30 Januari 2010 di Dewan Utama, Kelantan Trade Centre (KTC), yang terletak berhampiran Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.
Jelas Yusnan, program ini adalah sebagai suatu usaha untuk membangunkan semula Kohilal dengan berpegang kepada tujuan asal penubuhannya untuk menyediakan barangan keperluan harian yang halal.
Program jualan barangan Kohilal akan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari yang sama.
Pihak Kohilal juga akan membuka kaunter untuk permohonan pendaftaran baru anggota koperasi dan permohonan anggota-anggota untuk menjadi stokis.
"Mereka yang telah mencukupi saham sebagai anggota dan ingin menjadi stokis hanya perlu membuat pembelian pertama yang bernilai sebanyak RM350 dan memastikan pembeliaan tahunan tidak kurang dari RM2000.00 sahaja.
"Bagi mereka yang berminat untuk menjadi stokis tetapi belum menjadi anggota Kohilal mereka perlu mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota dengan menjelaskan bayaran proses sebanyak RM27 dan bayaran saham anggota sebanyak RM500 dan seterusnya memohon untuk menjadi stokis," katanya.
Sehingga kini katanya, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob bagi melancarkan barangan baru Hilal seterusnya memimpin solat hajat bersama-sama anggota Lembaga Kohilal.
Semua pihak dan orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama membeli dan menyemarakkan lagi program 'road show' Kohilal yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

Nik Aziz jadi hos 200 pemimpin agama makan tengahari bersama

Harakahdaily
KOTA BHARU, 28 Jan:
Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.
Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.
Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.
Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.
PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.
Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.
Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.
Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.
Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.
Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."

Pemuda PAS persoal daftar Puteri Umno di sekolah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah. Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah. DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno. Jika Pihak Kementerian enggan bertindak, DPPWP mahu pihak Kerajaan memansuhkan larangan ke atas semua kakitangan awam, guru dan pelajar yang selama ini dilarang berpolitik. Sewajarnya hak yang sama diberikan jika pihak Kerajaan benar-benar ikhlas dalam dasar yang direka mereka. Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng telah dihalang untuk mengedarkan topeng muka H1N1 kepada pelajar. Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Yb. Dr. Lo'Lo' Hj. Mohamad Ghazali yang dihalang menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di dalam kawasan Sekolah hingga terpaksa menyewa Hostel untuk program berkenaan. Kuala Lumpur kini dikuasai oleh Pakatan yang memiliki 10 Kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional yang hanya ada 1 Kerusi. Tetapi kerana di Kuala Lumpur ini tiadanya Dewan Undangan Negeri maka, Umno dan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan mempergunakan sepenuhnya agensi Kerajaan yang ada termasuk Sekolah untuk kepentingan mereka dan melarang agensi berkenaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pakatan yang dipilih rakyat. Lihat sahaja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Siapa dia di Parlimen? Dia hanya seorang Senator yang dilantik dari pintu belakang Pejabat Perdana Menteri, bukan wakil yang dipilih rakyat. DPPWP bertegas agar Kerajaan memberikan layanan yang adil kepada semua wakil rakyat dan tidak memperkudakan sekolah dan agensi Kerajaan yang lain untuk meraikan 'wakil Rakyat Haram' di Kuala Lumpur. Herman Samsudeen Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuaan

When I was a houseman in 1983-84 definitely I was overworked: 36hrs every alternate day/ 15days per month on call duty depending on postings.

Lets get responses from present housemen and young MOs as things might have change since I was a houseman

Aidila n Path

Jan 26, 10 11:14am

The Health Ministry has not received formal complaints from any trainee doctor (housemen) about stressful work conditions in government hospitals, said director-general Dr Ismail Merican.

He countered that, to his knowledge, some hospital wards have too many trainees who end up being under-worked.

"I'm surprised (that there are complaints)... if you go to the surgical ward, there will be 20 housemen floating around, and they will be fighting to do an appendicectomy," he said in an interview.

He was asked to comment on an issue frequently raised in the 'Letters' forum of newspapers. These have highlighted work shifts for up to 36 hours if the houseman is on call - and there have been claims that call-duty could go on for 15 days a month.

