Ni hantaran saya menjawab komen terhadap doa yang saya cadangkan kepada penyokong-penyokong PR yang bimbang dan risau dengan senario terkini PKR/PR. Saya kongsikan di sini panjang saya menulis:
Janganlah RHM (singkatan nama seseorang dalam facebook) nak perasan yang UMNO/BN tu baik sangat sebab itu beberapa katak politik lompat ke sana. Kita anjurkan baca doa tersebut apabila beberapa pimpinan PKR meninggalkan parti + PR untuk muhasabah diri dan sebagai pengaduan kepada Allah swt. Sebagaimana Rasulullah saw dibaling dengan batu oleh penduduk Taif hingga cedera dan berdarah. Baginda saw mengangkat tangan lalu berdoa dan mengadu kepada Allah swt. adakah itu bermakna Rasulullah saw tak betul dan musuh-musuh Islam betul?
Adakah jenayah setpol menteri yang ditemui dengan RM2juta cash dalam rumah dia boleh dibandingkan dengan kesalahan bekas pimpinan Kerajaan Negeri dan PKR Pulau Pinang yang kononnya telah d'clear' dari sangkut dengan rasuah RM10k oleh SPRM baru-baru ini. Kita tahu sangat clearance seperti itu yang menyebabkan orang-orang seperti ini boleh mudah diumpan untuk lompat.
Tak payah temberanglah saya tinggalkan PKR kerana pimpinan PR dah lari dari landasan perjuangan, kerana kalimah Allah lah dan sebagainya.
Suruh orang-orang ini buka balik sms yang dia disogok dengan RM10k oleh taukeh Cina-dia buat kerana kalimah Allah ke? Masa tu mana pergi ArRasi wal MurRasi fin Nar-pemberi dan penerima rasuah dalam neraka.
PKR/PR mengambil langkah berisiko tapi berani dan bertindak awal dengan mencantas benih-benih cancer rasuah ini. Orang-orang macam ini termasuk 2 katak di Perak inilah yang di pungut tepi lubang najis oleh umno/BN untuk meriahkan lagi 'Rasuah dulu kini dan selamanya dalam umno/BN' dan mencorotkan Indeks rasuah Malaysia dari tangga 48 ke tangga 56 setaraf dengan Zimbabwe.
Siapa-siapa yang sokong kemungkaran seperti ini akan bersama dengan pimpinan dia di padang mahsyar nanti, di mana alTantuya pun akan menunggu untuk dapat pembelaan dari Allah swt.jika benar Altantuya telah masuk Islam dan mungkin bertaubat sebelum diletup dengan C4 bersama baby yang dikandungnya, Altantuya mungkin akan dulu masuk syurga dari pimpinan yang mengarahkan 2 anggota Tindakan Khas meletupknnya. Wallahua'lam
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
8 comments:
Salam,
Buruknya bahasa yang digunakan untuk seorang yang bergelar Dr. Jangan terlalu EMO Dr. Tulislah blog dengan tenang, dengan ilmu didada. Lebih elok lagi, sembahyang dulu. Mungkin Allah beri petunjuk kepada Dr. Mungkin bahasa yang Dr. gunakan lebih lembut. Mungkin menyokong UMNO yang 'totok' boleh berubah hati.
"Baginda SAW mengangkat tangan lalu berdoa dan mengadu kepada Allah SWT" - Dr' Lo' Lo'
Apakah doa Nabi ini Dr? Boleh terangkan? Nabi berdoa untuk kecelakaan orang lain? Saya rasa Dr. dah silap orang. Nabi tidak pernah berdoa untuk kecelakaan orang lain. Mintak tolong Dr. buat rujukan. Nabi mintak diberi hidayah dan petunjuk.
Sebagai pemimpin, Dr. tak perlulah asyik menyalahkan orang lain bila ahli PKR lompat parti. Mengapa tiada ahli PAS lompat? Contohilah sifat ahli PAS.
