Friday, 9 April 2010

Chew wanita hebat yang berprinsip

Terpegun saya malam tadi bila menonton berita tentang Datin Paduka Chew Mei Fun yanbg meletakkan jawatan sebagai ketua wanita MCA kerana berpegang kepada janji beliau akan berbuat demikian jika chua soi lek menang sebagai Presiden MCA.

Chew dengan tegas menyatakan pemimpin adalah 'role model' kepada orang yang dipimpinnya serta pengikut dan penyokongnya. Ini bermakna kemenangan DS Chua memberi mesej seolah-olah ahli-ahli MCA tidak kisah dengan nilai moral pemimpin mereka, tidak kisah dengan nilai kejujuran dalam rumah tangga dan tidak kisah dengan pemimpin yang melakukan kesalahan dibawah undang-undang negara dengan perlakuan seks luar tabi'I.

Syabas Chew sebab tidak mudah bagi orang politik untuk meletak jawatan atas dasar prinsip semata-mata sedangkan beliau sudah berada dipuncak karier beliau sebagai Ketua Wanita, sebagai Senator dan lebih2 lagi sebagai Timbalan Menteri Kementerian yang menangani isu-isu kewanitaan.

Pemimpin-pemimpin Islam dalam UMNO pun langsung tidak kisah malah tidak pun memberi apa-apa ulasan. Kita bimbang dengan peningkatan masalah sosial dan moral kini pemimpin BN dilihat memberi mesej yang salah kepada masyarakat terutamanya golongan muda.

2 comments:

Anonymous said...

UMNO nak kisah apa YB, mereka pun seronok dan gembira dapat pemimpin yang seangkatan dengan mereka.
Agak nya Malaysia ni berkemungkinan akan menghadapi kehancuran sekira nya tiada perubahan kerajaan di PRU akan datang.
Chua Soi Lek yang dah jelas terbukti dan tersebar vcd pun mereka lantik jadi pemimpin terulong -habis camno YB.
Takut dan mengerikan negara ku!!!

Anonymous said...

Betul tu saya sokong Chew adalah seorang yang berperinsip dan beliau layak jadi seorang pemimpin yang menjaga kaum.Pemimpin yang beginilah yang di nanti nantikan oleh rakyat bukan macam UNNO tu lagi buat maksiat lagi di sanjong