Friday, 12 September 2008

IFTAR RAMADHAN & SUMBANGAN
7 September 2008/ 7 Ramadhan 1429H

sebahagian ibu-ibu tunggal yang hadir... YB bersama kanak-kanak PPR Laksamana YB turut membantu menyediakan persiapan judah untuk berbuka bersama... YB membentu para petugas menyediakan keperluan sumbangan kepada Ibu-ibu tunggal, OKU dan juga fakir miskin...

by Faezah

IFTAR RAMADHAN DI MASJID AKRAM KG DATO KERAMAT
9 September 2008/ 9 Ramadhan 1429H
YB bersama sebahagian muslimat yang hadir...bergambar selepas solat mangrib berjemaah YB beramah dengan pengerusi Masjid Al-Akram Dato' Musa tetamu-tetamu yang hadir untuk iftar bersama sebahagian muslimat yang hadir... lebih 200 orang datang iftar bersama setiap hari
by: faezah

Wednesday, 10 September 2008

Edaran Bubur Lambuk di PPR Desa Rejang
1 September 2008
Ucapan ringkas sebelum edaran bubur.

Bersama penduduk PPR Desa Rejang.

TERIMA KASIH diucapkan kepada Jawatankuasa di PPR Desa Rejang yang bertungkus lumus untuk menjayakan program edaran bubur lambuk di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjemput saya untuk memeriahkan lagi majlis pada tempoh hari. Semoga Allah memberkati dan menerima semua amalan kita di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
by: faezah

Wednesday, 3 September 2008

KARNIVAL MERDEKA & HARI KELUARGA
30 Ogos 2008
Ucapan Merdeka di Majlis Karnival Keluarga Merdeka anjuran ADUN Cempaka. Saya turut dijemput untuk memeriahkan. DUN Cempakan serta Parlimen Titiwangsa sangat akrab kerana berjiran dan berkongsi pengundi. Perasmian oleh YB Iskandar ADUN Cempaka dengan membaling belon berisi air - menarik dan unik !!
Saya bersama YB Iskandar dan Jean Lee iaitu salah seorang Ahli Majlis Ampang yang sangat aktif. Kelihatan juga pemain tabla yang berkombinasi dengan pemain kompang menghasil alunan gendang yang sangat meriah.
Dalam kesibukan dan kesempitan masa, YB Iskandar mengambil kesempatan bermesra dengan keluarga. Kelihatan YB sedang mendukung anak kecilnya sambil memerhatikan isteri beliau Ustazah Salasiah sedang menguruskan sesuatu.
Alhamdulillah, dapat ais krim percuma, tapi tidak dapat menikmati kerana 'bertugas' melawat gerai-gerai.
Antara aktiviti-aktiviti dijalankan.
TADARUS PERDANA
Sempena Kemerdekaan 1429H
30 Ogos 2008
Kumpulan Tadarrus Muslimat Titiwangsa menganjurkan program Tadarrus Perdana di Surau Biru Dato Keramat. Agenda besar ini adalah untuk membudayakan Tadarrus Quran dalam masyarakat. Jemaah Muslimat dari PPR Sri Perlis jadi tuan rumah, jemaah dari masjid ArRahimah, jemaah dari Kg Baru dan seramai 105 orang muslimat turut serta. Alhamdulillah muslimat telah khatam sebanyak 2 kali 30 juzuk Al Quran. Ustazah Teh Izzanuri (penceramah bebas) telah memberi tazkirah beliau walau pun agak lambat sampai kerana hujan lebat.
Peserta2 tadarrus dibekalkan buah tamar untuk bekalan Ramadhan pada hari lusa iaitu 1 Sept 2008. Majlis tersebut berjalan dari 3 ptg 30 Ogos 2008 bersamaan dengan 30 Syaaban. Majlis tadarrus akan diteruskan seperti biasa sepanjang Ramadhan ni.
SIRI KEMBARA HAFIZ
30Ogos 2008 YB memberikan ucapan aluan dalam majlis tersebut
Ucapan Perasmian oleh Puan Fatihah YB bersama Puan Kusyi Herdan dan Puan Ainon YB bersama Puan Fatihah Datuk Sri Ir. Mohamad Nizar
khusyuk mendengar ucapan dari YB, dihujung sana sekumpulan anak-anak yatim yang dijemput khas
Puan Kusyi bersama anak-anak yatim Nur Hikmah
Majlis ini berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan. majlis pelancaran buku Siri Kembara Hafiz ini dirasmikan oleh Puan Fatihah binti Datuk Sri Ir. Mohamad Nizar (anak MB Perak), YB dijemput untuk sama-sama memerihakan majlis tersebut dan mengeratkan lagi silaturrahim yang telah lama terjalin. Dihantar oleh Faezah p/a YB DrLo'lo'
SAMBUTAN HARI KELUARGA AMPANG 971
30 Ogos 2008
YB menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut... salah seorang penghuni Kondo Ampang 971 memberi bunga kepada YB sebagai tanda terima kasih mereka, kerana YB sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut... sebahagian penghuni Kondo Ampang 971
YB dijemput dalam majlis tersebut bukan sahaja bagi memeriahkan tetapi salah satunya mereka mahu mendekati dan juga beramah mesra dengan YB... kata salah seorang penghuninya selama ini kami hanya melihat YB dari jauh, dalam tv dan dalam akhbar, jadi hari ini kami menjemput YB dan mahu mengenal YB lebih dekat lagi... saya difahamkan kebanyakan penghuni di Kondo ini masih belum kenal antara satu sama lain, selama ini mereka hanya mengenal kereta tetapi tidak mengenal tuan punya...dengan adanya majlis seperti ini mereka lebih mengenali (program saling berta'ruf) dan mengeratkan lagi silaturrahim.
saya ditanya oleh seorang penghuni tersebut; "tak per ker, kalau kami minta YB ambil makan sendiri (layan diri) dan YB pilih makanan mana yang YB nak?...lalu saya jawap: YB okey, dia tak kisah...saya tengok penghuni tersebut kerut keningnya, saya pun hairan juga dan saya tanya kenapa puan?.."tak adalah...cuma...(sambil tersenyum) kalau macamtue tak apalah...tapi saya minta maaf yer.."...saya jawap: tak per...dan penghuni tersebut ucap terima kasih banyak-banyak...dia berlalu sambil tersenyum...
dihantar oleh P/A YB: faezah
JEMPUTAN KENDURI KAHWIN
30 Ogos 2008
YB bersama pengantin dan ibu pengantin perempuan
Walaupun pada hari itu jadual YB tersangat-sangat padat, tetapi YB cuba meluangkan sedikit masa bagi memenuhi undangan perkahwinan masyarakat setempat di Kg. Bharu. YB hanya dapat singgah sebentar sahaja kerana masih ada beberapa lagi program yang harus YB penuhi... dihantar oleh Faezah p/a YB

Tuesday, 2 September 2008

MANSUKHKAN I.S.A
YB bersama penduduk Indian Settlement yang membantah ISA...mereka minta kerajaan memansukhkan ISA yang zalim...
dihantar oleh Faezah p/a YB
MESYUARAT BERSAMA PUSAT KHIDMAT DAN PKNS
YB bersemangat melontarkan idea-idea...
YB dan kakitangan Badan Bertindak Kg. Bharu begitu khusyuk mendengar pandangan dan idea-idea yang dilontarkanwanita juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut...suara wanita tidak boleh diketepikan...
suasana yang tegang dan panas membincangkan isu-isu yang berbangkit berkaitan status Kg. Bharu
dihantar oleh Faezah p/a YB