Dr. Lo'lo,
Inilah antara punca kita lemah. Cakap tak serupa bikin. Mana pergi nya tangungjawap kamu semua semasa melantik wakil-wakil rakyat. Main tangkap muat, tetapi apabila mereka lari kamu semua salahkan mereka tetapi apabila ada wakil rakyat sertai kamu kamu kata mereka bagus.
Jika benar wakil rakyat yang kamu pilih tidak selayaknya kamu semua terlebih dahulu amat berdosa kepada rakyat kawasan tersebut.
Sangat sedih dengan sikap kamu semua selama ini. Tak ada beza antara kamu semua dengan mereka itu.
Malu saya membaca tulisan yang hanya pandai menyindir..memfitnah dsb..kalau kita menang menjadi pemimpin dengan menghina..memfitnah..maka gaji yang kita terima itu..tak halal..bila tak halal..apa yang kita makan semuanya haram..daging kita..daging anak-anak pun haram..kalau semuanya haram adakah ibadat kita akan di terima Allah..wallahualam
berhujah mengenai agama bukan main berdegar2..tapi abuk pun tarak..pandai mengumpatrb dan mengata...tunggulah balasan dari Allah swt
susahkan jadi wakil rakyat. Berapa elaun Ahli Parlimen? Mana dapat RM10K untuk urus pusat khidmat. itupun belum campur lagi lain-lain perbelanjaan... pakai wang simpanan sendiri ke atau pakai sponsor juga.Biasa la kalau berceramah mengata orang, kita pun buat benda yang sama, menuduh yang bukan-bukan, memfitnah dsbnya. Apa yang nak dihairankan. Kalau dah berpolitik itulah realitinya di Malaysia. Tok guru pun celupar juga mulutnya... so?
SAYA MENGULAS KENYATAAN MAN BTR
AHLI PARLIMEN BANDAR BARU KULIM MENYATAKAN BAHAWA SAYA MALU DENGAN ALLAH SWT DAN ORANG ISLAM JIKA TERUS BERSAMA PKR.
PKR SEOLAH-OLAH ZALIM KERANA MENJATUHKAN HUKUM TERHADAP ORANG YANG SEDANG MEMPERJUANGKAN ISLAM.
INGATLAH SAUDARA KITA AHLI PARLIMEN BANDAR BARU KULIM SEDANG MEMPERJUANGKAN PENOLAKAN BAGI PERSENDAAN KALIMAH ALLAH.
DAN DI SINI, SAYA TEGASKAN , CUMA LIHAT HUKUMAN TEGAS YANG DIKENAKAN KE ATAS BELIAU IAITU DIPECAT. ADAKAH ORANG UMNO SEZALIM ITU...SAYA TAHU TUAN-TUAN AKAN MENYATAKAN UMNO ZALIM KERANA MEMECAT ANWAR IBRAHIM.....TETAPI TUAN-TUAN KENA INGAT, ITU ADALAH KESUMAT ANTARA DUA TOKOH YANG BERADA DI ATAS..
BUKAN ORANG UMNO KESELURUHAN..
JADI JANGAN HUKUM ORANG UMNO YANG TIDAK BERSALAH INI, YANG RATA-RATA 99 % BENCIKAN PERSENGKETAAN SESAMA MELAYU DAN ISLAM
KEMBALILAH KE JALAN YANG BENAR
KITA HANYA TINGGAL POLITIK SAHAJA
KITA HIDUP INI UNTUK KESEJAHTERAAN DAN BANTU-MEMBANTU LEBIH-LEBIH LAGI SESAMA ISLAM
JANGAN TERLALU RADIKAL KERANA SEORANG PEMIMPIN...
BANYAK LAGI CARA UNTUK BERJUANG DEMI BANGSA , AGAMA DAN NEGARA...
CUBA LIHAT RAKAN KITA..SDR ZAINUDDIN...SEORANG YANG BERJUANG DEMI PEMBANGUNAN BANGSA, DAN NEGARA...BIAR KELETIHAN...
