Friday 29 January 2010

PAS kutuk penangkapan ISA, mahu 10 tahanan dibicarakan

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk pengunaan Akta ISA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.
PAS bertegas menolak penggunaan Akta ISA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka, kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad.
Media hari ini menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein yang memberitahu, kerajaan menahan 10 dibawah ISA. Sembilan darinya rakyat asing manakala seorang warga tempatan. Kesmuanya didakwa terlibat dalam kegiatan keganasan. Namun, beliau tidak mendedahkan identiti mereka.
Bagi Idris, keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat.
Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka, katanya.
Bagi Idris, penahanan dibawah Akta ISA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.
Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas.
Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah, katanya.
Menurut beliau, adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta ISA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.
"PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka.
"Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka," katanya.
Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini, katanya, mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa.
Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah.
Sehubungan itu, PAS mendesak Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta ISA.

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Kita tunggu orang Bom stadium masa Nik Aziz berceramah baru kata, ISA perlu.

pkrpasdap.blogspot.com

azman kamarul said...

Penangkapan 10 orang dibawah ISA adalah tanda-tanda kecil sebelum kejadian besar berlaku

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

Abd Bashid said...

ISA itu sgt sesuai buat mereka.Kita menahan 10 untuk mengamankan 27 juta yang lain. Itu adil bukan.Ia turut merupakan langkah pembendungan. Dibendung sebelum terlewat.Agar nikmat keamanan itu bisa dikecapi oleh semua orang di negara ini termasuk oleh parti-parti politik di dalamnya. Tidakkah PAS perlukan keamanan bagi memudahkan perjuangan anda?

DAKWAH YEOP said...

ramai yang sokong supaya mereka yang bersalah dibicarakan dan mansuhkan ISA yang menjadi alat kpd maslahat politik org2 yang bacul. ISA dimansuhkan hapuskan kezaliman!

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

saya nak bertanya adakah mereka yg ditahan itu bersalah, sudah terbuktikah mereka bersalah? macam mana kita tahu kita menahan pesalah yg betul kalu kita kata tahanan keatas mereka utk mengamankan 27 juta yg lain ? betulke ? sape nak sahkan sedangkan mereka tidak dibicarakan dgn itu bukti2 tdk dikemukakan n mereka tiada peluang utk bela diri. Bgmn pula jika dikalangan 27juta orang ini, pengganas sebenarnya masih berkeliaran, yg ditahan sebenarnya bukan pengganas ttp yg bebas dluar yg sebenar pengganas. Zalim bukan n bahaya kpd kita semua, sebab tu tahanan ini WAJIB dibicarakan supaya yg ditahan adalah yg benar2 bersalah.

Dr Lo'Lo'