Wednesday, 10 June 2009

Ibu tunggal rakyat Malaysia merempat di bumi sendiri. Pada 9 Jun yang lalu seorang ibu tunggal yang baru kematian suami OKU pada 31 Mei atas sebab komplikasi penyakit kencing manis telah datang ke PKWR untuk mendapat sokongan bagi mendapatkan rumah DBKL. Setelah melihat dokumen Surat Mati suaminya didapati arwah suaminya adalah anak kelahiran Selangor dan oleh kerana arwah adalah OKU walau pun pada saat kematiannya belum berumur 6o tahun, penama/waris layak mendapat RM2500 dari Skim Mesra Usia Emas. Alhamdulillah semasa mendapatkan maklumat2 yang lebih lengkap terbongkarlah rahsia yang sejak kematian suaminya dia hanya tinggal digerai jualan jajan kepunyaan arwah suaminya sebab telah kena halau dari bilik yang disewa sebab tidak berbayar sejak suaminya terlantar sakit di hospital. Saya tergerak hati untuk meninjau keadaan tempat tinggalnya dalam gerai yang dikatakan oleh wanita ini. Terkejut besar saya yang dimasudkan dalam gerai itu sebenarnya adalah bawah payung gerai ditepi kakilima. Gambar2 yang kami ambil menceritakan keadaan yang sangat memilukan. Inilah kemiskinan bandar yang lebih teruk dari kemiskinan kampung. Tanpa tempat berteduh, tiada tandas/ruang, solat dan urusan harian dilakukan dimasjid atau di bilik2 air restoran. Bila sudah terbongkar barulah wanita tabah ini menangis dan menyatakan betapa sayu dan sedihnya dia. Keluarga yang ada hanyalah bapa tua yang berumur 80 tahun dan sudah terlalu uzur yang tinggal bersama ibu tirinya. Adik beradik pun susah dan tidak dapat membantu. Saya tidak senang duduk selepas meninggalkan wanita ini lalu menghubung terus nombor2 pihak Baitulmal yang langsung mahu membantu walaupun diluar waktu pejabat. Wanita dan anak kecilnya akan ditempatkan dirumah transit Baitumal buat sementara waktu. Setelah dihubungi barulah diketahui bahawa peruntukan rumah kepada wanita ini telah diluluskan kerana permohonan telah dibuat sejak 2007. Mungkin kerana dia tiada alamat tetap menyebabkan surat dan pemakluman tidak dapat disampaikan. Insya Allah Isnin 15 Jun staf saya akan bawa dia ke DBKL untuk urusan penempatan. Disebalik gerai inilah dia dua beranak tidor atas sebuah kerusi malas. Macam mana agaknya jika hujan ribut, tak tergamak saya untuk bertanya. Mujurlah dia datang ke Pusat Khidmat saya untuk minta pertolongan. Mujurlah Staf saya buka mulut untuk bertanya lebih. Mujurlah saya tergerak untuk meninjau sendiri. Jika tidak permohonan wanita malang ini akan terus tersangkut dan entah bila akan diberi perhatian. Ya Allah, ampunkan dosa kami sebab makan kenyang sedang 'jiran' kami lapar, ampunkan lah kerana kami tidor selesa sedangkan saudara kami kesejukan dan terpinggir ! Ini RM1000 sumbangan awal untuk Puan dari SKIM MESRA USIA EMAS yang juga dibuka untuk OKU anak-anak kelahiran Selangor atau kad pengenalan bernombor 10 ditengah dalam Agenda MERAKYATKAN EKONOMI Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Memang berbaloi sangat SMUE ini terutama boleh membantu wanita tunggal seperti ini. Alhamdulillah. Anak kecil sangat gembira mendapat 'Teddy Bear" yang dikirimkan oleh anak saya Fawwaz yang dibeli secara borong dan murah dari 'Car-boot-sale' di Manchester. Barangan terpakai orang menjadi hadiah yang sangat bernilai kepada orang lain pula. Dr Lo'lo' "BERANGKATLAH SAMA ADA RINGAN ATAU BERAT DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH, YANG DEMIKIAN ITU TERLEBIH BAIK BAGI KAMU JIKA KAMU MENGETAHUI" - AT TAUBAH 41
MAJLIS HI TEA BERSAMA PEMIMPIN
[TIKET: RM10]
Pada: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 4.00 petang - 7.00 malam
Bertempat: Dewan Orang Ramai Taman. Nirwana Fasa 1, Kg. Pandan, Ampang.
TETAMU KHAS: YB IR. MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN
Turut hadir:
YB Elizabeth Wong
YB Gobind Singh Deo
YB Nga Kor Ming
Anjuran Badan Kebajikan Parlimen Rantau Panjang (YB Ustazah Zailah)
Untuk maklimat lanjut sila hubungi 013-9785477/ 012-2785502

Tuesday, 9 June 2009

Ziarah mangsa kebakaran dari Indian Settlement
07 Jun 2009
Bapa kepada Sonia yang berumur 6 tahun yang sedang dirawat pada masa tersebut di ICU Hospital Institut Pediatrik, KL. Masa ini Sonia adalah mangsa yang kurang parah dan telah pun mula minum susu serta menangis apabila ibunya yang menunggu datang mendapatkan saya yang melawat masuk dalam ICU. Namun hari ini tadi saya terkejut apabila dimaklumkan Sonia telah meninggal dunia secara mengejut
dan mayatnya dibakar petang tadi 9 Jun 2009
Ibu kepada seorang lagi mangsa yang koma dan terbakar hampir seluruh badan. Mereka adalah masyarakat terpinggir yang hanya mampu tinggal dibawah kabel letrik berkuasa tinggi yang sangat merbahaya. Kanak-kanak ini bermain layang2 dimana talinya dibuat dari wayar talipon. Beberapa penduduk dewasa telah turut bermain dan menjulurkan tali layang2 sehingga terkena kabel letrik berkuasa tinggi sehingga menyebabkan bebola api besar turun menyambar mereka. Kedua orang dewasa tersebut juga terbakar lebih 90% dan dalam keadaan koma dan nazak di ICU Hospital Selayang.
Kawasan yang terlibat adalah dibawah Parlimen Pandan YB Iskandar telah punmengambil langkah segera dengan beri bantuan dan akan segera memindahkan mereka ke penempatan yang lebih selamat. Bagi penduduk Indian Settlement sebelah Parlimen Titiwangsa mereka memang teah diatur untuk berpindah masa cuti sekolah pada Bulan Oktober ini.
Dr Lo'lo'
Majlis Perasmian Muktamar Muslimat PAS
04 Jun 2009
ucapan perasmian oleh YB Ust. Nasharuddin
Berdiri untuk menyanyikan lagu PAS dan Negaraku. Bersama YB adalah 2 Datin iaitu Datin Tuan Sabariah isteri Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik dan Datin Sabariah isteri PJ Selangor YB Dato Dr Hassan Ali.
kiri PJ Wilayah Hj. Muhammad Nor, Hj. Mohd Sabu Naib Presiden PAS dan PJ PAS Sabah Tuan Hj Mohamad serta tetamu2 VIP lain.
YB Rodziah Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang dan Puan Rozaini Wanita PKR
lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR PEMUDA
03 Jun 2009
YB sentiasa hadir Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat sejak beberapa tahun yang lalu. Walau pun kurang sihat kerana baru menjalani pembedahan kecil YB tetap tekun mendengar ucapan 'selamat tinggal' Ketua Pemuda yang berakhir sesi 2009 YB Salehuddin Ayob.
YB bersama YB Dr Halimah Exco Kerajaan PR Selangor
Qari yang merupakan Johan Akademi Al Quran.
Barisan Kepimpinan DPPP. Kelihatan Ketua dan Timbalan Ketua DPPP sesi 2009-2011.
Faezah

Monday, 8 June 2009

KONSULTAN CAP AYAM ATAU KERAJAAN BN CAP AYAM

Keruntuhan Stadium SSMZA ………….Ia diakui pelbagai pihak sebagai isu besar dan menggemparkan. Sebab-musababnya sangat banyak. Pertama kerana kehadiran stadium itu terlalu hebat digemariuhkan, terutama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), sebermula tercetusnya idea pembinaannya sejak tahun 2004 lagi.

Penuh papan tanda besar

Bayangkan, hampir tiada lokasi strategik sepanjang beberapa jalan utama sekitar Kuala Terengganu yang tidak dipacakkan dengan papan tanda besar memaparkan gambar stadium yang bakal dibina itu. "Nak stadium? Impian Kini Menjadi Realiti!" begitulah lebih kurang bait tertulis di atasnya.

Kata-kata itu disertakan dengan empat gambar projek besar BN yang kononnya sangat-sangat diimpikan seluruh rakyat, sedangkan ia hanyalah pemuas nafsu serakah dan ego para pemimpin BN sendiri. "Nak universiti? Nak lebuh raya? Nak lapangan terbang?" papan-papan tanda itu memasyhurkan projek mega BN itu.

Sebab itu boleh dikatakan hampir tidak ada rakyat Terengganu yang tidak tahu kehadiran stadium baru di negeri mereka. Setahun sebelum bermulanya kerja pembinaannya, cerita mengenainya sudah bertebaran serata negeri. Hinggakan nyaris nak termuntah rakyat mengulangbacanya bertahun-tahun.

Kedua, liputan media mengenai pembinaannya agak menonjol. Kos pembinaan stadium itu dikatakan RM292 juta. Ia memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang. Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy.

Banyaknya TER ...

Uniknya, ada beberapa "TER ..." yang dimiliki stadium itu. Antaranya penggunaan spesifikasi TERmoden, TERkini dan berteknologi tinggi dalam pembinaanya.

Ia merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai 'cow grass'.

Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Hebat! Hebat! Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!

Ketiga, sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat.

Keempat, lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM.

Terlopong dengan hebatnya stadium

…………..Sebab itu apabila pada Selasa lalu ia runtuh, berita mengenainya sukar lekang dari bualan masyarakat. Macam-macam luahan dan soalan timbul. Bagaimana mungkin stadium yang baru siap sudah runtuh? Macam mana boleh stadium yang sangat canggih runtuh juga? Belum pernah berlaku dalam negara kita kse seperti itu.

Ada yang pernah tengok stadium itu, belum puas menengoknya dan berniat menengoknya sekali lagi. Ada yang baru dengar cerita mengenai kehebatannya dan sudah pasang niat nak ke Gong Badak menengok sendiri struktur unik itu. Tahu-tahu ia sudah runtuh.

Setakat ini semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembinaan SSMZA dipertanggungjawab dan dituntut memberikan penjelasan. Namun, masing-masing kelihatannya lebih berminat saling menuding jari.

Apa yang dapat difahami dari kenyataan pelbagai pihak itu, projek ini adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu (gua duit ehsan?) bukan kerajaan Pusat. Bagaimana pun keaiban atas keruntuhannya turut ditanggung negara.

Sudah banyak aduan

Selaku ketua kerajaan negeri, Dato' Ahmad Said menjadi orang paling "panas telinga". Beliau mendedahkan telahpun beberapa kali memberi amaran kepada pihak bertanggungjawab mengenai kebimbangannya atas tahap keselamatan bumbung stadium itu. Malah, katanya, kerosakan itu telah pun beliau sedari sejak hari perasmiannya pada 10 Mei 2008 lalu.

Ahmad juga mempersoalkan ketelusan cadangan dan kelulusan daripada juruperunding yang memeriksa struktur stadium berkenaan kerana mereka dilantik pihak kontraktor. Sedangkan pada pandangannya pemilihan itu sewajarnya diputuskan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Konsultan yang buat pemeriksaan ini dilantik oleh kontraktor sendiri. Macam mana konsultan itu nak buat pemeriksaan terperinci (termasuk menolak apa yang dibuat kontraktor) sebab dia pun dibayar oleh kontraktor? Sebab itu struktur bangunan seperti ini perlu diperiksa oleh juruperunding bebas," Ahmad Said meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Ungkapan itu bagaikan tidak cukup memuaskan baginya menerangkan perasaan bengangnya atas insiden memalukan itu, menyebabkan beliau tidak segan melabelkan pihak terbabit sebagai 'cap ayam'.

"Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya 'cap ayam'," Ahmad Said menzahirkan keperibadiannya yang sebenar.

Istilah 'cap ayam' adalah antara label yang laris digunakan di Terengganu. Ia bermaksud koman, tidak berkualiti atau tidak professional, malah tidak boleh digunapakai.

Dalam keadaan yang ada, memang mudah bagi Ahmad melonggokkan kesalahan pada pihak lain. Apatah lagi beliau tidak terlibat dengan idea pembinaan SSMZA dan kerja awalnya, termasuk pemilihan kontraktor dan konsultannya.

Bagaimana pun, sepertimana diakuinya sendiri bahawa kelemahan dan kerosakan pada binaan stadium itu telah pun disedarinya sejak tahun lalu, mengapa beliau sendiri mengambil masa terlalu lama memastikan ia diperbetulkan?

Apakah label 'cap ayam' itu tidak wajar turut diberikan kepada kerajaan BN yang seolah-olah tidak berupaya mengarahkan tindakan segera jabatan, agensi dan semua pihak terlibat dengan projek itu memperbaikinya?

Jika konsultannya dikatakan 'cap ayam', kontraktor yang melantiknya juga 'cap ayam'. Maka bukankah kerajaan yang memilih kontraktor itu juga 'cap ayam'?_

Sedutan dari harakah daily

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK.  Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

"PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH SAMA-SAMA KE NERAKA' - hadis

Wednesday, 3 June 2009

Ramah Mesra Bersama Muslimat DUN Dong, Raub Pahang
01 Jun 2009
Singgah di Markas PAS DUN Dong yang merupakan rumah lama yang diizinkan oleh keluarga Tengku Puji untuk digunakan oleh PAS cawangan dan MTD. Selesa dan santai rasanya sebab ruah atas yang tidak berdinding memblehkan angin segar kampung meniup dan menyejukkan. Saya singgah sesudah merasmikan KEM Survival Remaja sempena cuti sekolah anjuran DMP TW di Kem Cekas yang berada beberapa kilometer dari sini.

Memberi motivasi kepada petugas2 parti yang terdiri dari Muslimat2 cawangan dalam Kawasan atau Parlimen Raub.

"Orang2 yang beriman dan berhijrah seta berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang2 yang menang"

Majlis Hi Tea dan Motivasi.
Antara muslimat yang hadir.
Muslimin juga turut hadir untuk beri sokongan dan mendengar motivasi.
Pandangan dari sudut belakang
Dr Lo'lo'
ZIARAH RAKYAT
29 Mei 2009
Sepetang bersama rakyat, dari hasrat melawat 2 orang, saya dan rombongan PKWR serta muslmat cawangan PPR Cochrane telah menziarahi 5 orang yang saya kira memerlukan bantuan. Begitu juga keluarga mereka. Salah seorang yang tiada dalam gambar ialah tukang cuci yang bekerja dengan kotraktor pencuci yang merupakan ibu tunggal dengan 6 orang anak. Pun begitu dia masih nak memberi kepada saya dengan membekalkan sebungkus rojak yang dijualnya secara kecil2an di kawasan PPR. Subhanallah, ramai lagi rakyat yang memerlukan. Walaupun saya telah turun d PPR ini beberapa kali namun ada lagi yang tecicir dari senarai penerima bantuan yang patut berada dalam senarai JKM dan atau Zakat.
Semasa nak balik terserempak dengan seorang aci yang bergerak dengan kerusi roda. Dia boleh berdiri tapi tidak mampu berjalan sebab lemah kedua kaki. Saya kurang pasti apa masalah kesihatannya sebab kurang faham cerita aci tu. Namun dia secara jelas minta tolong sebab sangat susah sejak anak lelaki yang menanggung dia dan bekeja sebagai pemandu teksi kini agak kurang sihat kerana mengidap arah tinggi,kencing manis dan sakit jantung. Sekali lagi hati saya tersentuh kerana sekian lama aci ni tidak pernah dapat apa2 bantuan dari JKM, sebabnya mudah saja iaitu kerana tiada siapa yang menunjuk cara dan jalan. Satu lagi tugasan muslimat cawangan di PPR tersebut.
Kami juga meluangkan masa menziarahi warga emas iaitu ibu Hj Murad yang berumur 80 tahun lebih dan agak uzur. Walau bagaimana pun beliau masih mampu berjalan perlahan2 cuma kalau solat terpaksa duduk.
Islam memudahkan dalam soal ibadah, tidak mampu berdiri, duduk, tak mampu duduk, baring pun boleh. Yang tidak boleh tinggal solat.
Saya juga berpeluang menziarahi budak perempuan yang dicabul oleh seorang lelaki jiran kepada keluarga ini sendiri. Melampau dan menjijikkan. Keluarga ini terdiri dari ibu yang beranak kecil seramai 6 orang. Yang sulung remaja perempuan yang agak kurang lekat dirumah. Adik2 dijaga oleh abang yang berumur 11 tahun. Bapa anak2 ini berkahwin lagi satu dan jarang2 balik rumah.
Kesian, anak yang paling kecil basah seluarya, saya kata nape tak pakaikan lampin, kata abangnya lampin adik sudah habis. Belas hati saya, teringat ada beberapa kotak lampin yang disumbangkan oleh seorang dermawan di Pusat Khidmat saya. InsyaAllah telah diusahakan untuk disumbangkan kpd keluarga ni. Bila saya bercakap2 dengan muslimat yang turut serta mungkin budak yang kena cabul tu trauma, secara spontan dia menjawab "Tak trauma pun". Kami semua jadi tergelak ramai2 dan muslimat yang ada mengatakan memang dia ni budak cerdik. Mengaji pun cepat dapat dan terang hati kerana dia mengaji dengan salah sorang muslimat iaitu Puan Maheran secara percuma. Inilah yang saya katakan muslimat 'Nadi Masyarakat' yakni yang membantu dan berkhidmat secara langsung tanpa mengira jawatan mahupun ganjaran. Alhamdulillah, agenda pentarbiyahan berjaya melahirkan Muslimat Al-Khadeem iaitu yang sedia berkhidmat demi menagih keredhaan Alla SWT.
Cucu-cucu mak cik yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Oleh kerana itu juga anak perempuan dia tidak boleh bekerja atau membuat apa-apa kerja sampingan kerana sepenuh masa terpaksa menjaga ibu yang lumpuh dan meladeni anak kecil serta melakukan kerja2 rumah. Anak lelaki dan menantu juga bekerja sebagai ekerjabawahan yang bergaji rendah. Muslimat PAS di PPR Cochrane akan mengusahakan agar makcik menerima lebih banyak bantuan disamping bekalan lampin pakai buang yang ditaja Zakat Baitulmal WP.
Makcik ni adalah OKU sejak muda lagi iaitu lemah kedua belah kaki disebabkan oleh jangkitan Polio. Namun begitu beliau tetap bertemu jodoh dan memperolehi zuriat seramai 2 orang. Juga mempunyai beberapa orang cucu. Sejak beberapa bulan lepas beliau diserang angin ahmar sehingga terus terlantar atas tilam. Ujian Allah kepada manusia yang daif sehingga kita hanya mampu menyatakan ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.
Dr Lo'lo'