BANYAK CARA LAIN LAGI, BOLEH BERJUANG UNTUK NEGARA DAN BANGSA (CUBA RENUNG ORANG-ORANG MISKIN, YANG MEMERLUKAN SENTUHAN HATI , PERASAAN DAN BANTUAN SECARA DEKAT)
BUKAN HANYA MELEMPARKAN TOHMAHAN , KUTUK MENGUTUK, FITNAH-MENFITNAH
SEMAKIN HARI,
KITA SEMAKIN TUA....
AJAL TIDAK KENAL SIAPA...JADI WASPADALAH SENTIASA....APA AKAN JADI, JIKA KITA MENEMUI AJAL KETIKA MENULIS DAN MEMBERI KOMENTAR YANG SEBENARNYA TELAH MENFITNAH, MENGHINA SESEORANG TANPA USUL PERIKSA...
SAYA AGAK TERKILAN KERANA ORANG MELAYU DI MALAYSIA HARI INI BERPECAH...MENGHALALKAN YANG BATIL CONTOH: DEK MENJAGA HATI ORANG LAIN, HALALKAN YANG BATIL SEPERTI AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
INGAT..ISLAM DI HATI , BUKAN PADA PARTI....HATI AKAN MENDORONG KITA MELAKUKAN SEPENUH HATI, BUKAN PARTI KERANA PARTI MEMPERJUANGKAN RETORIK YANG BELUM PASTI....BUKAN SESENANGNYA MEMBERI PENGERTIAN "MASUK PAS , MASUK SYURGA LAH KAMU (PETIKAN NIK AZIZ)....
INGAT....ISLAM INI UNTUK SEMUA...DAN SEMUA LAYAK MENGHAYATINYA...
KEPADA SDR AHLI PARLIMEN BANDAR BARU KULIM...TABAHKAN HATI KERANA DI ZAMAN RASULLULAH , INI ADALAH LIKUAN HIDUPNYA SEBELUM BERJAYA NANTI...
AZLAN-INFRA...
(SEDIH MERATAPI HIDUP ORANG MELAYU DI MALAYSIA, KINI)
(Buruknya bahasa yang digunakan untuk seorang yang bergelar Dr)
Bahasa mana yg buruk - katak politik? yg suka melompat memang katak, itu analogi bahasa. byk simpulan Bhs Melayu yg bgitu: mcm kera dapat bunga, mcm ayam berak kapur, mcm anjing dgn kucing, mcm lembu dicucuk hidung dll. apa masalah.
(Fitnah? mengumpat dan mengata?) berita setpol menteri ditahan dgn duit tunai rm2juta disiarkan dalam semua media. Cerita alTantuya dibunuh dgn C4 dibentangkan dalam mahkamah. Polis Tindakan Khas yg telah didapati bersalah membunuh TANPA ADA MOTIF telah pun dijatuhi hukuman. dimana yg fitnah dmana yg mengumpat? ni saya tulis dalam blog yg boleh dibaca oleh semua orang yg ada akses. Pimpinan PKR yg baru berjinak2 dgn rasuah dicantas oleh partinya adalah realiti dan telah pun berlaku.
(Mana pergi nya tangungjawap kamu semua semasa melantik wakil-wakil rakyat) Ada juga orang begini, bila pula wakil rakyat diLANTIK ? wakil rakyat dipilih oleh pengundi2 masa pilihan raya, sebab itu dia tidak boleh khianat kpd pengundi2 dia.
(Apakah doa Nabi ini Dr? Boleh terangkan? Nabi berdoa untuk kecelakaan orang lain? Saya rasa Dr. dah silap orang. Nabi tidak pernah berdoa untuk kecelakaan orang lain. Mintak tolong Dr. buat rujukan. Nabi mintak diberi hidayah dan petunjuk) Bila yang saya suruh berdoa untuk kecelakaan orang? Saya ajak ramai2 solat hajat 7 hari 7 malam terhadap mereka yg khianat ini sebagai pengaduan kita kepada Allah SWT. Saya sendiri tidak pernah sebut perkataan celaka.