Ismail conceded, though, that he has received complaints from parents of trainees, describing it as a "problem" that did not exist when he went through the system as a houseman.

"We worked much harder then and we didn't complain to (our) parents...I'[m approachable, (the trainees) can e-mail or SMS me or drop by my office, but no one has complained other than the parents," he said.

In Europe, the practice of long shifts has been banned, with doctors allowed to only work a maximum of 12 hours without a break.

Housemen in Malaysia have further claimed that they are affected by bullying and the high-handedness of senior doctors, in a carry-over of treatment they themselves had suffered as trainees.

Interestingly in 2008, Ismail had revealed that many trainees cannot cope with housemanship, succumbing to neurosis (mental disorder) including anxiety, fear and anger, due to the competitive environment.

The long hours and emotional pressure are also a bone of contention, according to some trainees, because of the relatively low remuneration.

Their counterparts in Singapore earn S$40,000 (approximately RM86,000) a year after tax, which is almost five times more than the pay in Malaysia.

The relatively low pay has also been named as the reason for the number of doctors opting out of public service, a claim that Ismail refuted.

"A lot of government doctors and specialists are staying on because of faster promotions, better career development and perks with the civil service," he said.

In fact, he said, many private general physicians are "complaining" and "accusing (the government) of providing a better deal because (the government pays) RM80 for locum (work)", which can be undertaken in a doctor's free time.

'We won't have too many doctors'

While housemen complain that they are under the grind due to a shortage of doctors, Malaysian Medical Association education committee chairperson, Dr N Athimulam said the country is headed for a day where doctors will need to "clamour for patients".

He said 1,200 doctors graduate from local institutions annually, with seven more private institutions to offer medical courses in the next few years.

Ismail disagreed to some extent, pointing out that the challenge is that there will not be enough doctors to serve areas in the interior of the country.

"We were thinking that perhaps by 2015 we may reach (a national doctor-patient) ratio of 1:600. But even then, I don't think it will solve the problem because there are states like Sabah, Sarawak andPahang (which will still face a shortage)," he said.

"In Kuala Lumpur you can get a ratio of 1:300 or 1:400, better than in Britain. But if you go to Sabah, it's about 1:3,000 or 1:2,500. There's a disparity in the doctor-patient ratio," he added.

-- Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa No. 10 Jln Raja Muda Musa Kg Baru 50300 KL Tel : 03 - 2698 0025 Faks: 03 - 2698 0026

Friday, 15 January 2010

PERLAWANAN BOWLING "BRIDGED & YPT"

Rabu 13 Januari 2010
Perlawanan bowling persahabatan antara Bridged Titiwangsa dan Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT). Program santai dan juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim antara sesama, lebih 50 peserta mengambil bahagian dalam perlawanan persahabat ini...Turun hadir YDP Kawasan Ust. Abdullah, Suami YB Prof. Madya Dr. Aminuddin serta anak dan menantu, Mawaddah, Azizy, Sakinah, Farhan dan 'iz Nu'man (cucu YB), Pemuda, dan Dewan Ulama.
Perlawanan ini berlangsung di Ampang Bowl, Flamingo Hotel, majlis dimulakan dengan Perasmian yang dirasmi oleh YB Dr. Lo'lo' binti Dato' Hj. Muhammad Ghazali...
Suami YB turun serta bermain bowling bagi menentang YPT...
bersama suami dan anak...
gimik perasmian...YB melempar bola dibantu suami tercinta...
main punya pasal... bawa anak yang kecil-kecil tuk turut serta...
pengerusi Bridged menerima cebderahati dari pengerusi YPT
Ust. Abdullah (YDP Kawasan)...
Farhan anak YB menerima trofil bagi kategori point paling tertinggi...
(menang atas nama Dr. Amin [babah]...nama sendiri....)
gambar kenangan di akhir permainan...

Monday, 11 January 2010

Pegawai gereja terharu terima kunjungan Nik Aziz

Ismail Hashim
PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka. Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu. “Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik. “Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi. Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja. Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.

PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.

Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24146:pegawai-gereja-terharu-terima-kunjungan-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

Monday, 4 January 2010

PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. "Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris. Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini. Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini. Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.