Semalam pergi kenduri kahwin sahabat suami. Sangat syar'ie kendurinya. tetamu lelaki 1 khemah, tetamu perempuan 1 khemah dan dibahagi dengan kain. Tetamu wanitanya ramai yang berpurdah jadi memang sangat selesa dengan suasana begitu. Tiada muzik yang membingitkan, tiada perkara lagho atau percampuran bebas, pengantin perempuan pula menutup aurat dengan sopan. Semasa saya masuk ke khemah wanita saya disambut oleh beberapa tetamu wanita yang mengenali saya. Tuan Rumah perempuan masuk kerumah sebab solat zohor. Rupa-rupanya ada beberapa orang tetamu wanita adalah pengundi Titiwangsa walaupun duduk dalam Selangor.
Salah seorang bercerita tentang bagaimana pertama kali dia berjumpa saya semasa program derma darah anjuran umno sewaktu PRU 12 yang lalu di Titiwangsa. Saya pun ingat2 lupa, tapi apa yang saya boleh ingat balik, yang bagi khidmat pada hari tersebut adalah doktor, jururawat dan kakitangan Hospital KL; bukan sukarelawan umno. Maklum ajelah vip pada hari itu adalah Timbalan Menteri Kesihatan Dato Abd Latif jadi dia mempergunakan kedudukkan untuk mendapatkan khidmat HKL sedangkan program umno anjur untuk kempen calun umno bn Dato Aziz Baba. Menurut kata wanita tu dia dan rakan2 terkesan sungguh bila saya datang program mereka dan bersalam2an dengan mereka. Hasilnya sejak itu dia dan kawan2 mengundi saya walaupun mereka wanita umno. Lagi pun dia yakin saya boleh bawa agenda Islam. Saya kata Alahamdulillah tambahan pula bila dia mengaku dia memang sebelum ini sokong umno, tapi sekarang akan terus sokong saya tambahan pula dia tidak puas hati dengan fitnah terhadap DSAI. Saya kata, kan orang umno diberi maklumat tentang DSAI melalui media dll. Dia kata dia baca akhbar dan akses internet jadi dia dapat maklumat semua pihak, dari situ dia buat keputusan.
Begitulah rupanya orang ni kalu dapt maklumat akan membuatkan dia berfikir dan mengambil keputusan yang munasabah dan yang bijak.
Dr Lo'Lo'
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 days ago
No comments:
Post a Comment