KUALA LUMPUR, 15 Ogos: “Pihak Umno pun jarang datang berbincang. Mungkin mereka mengganggap MAS ini sebagai penghalang usaha mereka untuk mendapatkan Kampung Baru,” kata Setiausaha Malay Agricultural Settlement (MAS), Shamsuri Suradi.
Begitupun, katanya, MAS menyambut baik pembentangan pelan alternatif Kampung Baru oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim minggu lalu.
Namun, beliau berkata, tidak memadai dengan sekali pertemuan bagi menjelaskan pelan tersebut kepada penduduk yang rata-rata masih belum memahami sepenuhnya pelan yang dibentangkan itu.
“Pembentangan pelan alternatif perlu diberitahu dengan penduduk secara mendalam konsepnya, sebab kebanyakan penduduk yang hadir pada hari itu, saya nampak kurang faham.
“Sepatutnya ia perlu dibuat pendedahan dengan cara yang paling mudah supaya semua penduduk faham," katanya ketika ditemui di pejabatnya, dekat sini.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya akan mengatur satu lagi pertemuan dengan penduduk bagi menjelaskan kedua-dua pelan, masing-masing daripada pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.
Ujarnya, MAS yang merupakan sebuah lembaga yang mendapat kepercayaan penduduk dalam menguruskan pelbagai masalah melibatkan kampung Baru akan berperanan sebagai orang tengah dalam isu pembangunan Kampung Baru.
“Pihak MAS akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk untuk terangkan mengenai kedua-dua cadangan dari kerajaan pusat dan kerajaan Selangor supaya penduduk-penduduk faham.
“Sebagai orang tengah kita akan dengar luahan penduduk kerana tidak semestinya cadangan kerajaan itu yang terbaik sebab kerajaan cuma bagi pelan A, tak ada pelan alternatif,” katanya.
Beliau berkata, MAS menyokong pelan alternatif yang dibentangkan asalkan ia benar-benar memenuhi kehendak penduduk yang tidak mahu tanah mereka tergadai untuk tujuan komersil.
MAS juga mahu fungsi mereka sebagai orang tengah dikekalkan demi menjaga kebajikan penduduk kawasan itu.
“Pelan alternatif bersetuju dengan kewujudan MAS dan pihak MAS harus bersedia ke arah itu.
“Dr. Lo’ Lo’ sendiri ada bertemu dengan MAS dan berbincang mengenai tabung amanah yang dicadangkan dan bagaimana MAS boleh berperanan dalam tabung itu.
“Kita boleh terima pandangan Dr. Lo’ Lo selama ini. Tapi sebelum Dr. Lo’ Lo’ ahli parlimen sebelum ini tidak pernah datang sini.
Mengulas mengenai Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang dijangka beroperasi tahun hadapan, beliau mengakui kecewa dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin yang dilihat cuba menghilangkan fungsi MAS sebagai orang tengah kepada penduduk sejak 111 tahun yang lalu.
Katanya, meskipun MAS dipanggil bersama-sama dalam Lab Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru awal bulan lalu, namun ia sekadar ‘mencukupkan syarat’.
Ujarnya, daripada perbincangan sewaktu lab itu juga, difahamkan mereka yang akan menyertai perbadanan itu terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan mengenepikan penglibatan MAS.
“Cadangan daripada kerajaan pusat terus menolak kewujudan MAS. Dengan penubuhan Perbadahan Pembangunan Kampung Baru ini, yang kita lihat fungsi MAS akan terhapus.
“Kalau lihat draf perbadanan itu, anggota perbadanan tidak termasuk orang kampung Baru. Ertinya dilantik oleh kerajaan sedangkan kita merasakan MAS ini sebagai orang tengah setelah kewujudan kita seratus sebelas tahun.
“Walaupun kerajaan mana pun yang memerintah, kita tetap berperanan sebagai orang tengah sebab kadang-kadang kerajaan tidak boleh terus kepada penduduk. Jadi di sini kita membantu kerajaan," katanya.
Beliau berkata, adalah tidak wajar MAS diketepikan sedangkan ia sangat berperanan dalam menyelesaikani isu-isu penduduk terutamanya melibatkan pemilikan tanah yang tiak dapat diselesaikan dalam sesebuah keluarga.
“Kita merasai MAS akan dibubarkan. Kita ini bila sudah tua, kita boleh merasai orang suka atau tak suka kita walaupun dijemput dalam perbincangan,” katanya sinis.
Justeru, beliau mahu pertemuan susulan dengan penduduk diadakan sebelum cadangan itu dibawa ke Parlimen Oktober ini.
“Kita berharap benar dari segi apa pun ia mesti dibuat untuk masa depan orang Melayu, mesti ada akad dan di akhirnya penduduk mesti gembira dengan apa yang dicadangkan. Bukan memaksa pendudk mengikut cadangan kerajaan. Itu kerajaan zalim namanya,” tegasnya.
Sementara itu, salah seorang penduduk yang menghadiri pembentangan pelan alternatif yang diadakan, Hashidah Abdul Razak bersetuju dengan Tabung Amanah Kampung Baru (KBLT) yang dicadangkan kerajaan Selangor.
Beliau bagaimanapun mahu tabung itu tabung berkenaan disertai oleh pemilik tanah yang tidak ada kepentingan peribadi bagi memastikan ianya benar-benar berfungsi untuk memajukan tanah Kampung Baru.
“saya cadangkan pemilik sendiri menyertai tabung itu sebagai pemantau dan tidak ada kepentingan peribadi agar amanahnya benar-benar terjaga,” katanya.
Tabung amanah itu merupakan alternatif kepada cadangan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan satu perbadanan untuk bagi memajukan tanah tersebut.
Melalui rancangan alternatif itu, kesemua pemilik tanah akan diberikan unit saham mengikut keluasan tanah mereka.
Tanah itu juga dirancang ditukar statusnya menjadi tanah komersil dengan pegangan bebas.
Dua bentuk saham akan ditawarkan, dan salah satu daripadanya diberikan mengikut keluasan tanah
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
6 months ago
No comments:
Post a Comment