Thursday 6 May 2010

Anwar Anti-Yahudi dan BN Pro-Yahudi

Media Barat Kini Anggap Anwar Anti-Yahudi dan BN Pro-Yahudi


Mei 6, 2010 HermanSamsudeen
Artikel ‘Anwar khianati kawan’ oleh Bernama disiarkan dibeberapa media milik BN dengan harapan dapat membongkar penglibatan Anwar dengan kumpulan pelobi Yahudi. Namun selepas membaca artikel ini saya melihat misi media pro-BN gagal kerana dalam artikel berkenaan, mereka secara langsung membebaskan Anwar dari dakwaan pro-Yahudi dan kecaman hebat Rachel Motte dari akhbar Intenet The New Ledger telah melonjakan imej Anwar didunia Islam kerana berjaya memperkudakan agen-agen Yahudi yang selama ini menganggap Anwar rakan mereka.



Anwar hanya mengunakan mereka untuk mencari maklumat tentang apa yang Kerajaan BN buat sekarang. Jelas kini, pembelaan akhbar ‘The New Ledger’ ini terhadap APCO telah menunjukan bahawa siapakah rakan Yahudi-Israel yang sebenarnya. BN bermati-matian mengaitkan hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi-Wolfowitz dan Al-Gore, namun akhirnya mereka gigit jari kerana Anwar nekad untuk menyerang Yahudi balik termasuklah mereka yang bekerjasama dengan kumpulan Yahudi ini iaitu BN.



Isu Apco menjadikan Anwar sebagai musuh baru dunia Yahudi, dimana kerana isu ini identiti Anwar yang selama ini dianggap pro-Yahudi terbongkar. Beliau hanya mengambil peluang dan mempermainkan kumpulan-kumpulan dan individu Yahudi yang berpengaruh ini. Barat begitu hebat mengecamnya kerana serang Kerajaan BN-APCO.



Nampaknya BN yang tidak dapat menjawab isu APCO terpaksa mengunakan artikel pelobi Yahudi Amerika ini untuk serang Anwar. Mereka guna Yahudi kedua pula. Yang pasti rakyat kena tahu sekarang, siapakah kawan sejati Yahudi kini. Pelobi Yahudi sudah istihar Anwar sebagai musuh mereka dan BN sebagai kawan mereka. Itu sudah cukup untuk memberitahu kita siapa kawan sejati Yahudi di Malaysia…BN-UMNO-APCO-Yahudi…susah sangat ker nak faham. Mungkin kena panggil Rachel Motte atau Benjamin Netanyahu untuk peluk Najib dan umumkan BN lah wakil mereka di Malaysia baru rakyat akan faham.



Anwar khianati kawan



KUALA LUMPUR 4 Mei – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.



Melalui tulisannya dalam ‘The New Ledger’, sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.



Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.



Dalam tulisan bertajuk “The Reversal of Anwar Ibrahim”, Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.



Katanya, ini bukan kali pertama “beliau mengambil jalan ini” dan beliau “mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.



Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.



Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.



Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.



“Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.



”Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.



“Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.



“Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika),” kata penulis itu.



Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah “Anwar Ibrahim.” “Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?,” tanya penulis itu.



Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.



Kata Motte lagi, “dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat.”



“Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika,” katanya bagi merujuk kepada Anwar.



Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.



Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.



“Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat,” katanya.



Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.



Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.



Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. – BERNAMA

No comments: