Wednesday, 8 September 2010

PAS cadang kemuka isu peneroka bandar ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali sekali lagi bercadang untuk membawa isu peneroka bandar dan setinggan ke Dewan Rakyat, November ini.


"Saya akan terus bawa isu ini sebab mereka ini adalah peneroka bandar yang hidup setinggan di Kuala Lumpur sejak lebih 40 tahun lagi," ujarnya petang tadi.
"Malah, saya serta semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur pernah memberi memorandum pada (Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar) Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, cadangan-cadangan lagi untuk memudahkahkan rakyat."

Katanya, mereka yang terbabit seakan dinafikan hak untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pinjaman 100 peratus oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti yang diwar-warkan Raja Nong sebelum ini.

Bagaimana pun, Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri memperkenalkan polisi yang tidak munasabah, iaitu mereka terbabit boleh membeli rumah dengan syarat membayar RM35 ribu secara tunai kepada dewan.

"Kalau diberi membeli peluang membeli rumah pun, disusahkan sedangkan mereka bukan golongan berada, berpendapatan rendah, tidak mampu beli rumah RM35 ribu tunai," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Ujarnya, isu malar segar itu dibawa oleh Pakatan Rakyat sejak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek PPR sebelum ini.

"Sebenarnya isu ini telah saya bawa dulu lagi apabila Perdana Menteri (Najib) mengumumkan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR)," ujarnya lagi.

Namun, katanya pentadbiran Najib dilihat sambil lewa dalam mempertahan hak bermastautin peneroka bandar dan kaum setinggan.

Tambahnya lagi, langkah kerajaan menjual rumah kos rendah kepada mereka yang terbabit wajar dilihat tidak munasabah.

"Sepatutnya mereka ini bukan lagi membeli rumah atau sewa kerana mereka ini peneroka-peneroka bandar di sekitar Kuala Lumpur ini," beliau menambah.

Bulan lalu, Ezry Nurul Ridhwan, 34, salah seorang yang terbabit mencabar kementerian dan DBKL mendedahkan jumlah peneroka bandar dan kaum setinggan diberikan peluang memiliki rumah PPR dengan pinjaman 100 peratus BSN, bank panel seperti yang dijanjikan.

Beliau mendakwa DBKL membatalkan tawaran membeli yang membabitkan lebih 10 ribu keluarga.

"Saya cabar DBKL, saya boleh jamin cuba tanya semua yang menyewa rumah PPR yang nak beli rumah, dah dapat beli atau belum," ujarnya sambil mengaku bahawa beliau bekas setinggan di Kampung Pantai Dalam.

Menurut beliau, beberapa bank panel yang dilantik oleh pentadbiran Najib, Presiden Umno pada 14 Julai lalu menolak semua permohonan pinjaman mereka yang terbabit tanpa memberitahu sebab-musabab yang jelas.

"Kami hanya dimaklumkan bahawa loan 100 peratus untuk ini ditolak, kalau nak beli juga, bayar langsam RM35 ribu kos rumah itu," ujarnya sambil mengaku bahawa mereka yang terbabit mustahil mampu membeli rumah secara tunai.

Walhal, katanya Nong Chik pada pertengahan Februari lalu melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berjanji meluluskan pinjaman 100 peratus demi kepentingan rakyat, khususnya orang-orang Melayu.



Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

1 comment:

Anonymous said...

Asalam dr lo lo, selamat lebaran maaf zahir batin, Teruskan perjuangan untuk kebaik rakyat terbanyak. Rakyat faham bukan mudah pihak p rakyat mendapat keberkenan dan kelulusan dari umno bn. Menteri yg kita ada membawa pendekat yg tidak bermaruah, segala keputusan akan membawa ke untungan untuk umno bukan, bukan utk rakyat. Betap rendah mentaliti pemimpin kita yg ada. Apa yg sepatut berlaku rakyat telah memberi kepercayaan kpd umno bn untuk memerintah buat masa ini, seharusnya tidak adalagi pilih kasih, yg penting rakyat harus ada keadilan untuk semua. Ok selamat lebaran maaf zahir batin. tq