Sunday, 30 May 2010

Menteri WP halang Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru



Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik menghalang saya sebagai wakil rakyat dan juga pemilik tanah KgBaru dari bercakap dan secara biadap memalukan saya dalam Perjumpaan antara Pemilik dan Pewaris dengan Menteri di PWTC.

Orang-orang Kg Baru menyaksikan sendiri sikap menteri 'pintu belakang' yang langsung tidak menghormati seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat

Menurut seorang yang hadir semasa ucapan penutup Raja Nong Chik kata dia halang wakil rakyat PR bercakap kerana tidak mahu isu Kg Baru dipolitikkan. Inilah sikap Menteri 'low class'. Dia dilantik jadi Senator dan jadi Menteri ikut 'pintu belakang' bukan lantikan politikkah? Jadi siapa sebenarnya yang politikkan isu Kg Baru?.

Dia umumkan Drs Sulaiman letak jawatan dan ucap tahniah kepada Dato Johari Ghani yang baru jadi Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa bukan politikkah? Apa kena mengena Umno Titiwangsa dengan isu Kg Baru kalau bukan sebab politik.

Perbincangan-perbincangan yang telah berjalan di peringkat KWPKB dan DBKL dan disertai Umno Bahagian TW bukan politikkah? Saya diketepikan dan tidak diturut sertakan bukan politikkah?

Saya wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya. Saya bekerja kuat untuk meyakinkan rakyat untuk bawa perubahan kepada kepimpinan Malaysia.

Raja Nong Chik bercakap atas kapasiti apa? Sebagai pemilik tanah Kg Baru atau kapasiti Menteri WP? Kenapa boleh bercakap dan jadi penganjur program? Sudah tentu atas kapasiti menteri sebab dia bukan pemilik atau pewaris Kg Baru. Saya juga ada hak bercakap atas kapasiti wakil rakyat.

Hari ini saya dimalukan tetapi saya yakin Allah Maha Adil, sudah pasti apa yang berlaku ada hikmahnya dan insyaAllah orang Kg Baru yang menyaksikan gelagat melampau Menteri WP dan beberapa penyokong kuat Umno akan terus berpihak dan menyokong saya dan PR dalam PRU 13 nanti.

Ini bukan kali pertama Raja Nong Chik bersikap melampau. Semasa melawat Keramat Mall tahun lalu, juga tanpa memberitahu kepada saya selaku wakil rakyat beliau telah mengeluarkan kata-kata "Takkan mana saya pergi mesti bagi tahu YB, ni saya nak pergi tandas, nak ikut?". Walau pun sudah minta maaf tapi sikap buruk tersebut beliau ulangi lagi hari ini. Saya difahamkan beliau sering juga menghalang program-program YB Nurul Izzah selaku Wakil Rakyat Lembah Pantai. Nampaknya menteri bernama Nong Chik ini hanya berani dengan orang perempuan !

Saya ingin ingatkan bahawa rakyat sudah tidak tertelan lagi dengan politik Umno/BN hingga Blok minyak M dan L terlepas ke Brunei. Tanjung Pagar yang 100% Malaysia punya kini terpaksa dikongsi dengan singapura 60:40 di Woodland. Semasa majlis pagi tadi pun saya dengar figur 60:40 untuk Kg Baru.

Saya sangat bimbang pemilikan Melayu Islam Kg Baru akan terus tergadai oleh mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah kerana tidak takutkan Tuhan. Saya difahamkan ada sebahagian KECIL yang bercakap berdegar-degar tadi adalah kaki judi dan memang menunggu peluang untuk mendapat keuntungan segera dari Projek Pembangunan Kg Baru.

Seruan saya pada anak-anak Kg Baru, "Selamatkanlah Kg Baru, JANGAN menang sorak kampung tergadai". Moga-moga Allah menetapkan pendirian anak-anak Kg Baru supaya tidak berputih mata melihat Kg Baru terlepas pemilikannya.


Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali

Ahli Parlimen Titiwangsa

docpearl.blogspot.com

032698002

4 comments:

Anonymous said...

salam dr.

marah nampak.. berdakwah perlu kesabaran... jangan banyak sangat berpolitik sehingga emosional.. ikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.. InsyAllah selamat.

Amin

Anonymous said...

salam dr.

marah nampak.. berdakwah perlu kesabaran... jangan banyak sangat berpolitik sehingga emosional..
Tak payahlah dr. bgtau dr. kerja kuat kat satu dunia.. org dah ramai nampak dr. kuat kerja.. so don't worry.. ikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.. InsyAllah selamat.

Amin

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

Terimakasih atas pandangan tersebut. Saya terpaksa maklumkan tentang saya kerja kuat untuk Kg Baru dan TW kerana mungkin ada yang tidak tahu. Hari ini saya dapat maklumat (baca komen hantaran ttg 60:40) iaitu ada orang yg kata saya tidak pernah turun Kg Baru. kan kelakar tu sdgkn pusat khidmat saya d kg Baru. Malah saya tebalkan muka pergi ke Program2 penerangan DBKL dan KWPKB sejak dari pelancaran draf KL 2020 sejak awal lagi. Saya juga telah menganjurkan perjumpaan dgn pnduduk KgBaru awal sblum DBKL jumpa pnduduk atas biaya sendiri, almaklumlah saya tiada peruntukan Ahli parlimen. Ini Politik Islam, semuanya berlandaskan AlQuran dan AsSunnah. Jika kita kita kebajikan atas usaha individu mmg tak perlu d war2kan, tp saya bkerja atas jawatan wakil rakyat, oleh itu rakyat perlu tahu perlu dimaklumkn apa yg saya buat. Wallahua'lam

Anonymous said...

dr lolo buat yang patut .. tanah orang melayu harus dipertahankan dan jangan jadi tunggangan .. saya sokong walaupun bukan dari golongan mu