Friday 14 May 2010

Lawatan YB Dr Lo'lo' ke Gurdwara Tatt Khalsa Diwan Selangor di Chow Kit

Pagi tadi saya ke Gurdwara Tatt Khalsa Diwan Selangor yang terletak antara Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot setelah menerima email dari salah seorang AJKnya yang menyatakan permasalahan mereka. Pengurusan Gurdwara Tatt Khalsa Diwan Selangor menyatakan masalah2 berikut:

  1. Tong-tong sampah pasar Chow Kit diletak di sebelah kanan Gurdwara dan juga di pintu masuk utama.
  2. Kenderaan di parkir di depan pintu masuk hingga menghalang pengunjung2 Gurdwara.
  3. Aktiviti pasar pagi dan pasar malam di Jalan Raja Alang menjadi gangguan yg bukan sedikit kepada Gurdwara.


 Tong sampah besar, belakang tu Gurdwara.


En Razif dari DBKL sedang menerangkan sesuatu.

Saya meminta dibubuh garis2 kuning sebagai tanda tidak boleh parking depan pintu masuk.


Presiden Gurdwara menyerahkan dokumen2 aduan yang telah mereka kemukakan sejak 2003 lagi.




2 comments:

Ta'aruf said...

Salam ziarah Dr....
Semoga dikurniakan kesihatan & kekuatan
dalam menunaikan tanggungjawab...
dan semoga sejahtera Dr sekeluarga...

Takbir!!!
[jauh dari Mesir]

Anonymous said...

pe maksud nama lo' lo'??