Tuesday, 20 July 2010

Kenapa Bahagian Pengurusan Hartanah buat taklimat kepada kaki-tangan kerajaan di Dewan umno?

Semalam semasa dalam program turun padang ke surau2 seluruh TW saya telah mendapat maklumat bahawa pada malam ini akan diadakan majlis taklimat berkenaan dengan pengosongan Kuarters Kerajaan Jln Cochrane yang terletak dalam Parlimen Titiwangsa. Aturcara majlis dengan jelas menyenaraikan taklimat oleh Pegawai dari BPH dan seterusnya ucapan oleh Ketua bahagian umno Cheras. Majlis ini diatur oleh Rukun Tetangga kuarters tersebut. Ini adalah kerana mereka telah menerima notis pengosongan pada Bulan Disember nanti.

Sebelum ini saya telah menyertai satu majlis dialog atas isu yang sama dimana penduduk telah menerima notis untuk mengosongkan pada Bulan Mei yang lalu Saya telah mendapat jaminan dari pegawai BPH yang hadir pada malam tersebut iaitu kaki-tangan kerajaan tidak akan diminta mengosongkan kuarters sehingga urusan tukar milik status hartanah tersebut disempurnakan. Ini adalah kerana kebimbangan penduduk yang khuatir kawasan berkenaan tidak akan dibangunkan terus dan terbiar bertahun2 seperti mana yang berlaku dengan kawasan kuarters kerajaan di Jalan Imbi yang sehingga kini terbiar jadi sarang penagih dadah dan dipenuhi setinggan2. Beberapa rumah yang dikosongkan dan telah dirobohkam dikawasan sekarang pun tinggal seperti padang jarak padang tekukur.

Berbalik kepada isu program malam ini saya berasa hairan bagaimana sebuah unit dibawah JPM boleh terus bersetuju untuk beri taklimat pada kaki-tangan kerajaan walau pun dimaklumkan tempat yang dicadangkan adalah sebuah dewan parti politik yang berselerat dengan bendera parti. Apakah JPM tidak perlu akur kepada General Order yang melarang kaki tangan kerajaan terlibat secara aktif dengan parti politik. Inilah kerajaan pusat yang ada yang tidak pernah belajar dari kesilapan dan tidak sedia untuk berubah. Mereka sentiasa beranggapan dan bertindak seolah2 umno tu kerajaan dan kerajaan itu umno.

Walau pun saya bantah tetapi nampaknya pegawai berkenaan mendapat arahan untuk meneruskan majlis malam ini. Bagus juga mereka bersikap membabi-buta seperti ini, biar rakyat melihat. Kakitangan kerajaan memang golongan rakyat Malaysia yang cerdik, mereka melihat dan memerhati 'double standard' ini. InsyaAllah PRU13 nanti mereka akan mengundi berdasarkan pemerhatian mereka walau apa sekali pun yang disogokkan melalui media yang dikuasai kerajaan pusat.



"Islam adil untuk semua"



Dr Lo'Lo'

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: