Saturday, 20 June 2009

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENERANGAN ISU SEMASA
Tetamu:
YAB DS Nizar Jamaluddin,
YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali.
Tuan Hj Mohd Nor Mohd
Penganjur:
Us Dato Yazid Jaafar
Tempat:
Rumah Pak Yazid,DATO KERAMAT
Masa:
Ahad 8mlm 21 Jun 2009 bersamaan 27 Jamadil-Akhir
* Bawa duit lebih untuk DERMA PRK MANEK URAI, KOMPLEKS PENDIDIKAN TITIWANGSA dan TABUNG AMANAH TITIWANGSA. ** Kaunter SKIM MESRA USIA EMAS, TAWAS dan semakan Daftar Pemilih serta pendaftaran Keahlian PAS ada disediakan.

Friday, 19 June 2009

MAJLIS HI-TEA & DIALOG

24 Jamadilakhir 1430 bersamaan 18 Jun 2009

MAJLIS HI-TEA & DIALOG ANAK ANAK PERAK DIPERANTAUAN

BERSAMA

YB DATO SERI IR HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN

YB DR HATTA RAMLI

YB DR LO'LO' DATO HAJI GHAZALI

YB DR MUJAHID YUSOF

YBHG USTAZ IDRIS HAJI AHMAD

TUAN HAJI MOHAMAD SABU

YBHG USTAZ HAJI ABU BAKAR HUSSIN (PJ PERAK)

YBHG USTAZ HAJI AHMAD AWANG

TARIKH : 28 JUN 2009 (AHAD)

MASA : 3 PTG – 6 PTG

TEMPAT : DEWAN DATO HAJI FADHIL MOHD NOOR, TAMAN MELEWAR

HARGA TIKET : RM15.00

HUBUNGI

012-2141 858 (Mustapha)

019-3837 785 (Iqbal)

017-6727 584 (Asmadi)

013-3657 491 (Fahmi)

019-2316 539 (Fakrulrazi)

012-2871 614 (Mejar Rashid)

019-6570 438 (Cikgu Idzam)

FAEZAH

Sekian. Wassalam.

  1. "SELAMATKAN DEMOKRASI TEGAKKAN KEADILAN"

    Akhukum fil Islam,

    MUSTAPHA KHAMAL HALIM

    Setiausaha

    IKATAN ANAK ANAK PERAK DI PERANTAUAN

Thursday, 18 June 2009

Muslimat tolak sebarang kerjasama POLITIK dengan Umno-BN

Roy Rasul Thu Jun 18, 09 4:42:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS). - mns_

Sumber: Harakahdaily.net

Hari ini 17 Jun 2009 bersamaan 21 Jamadil Akhir di Dewan Rakyat: Semasa ucapan berkaitan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu dalam jawapan dari celahan YB Putatan, Ahi Parlimen Pengkalan Chepa YB Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan bahawa tiada perbincangan tentang isu Kerajaan Perpaduan dalam Majlis Syura Ulama, tiada juga dalam Jawatan Kuasa Agung PAS dan juga dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS. Beliau berani menyatakan begitu kerana beliau Ahli Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan AJK Lanah Politik PAS Pusat. Idea Kerajaan Perpaduan adalah lontaran idea individu dan bukan keputusan parti. Tentang peringatan keras Mursyidul Am terhadap Timbalan Presiden yang 'teruja dan menghargai' respon positif Presiden UMNO yang juga PM Msia atas isu KP; saya hanya mengingatkan diri saya,ahli2 dan penyokong2 mahu pun rakan2 yang mengikuti perkembangan PAS begini: BERSABAR DAN BERTENANG, PAS TELAH MELALUI PELBAGAI KRISIS DAN KITA BERJAYA MENGATASINYA DENGAN MUSYAWARAH DAN PERUNDINGAN JUGA TIDAK KURANG PENTINGNYA BERMUNAJAT KPD ALLAH SWT UNTUK MENYELAMATKAN PAS SEBAGAI WADAH PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA INI. PIMPINAN PUSAT TERUTAMA J/K HARIAN SEDANG MENANGANINYA. DOAKAN YANG TERBAIK. Dr Lo'lo' Saya akan sambung esok dari Parlimen.
SAMBUNGAN MAJLIS HI-TEA MESRA RAKYAT Keluarga Cina yang ada anak OKU yang belum lagi mendapat apa-apa bantuan, sedangkan ketua keluarga hanya seorang pemandu teksi. Bukan semua Cina kaya, ada juga yang mskin dan memerlukan bantuan dan sokongan. Bermesra dengan penduduk2 yang hadir. a YB menyabarkan Opah yang menceritakan masalah kesihatannya yang merupakan gejala biasa penyakit tua. Didepan YB adalah suami tercinta YB Prof Madya Dr Amin yang turut menemani YB dalam ziarah ini. YB sedang menanda-tangani Buku Tetamu semasa melawat Pejabat Persatuan Penduduk PPR Cochrane. Faezah

Wednesday, 17 June 2009

MAJLIS HI-TEA MESRA RAKYAT 14 Jun 2009 bersamaan 20 Jamadil-Akhir 1430 H Sumbangan untuk OKU Kaunter Mesra Rakyat Kehadiran dari pelbagai kaum. Penerima sumbangan warga emas kaum Tiong Hwa Serahan Borang ahli-ahli baru PAS dari Ketua Cawangan PAS Kg Chendana. Melawat warga emas yang berhajat sangat untuk berjumpa YB untuk berkongsi masalah kesihatannya. YB juga ambil kesempatan menjengah Pejabat Persatuan Penduduk PPR Cochrane. Dalam majlis yang sama sumbangan RM2000 telah disampaikan kepada penama2 Skim Mesra Usia Emas yang telah kematian ahli keluarga . Gambar2 mereka akan dimasukkan kemudian Faezah
Perasmian Cawangan Kedua Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Segambut& Briged Segambut
14 Jun 2009
YB Lim Lip Eng Ahli Parlimen Segambut, Sdra Anuar Mat Alim YDP Segambut dan YB Titiwangsa sedang memotong riben perasmian.
YB sedang berucap.
Briged Parlimen Segambut. Faezah

Monday, 15 June 2009

Soalan saya naik hari ini nombor 89 !!! Dr Lo'lo' bt Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai dan signifikasinya dalam pengecualian cukai terhadap arak, rokok dan judi dan adakah kajian dibuat sebagai perbandingan antara hasil pendapatan Negara yang diraih berbanding kos yang terpaksa ditanggung Kerajaan atas kesan sampingan arak, rokok dan judi kepada rakyat. Ini jawapan yang saya terima: Tuan Yang DiPertua, Untuk Makluman YB sebagai pulau bebas cukai, barang2 yg diimpot atau dibawa masuk ke Labuan dikecualikan drpd duti impot, cukai jualan dan duti eksais kecuali barang2 tertentu seperti produk petroleum. Dengan itu, pengimportan arak dan rokok tidak dikenakan cukai. Aktiviti judi tidak tertakluk kpd duti import, cukai jualan dan duti eksais dan dengan itu, tidak dberi apa2 pengecualian cukai. Layanan cukai di Labuan ini adalah selaras dengan konsep pulau bebas cukai negara lain seperti Hong Kong dan Mauritus. Pada masa ini tiada kajian cukai dibuat ke atas bandingan antara hasil dan kos Pulau Bebas Cukai Labuan. Dr Lo'lo'

Friday, 12 June 2009

KAUNTER MESRA RAKYAT - Pendaftaran untuk SKIM MESRA USIA EMAS/ OKU & TAWAS, Semakan Daftar Pemilih
12 Jun 2009
Pada Jumaat lepas Kaunter Mesra Rakyat dibuka di luar Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang.
Bersyukur bagi rakyat Selangor, kerana bermacam-macam Kerajaan Negeri sediakan bagi mereka dibawah Agenda MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR. Limpahan rezeki dan keprihatinan ini juga meliputi anak-anak Selangor yang tinggal di Kuala Lumpur. Seorang anak Selangor yang berumur 60 tahun keatas atau mempunyai no k/p "10" di tengah boleh mendaftarkan dalam Skim Mesra Usia Emas, untuk mendapat khairat kematian sebanyak RM2500. Rm1000 akan dapat pada hari kematian dan RM1500 akan dapat kemudiannya. Untuk OKU anak Selangor pendaftaran SMUE boleh dibuat tanpa mengira umur.
Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor juga menyediakan Tabung Warisan Anak-Anak Selangor (TAWAS) iaitu kanak-kanak yang lahir mulai 1 Januari 2008 dan seterusnya, dimana sekurang2nya salah seorang ibu atau bapa adalah anak Selangor layak untuk mendapat satu akaun yang dimulakan sebanyak RM100 dari Tabung TAWAS dan seterusnya RM10 sebulan. Akaun ini hanya matang dan duit tabungan boleh dikeluarkan setelah anak tersebut berumur 18 tahun ke atas.
Kaum wanita antara pengunjung kaunter terutama semasa kaum lelaki solat Jumaat.

Kaum muslimin solat jumaat di siar kaki dan tepi-tepi gerai, kerana kawasan masjid dah penuh...

Faezah

Thursday, 11 June 2009

ZIARAH KEMATIAN MANGSA KEBAKARAN
Seorang lagi mangsa kebakaran di Indian Settlement telah meninggal dunia sebab mengalami terbakar hampir 90%. Saya telah menziarahi mayat dan keluarga malang ini yang tinggal di PPR Laksamana. Si Mati pergi ke tempat kejadian kerana menziarahi rakan dan juga memang pernah tinggal disana.
Kesian anak ini kehilangan ayahnya pada umur muda iaitu 5 tahun dan kelihatannya tidak memahami apa yang berlaku. Anak yang sulung seorang perempuan berumur 10 tahun yang sedang bersandar pada ibunya yang tidakhenti2 menatap dan meratapi kematian suaminya

Sdra Ramamoorthy wakil Zon Kaum India sedang menghulurkan kertas maklumat tentang kejadian kebakaran di Indian Settlement

Dr Lo'lo'