Lapuran didalam Utusan Kota muka surat 26 bertarikh 27/03/2010
Projek Keramat Mall tidak gagal. Yang gagal ialah pengurusan tertinggi DBKL yang tidak mempunyai kekuatan untuk memindahkan peniaga pasar keramat (PPPKM-Persatuan Peniaga yang diketuai Ketua Cawangan UMNO pasar keramat). Sebagai pemilik bangunan Keramat Mall dan juga pasar keramat lama DBKL gagal menggunakan kuasanya dan terpaksa akur dengan segala permintaan & ugutan dari penyewa gerai pasar basah yang berkeras tidak mahu pindah. Sebelum ini mereka mengugut tidak mahu pindah jika DBKL tidak mengambil kedai kami yang terletak bersebelahan Keramat Mall (dihadapan Stesyen LRT Damai). DBKL sudahpun mengambil tanah kami secara paksa dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) tetapi PPPKM masih berdegil tidak mahu pindah dan menggunakan alasan yang lain pula. Kami sedang merujuk kepada mahkamah berkenaan pampasan dan bercadang akan mengambil tindakan undang undang keatas pihak yang menyebabkan tanah kami dirampas.
Untuk makluman, Orang ramai yang datang membeli belah di Pasar Keramat telah jatuh mendadak disebabkan:
1. Saingan dari JayaJusco AU, Carefoure di Wangsa Maju dan Giant di Setiawangsa yang menjual barang lebih murah dan bermutu dari Pasar Keramat.
2. Keadaan pasar Keramat yang tidak bersih, tidak ada tanda harga, lesen perniagaan tidak dipamerkan.
3. Kebanyakan penyewa asal gerai telah menyewakan gerai mereka kepada peniaga lain dan mereka ini khuatir jika DBKL akan menghalang mereka menyewakan gerai di Keramat Mall (harta kerajaan) kepada orang lain.
Proses pengambilan tanah kami juga telah dijalankan dengan cara tidak adil dan tidak professional. Terdapat beberapa prosedur yang tidak dipatuhi. Tetapi oleh kerana kuasa yang ada pada APT 1960, kami terpaksa menyerahkan secara mandatori tanah kami kepada DBKL sebagaimana yang dituntut oleh PPPKM.
Berkaitan dengan pampasan, sejarah tetap berulang dimana jika mana-mana pengambilan tanah yang melibatkan orang melayu, pampasan yang dibayar paling rendah dan berbeza jika perkara yang sama berlaku kepada bukan melayu.
Hj Ramli wakil pemilik 8 unit Rumah Kedai 2 tingkat.
(Yang dipaparkan diatas adalah email dari wakil pemilik rumah kedai 2 tingkat yang hanya mendapat lebih kurang RM200k sahaja yang telah diputuskan oleh Pentadbir Tanah. Untuk makluman Rumah kedai sederet ini terletak bawah bidang kuasa DBKL agensi dibawah Kerajaan Persekutuan yang diterajui umno/bn. Jawapan saya: Bandingkan dengan pengambilan tanah dan aset Flat Bandar Taman Keramat berhampiran LRT Jelatek oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pemilik unit flat 2 bilik dengan keluasan 500 kaki persegi dapat pampasan RM250k. Pemilik unit flat 3 bilik pula dapat RM350k. Sebentar tadi {27 Mac}Tan Sri Khalid Ibrahim Dato' MB Selangor telah menyerahkan simbolik pampasan tersebut. Semasa pemerintahan Kerajaan Selangor UMNO/BN mereka hanya ditawarkan unit flat di AU3 yang bernilai antara RM60-70k sahaja, sedangkan Flat Tmn Keramat terletak dekat dengan LRT Jelatek dan dekat Jln Ampang.
Tuan-tuan pemilik rumah kedai 2 tingkat sepatutnya mendapat tidak kurang dari RM1juta)
Jawapan dari Hj Ramli:
Saya telah memaklumkan kepada pemilik yang lain. Saya juga ada satu salinan surat tawaran dari PKNS yang saya fotostat dari kawan saya dari Flat Tmn. Keramat.
Semasa di dalam perbicaraan tanah yang lalu telah pun ditunjukkan kepada Pentadbir Tanah. Malangnya perkara ini tidak diberi perhatian. Nampaknya Kerajaan Selangor di bawah pakatan Rakyat sangat prihatin kepada rakyat. Saya diberitahu kalau kerajaan BN memang tak sampai kepada jumlah tersebut.
RAKYAT NILAILAH SENDIRI
Dr Lo'Lo'
No comments:
Post a Comment