KUALA LUMPUR, 7 April: Masalah gejala sosial terutama di kalangan generasi muda yang semakin membimbangkan di tanah air tidak akan dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, tidak turut memberikan penekanan tentang aspek sahsiah yang baik di kalangan guru. Sehubungan itu, Kementeria Pelajaran tidak seharusnya hanya menekankan aspek akademik dan kokorikulum dalam sistem pendidikan negara, tetapi juga aspek sahsiah di kalangan guru-guru sendiri. Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menegaskan, kes-kes gejala sosial terutama yang melibatkan para pelajar atau golongan muda di tanah air diyakini berlaku disebabkan pengabaian pihak Kementerian Pelajaran dalam aspek itu. Menurut beliau, oleh itu, kini sudah tiba masa untuk Kementerian Pelajaran memikirkan perkara itu dengan lebih jauh bagi kepentingan negara. "Namun tidak dapat dinafikan, guru-guru memainkan peranan penting bagi pencapaian cemerlang para pelajar dan pembangunan negara dan kita sememangnya menghargai jasa para guru. "Tetapi disebabkan aspek sahsiah di kalangan guru tidak diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran telah menyebabkan kes-kes gejala sosial di kalangan generasi muda semakin meningkat di negara kita," katanya ketika mencelah dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Dalam menuju kemajuan dan kecemerlangan dalam pelajaran, menurut beliau, pembinaan sahsiah yang baik di kalangan rakyat merupakan satu perkara amat penting terutama di kalangan guru. "Sekiranya guru-guru sendiri tidak mempunyai sahsiah, bagaimana guru-guru hendak membentuk sahsiah kepada para pelajar. Dengan itu, kita pasti tidak berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik," katanya. Pemilikan sahsiah yang baik di kalangan guru, katanya, akan memudahkan para guru sendiri membentuk sahsiah di kalangan para pelajar, tetapi jika perkara itu tidak diberikan penekanan akan lebih memburukkan lagi masalah gejala sosial di negara kita. Katanya lagi, lebih jauh dari itu, ia pasti akan menjadikan sistem pendidikan di negara kita akan berkecamuk. Memberikan respons kepada perkara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong turut mengakui hakikat itu dan ia akan turut diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran. |
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
1 day ago
No comments:
Post a Comment