Hari ini saya pergi melawat ke PPR Laksamana Jalan Peel sebab menerima aduan dari penduduk disana tentang beberapa perkara iaitu:
Bekas bumbung 2 buah unit flat yang terbakar semasa Ramadhan tahun lalu di bahagian atas Blok C yang dibiarkan tanpa dibersihkan. Bekas sebahagian bumbung tinggal tergantung2 dan boleh jatuh diterbangkan angin pada bila2 masa dan sudah tentu membahayakan orang ramai yg lalu-lalang.
Longgokan sampah yang dibiar berterabur di belakang Blok C berhampiran tong sampah dan tidak berkutip sejak berbulan2 yang lalu menyebabkan jadi longgokan tempat pembiakan tikus dll. Lagipun hanya 2 buah tong sampah disediakan untuk menampung hampir seribu penghuni Blok C adalah sangat tidak memadai. Ini menyebabkan pada banyak ketika sampah melimpah sebab tong sampah sudah penuh. DBKL perlu menyediakan paling kurang 4 tong sampah disitu. Alam Flora mesti mengutip dan membersihkan sampah2 sisa barangan rumah yang sekian lama terbiar.
Di belakang Blok C juga ada kompleks orang ramai yang terbiar sejak setahun lalu, iaitu Food Court dan Dewan orang ramai. Sayang sungguh tempat yang secantik ini dibiarkan tidak beroperasi. Kelihatan meja2 makan dan kerusi yang menakungi air yang boleh menjadi medium pembiakan nyamuk aedes. Duit rakyat dibelanjakan tetapi munafaatnya tidak dapat atau terlalu lambat kembali kepada rakyat.
Ini adalah Dewan Orang Ramai yang terdapat dalamnya 2 gelanggang badminton. Cantik lengkap dengan kipas dan pendingin udara. Kita terkial2 mencari dewan utk buat program, penduduk pula buat majlis kenduri kahwin atas jalan, sedangkan disini dewan yang cantik dibiar tidak digunakan.
Saya akan hantar surat ke Bahagian Perumahan DBKL untuk mendapat maklum balas serta respon tentang permasalahan diatas dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment