Sunday 22 August 2010

Melawat mangsa letupan gas di Pangsapuri Anggerik Blok A6 Desa Pandan

 Beginilah keadaan tempat letupan tersebut


Adik Kepada mangsa menceritakan keadaan semasa letupan Gas  & keadaan Mangsa Letupan Gas  kepada YB Dr Lo'Lo' sambil Diperhatikan oleh Wakil Parlimen Titiwangsa ( Zon Pandan ) En Abu Hassan berkopiah


Keadaan dalam rumah yang musnah sama sekali akibat leputan Gas bocor .


bersama-sama wakil Persatuan penduduk


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

2 comments:

Anonymous said...

Salam... Apa nak jadi dengan parti puan yang kononnya membela umat Islam dan melaksanakan syariat Islam? Semakin hari semakin jauh sesat. Sehinggakan perkara asas yang saya sudah ketahui sejak di sekolah rendah lagi cuba puak puan kelirukan. Berapa banyak cubaan lagi untuk menyesatkan umat? Mungkin puak puan merasakan riak dan bongkak disebabkan mendapat pendidikan agama yang tinggi. Tetapi ianya tidak menjamin puak puan bercakap mengikut nafsu dan akal fikiran. Orang yang paling baik di si Allah S.W.T. adalah orang ynag bertaqwa. Pasti puan sedia maklum erti taqwa. Semoga iman dan iktiqad puan tidak dicabut Allah S.W.T. akibat bersekongkol dengan kafir harbi... wanauzubillah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (113)
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, dia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (114)

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

Letih dah nak terang kpd org yg TIDAK MAHU buka mata telingan dan minda mcm si anonymous ni. dah lah tak berani nak perenal diri. Khatib tu mendoakan supaya LGE diberi taufiq hidayah dan kembali kepada Islam. Apa salahnya ? sape yg kategori kafir harbi? kafir harbi yg menentang Islam secara terang2. Sedangkan nabi Mohd SAW pun mendoakan 2 omar memeluk Islam semasa mereka masih bawa pedang nak memenggal kepala orang Islam. Apa yg nak ditakutkan dgn doa. pelik saya n letih melayan org spt anda ni.