(Sangat sedih dengan sikap kamu semua selama ini. Tak ada beza antara kamu semua dengan mereka itu) Saangat berbeza....parti kami dasarnya Islam, parti mereka dasarnya bangsa, parti kami disokong oleh beribu2 ulama, parti mereka oleh beberapa kerat ulama yg tidak berani bersuara, wanita parti kami dan isteri serta anak2 perempuan kami semuanya menutup aurat. Pimpinan wanita mereka, isteri2 mereka serta anak perempuan mereka tidak tutup aurat, kalu tutup pun tidak sempurna.Parti kami ada sistem tarbiyah yg teratur ie dari usrah,tamrin, tazkirah, ijtima', mukhayyam dll.Parti mereka setahu saya tiada. Parti kami ikut ajaran Islam, lelaki tidak bersalam dengan perempuan ajnabi yakni yg bukan mahram.Parti mereka semacam je bersalam, bertepuk tampar antara lelaki perempuan. Parti kami menjadikan solat sebagai agenda utama parti mereka pimpinannya selamba je langgar asar, maghrib dll. Kenyataan2 saya ini bukan utk menunjuk2 tp utk menerangkan fakta yg sebenar.
Dr Lo'Lo'
(AHLI PARLIMEN BANDAR BARU KULIM MENYATAKAN BAHAWA SAYA MALU DENGAN ALLAH SWT DAN ORANG ISLAM JIKA TERUS BERSAMA PKR.
PKR SEOLAH-OLAH ZALIM KERANA MENJATUHKAN HUKUM TERHADAP ORANG YANG SEDANG MEMPERJUANGKAN ISLAM.
INGATLAH SAUDARA KITA AHLI PARLIMEN BANDAR BARU KULIM SEDANG MEMPERJUANGKAN PENOLAKAN BAGI PERSENDAAN KALIMAH ALLAH.)
Masa cakap bohong kpd berjuta2 orang melalui TV tidak maluke kpd Allah. Mengaku berjuang untuk Islam tetapi berbohong. Semua pimpinan PAS dan PKR yg Muslim sepakat TIDAK membenarkan persendaan terhadap kalimah Allah. Kita amanah kpd ilmu yg dipelajari dan firman Allah dalam Al Quran yang menceritakan tentang nama Allah disebut dalam rumah2 ibadat.
Tindakan AP Kulim membuat lapuran polis terhadap AP Shah Alam dibawah akta hasutan adalah kesalahan yg berat dan perlu dihukum berat kerana jika sabit, AP Shah Alam boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara. Lapuran itu dibuat bukan kerana kalimah Allah tetapi kerana AP Shah Alam mencadangkan semakan semula beberapa klaus dalam enakmen syariah Kerajaan Negeri Selangor. Malah sekarang AP Shah Alam dengan beberapa pakar dan ilmuan sedang merangka draf semakan enakmen tersebut termasuk tentang tauliah mengajar yg membawa kepada penahanan Dr Asri bekas mufti Perlis dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk pertimbangan juga seperti yg diminta oleh DYMM Sultan Selangor. Apa masalahnya? Bukan nak suruh ubah hukum Allah dalam Alquran, tp semakan terhadap enakmen Syariah yang sememangnya masih jauh dari kesempurnaan hukum syariah yg sebenarnya. AP Kulim tergamak menkhianati rakan perjuangan tanpa merujuk kpd pimpinan parti.
Barang diingat Majlis Syuro ulama PAS pada PRU yang lalu pernah menolak pencalunan beberapa orang kerana sebab2 yg tidak boleh dikongsikan disini. MSU buat keputusan berdasarkan keterangan2 yg kuat dan sohih serta disokong oleh AJK PAS Pusat. Cukuplah setakat itu untuk penilaian pembaca
Dr Lo'Lo'
Post a Comment