Wednesday 1 September 2010

Majlis Sumbangan dan Iftar Ramadhan serta menyamut Syawal Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Parlimen Titiwangsa

Sempena Menyambut Ramadhan & Syawal Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Parlimen Titiwangsa menganjurkan program Iftar & Sumbangan 1431H / 2010M dengan kerja sama Yayasan Prihatin Titiwangsa & Yayasan AEON. Seramai 200 orang penerima sumbangan program tersebut antaranya Mangsa Kebakaran Kg Sungai Kerayong, Maluri Pandan, Mangsa Kebakaran Kg Dato Keramat, OKU Penglihatan , Anak2 Yatim Kg Baru , Fakir2 Miskin Sekitar Titiwangsa , Skim Mesra UsiaEmas Pembayaran Pertama Dan Kedua, Duit Raya untuk kakitangan PKWR, Wakil2 Zon, Peguam-peguam TW dan hamper Raya kpd para Amilin ( yang Banyak membantu menjayakan ProgramIftar & Ihya Ramadhan sepanjang Bulan Ramadhan peringkat parlimen Titiwangsa).


Sdr Yusuf Yahya sebagai pengacara program Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadhan 1431H / 2010


YB Dr Lo'Lo' menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin



Majlis sumbangan dimulakan dengan pembayaran Skim Mesra Usia Emas ( Pembayaran 1 ) RM 1,000.00
disampaikan oleh YDP PAS Titiwangsa Mejar ( B )Ustaz Abdullah




Pengerusi Yayasan Prihatin Tuan Haji Ismail menyampaikan sumbangan untuk warga OKU penglihatan dari Persatuan Pelajar Muslim MAB Brickfields.


Timbalan Pengerusi Yayasan Prihatin Titiwangsa Dr Azrin Omar menyampaikan sumbangan bagi anak2 yatim Kg Baru . Seramai 70 penerima semuanya

salah seorang wakil mangsa kebakaran Kg Sungai kerayong menerima sumbangan dari En. Azahary wakil bagi Yayasan AEON

Yb Dr Lo'Lo juga tidak lupa untuk memberikan Duit Raya  kepada kakitangan PKWR, Wakil2 Zon dan para Amilin iaitu mereka yang telah banyak membantu YB Dr Lo'Lo' dalam menjayakan Program Iftar & Ihya Ramadhan 1431H / 2010 ini


salah seorang wakil penerima Skim Mesra Usia emas ( pembayaran 2 ) RM 1,500.00
disampaikan oleh YB Dr Lo'Lo'


Cenderahati dari YB Dr Lo'Lo' Kepada Wakil Yayasan AEON En Azhary


Bergambar beramai2  dengan Penyumbang & Penerima selepas Majlis Iftar & Sumbangan 1431H/2010





Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

No comments: