Wednesday, 9 April 2008

4/3/2008, Jumaat
Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat WP mengadakan pertemuan dengan Dato Bandar KL serta Pegawai-pegawai Tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mengemukakan 3 tuntutan dan 1 isu penting bagi memperkasakan kaedah penyelesaian masalah penduduk di sekitar Wilayah Persekutuan. 3 Tuntutan tersebut adalah:
Menyediakan Pejabat Urusetia Ahli Parlimen di Ibu Pejabat DBKL Jalan Raja Laut untuk memudahkan urusan AP dengan rakyat.
Perlantikan jawatan Penolong Pengurus Cawangan yang akan sentiasa bersama AP bagi menangani permasalahan rakyat secara langsung dan bersepadu.
Memastikan setiap AP di KL dilantik sebagai 'ex-officio' dalam Lembaga Penasihat DBKL.
Dalam perbincangan dan juga PC, Dr Lo'lo' membangkitkan tentang kemudahan-kemudahan DBKL yang dinafikan kepada AP dari Pakatan Rakyat yang tidak sepatutnya berlaku seperti penggunaan premis dan logistik seperti khemah dsb. Ini dijawab oleh Dato Bandar dengan mengatakan perlu mendapat kebenaran dari 'Federal' !! Ini disanggah oleh Dr Lo'lo' dan lain2 AP dengan mengatakan tidak mungkin Dato Bandar tidak boleh membuat keputusan tentang penggunaan khemah dan kerusi meja ! Kita yakin Dato bandar jauh lebih berwibawa dan 'berkuasa' dari itu.
Juga di bangkitkan tentang rasuah yang sinonim dengan DBKL dan perlunya satu program yang komprehensiv dan bersungguh2 bagi menukar imej ini iaitu dalam Program Pembangunan Modal Insan DBKL kepada masyarakat hendaklah bermula dari dalam 'rumah-tangga' DBKL sendiri. Peringatan2 di sign-board dan poster2 dengan kata2 seperti "PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH SAMA-SAMA BERDOSA". "JANGAN BAWA DUIT HARAM RASUAH UNTUK BERI MAKAN ANAK ISTERI DIRUMAH". Mungkin agak keras tetapi penyakit yang berakar umbi perlu diberi ubat yang paling kuat. Permulaan bekerja hendaklah dengan doa terutama sebelum penguat-kuasa turun ke lapangan. Doa2 seperti "Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah kami dari tergoda dan digoda dengan rasuah, bantulah kami membawa pulang rezeki yang halal...". Kuliah2 ugama perlu diperhebatkan dan diwajibkan dengan dikira sebagai merit untuk bonus dan kenaikan pangkat. namun Dato Bandar sekali lagi menafikan dan minta bukti ada rasuah. YB Wee Choo Keong bawa bukti bergambar bagaimana di Jln Petaling gera-gerai dipasang secara tetap dan yang bergerak diletak sampai ketengah jalan tanpa tindakan dari penguat-kuasa. Rasuah adalah 'well-known secret' di semua PBT, samada kita mahu mengakuinya dan mahu dengan kuat untuk mengatasinya. Penafian bukanlah satu tindakan yang bijak untuk memulakan rasuah-sifar.

Tuesday, 8 April 2008

Perasmian Pejabat YB & Jamuan HALWA











4/3/2008 Jumaat
Jamuan meraikan petugas HALWA berlangsung
di Pejabat YB Dr Lo' Lo' di Kg Baru.
Walaupun hujan, kehadiran Muslimat tetap meriah.
Selain meraikan petugas muslimat, majlis ini bersempena
pembukaan Pejabat YB Parlimen Titiwangsa.
Kebakaran












1/4/2008 Isnin Kg Baru
Kebakaran berlaku di sebuah kedai pakaian. Dimaklumkan pekerja tidak berjaya memadam api yang marak walaupun usaha telah dilakukan. Kejadian berlaku pada dalam jam 9 lebih itu
berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba sepenuhnya.
Restoran yang bersebelahan juga dilaporkan turut musnah dalam kebakaran tersebut.
YB Dr Lo' Lo' telah hadir melawat tempat kejadian dan berbual dengan mangsa serta pihak berkuasa. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan dan hanya kerosakan harta benda yang berlaku.
Banjir Kilat









1/4/2008 Selasa Jalan Batu, Kuala Lumpur
Kesempatan YB Dr Lo' Lo' meluangkan masa melihat mangsa banjir kilat amat dihargai. Kawasan ini merupakan dibawah penyeliaan YB Tian Chua, namun beliau sendiri terpaksa
melawat mangsa banjir ditempat lain. Ramai tidak menduga kejadian seumpama begini berlaku.
Semoga bantuan yang kecil ini diharap dapat menceriakan mereka.
Pertemuan YB, Penjaja dan DBKL













24/3/2008 Isnin, Markas PAS Kg Baru
Pertemuan julung2 kali ini
berlangsung di Markas PAS Kg Baru.
Hadir sama adalah wakil dari DBKL.
Perbincangan menjurus kepada pembukaan semula tapak
Pasar Malam Jalan Raja Uda yang telah diarah tutup oleh pihak DBKL sebelum ini.
Semoga pertemuan ini membuahkan hasil
dan memanfaatkan kesemua pihak yang terlibat.

Wednesday, 12 March 2008

Assalamualikum whb & salam sejahtera, Pertama2nya saya mohon maaf kerana agak lambat update blog ini. Selepas keputusan PRU12 saya telah balik kampung menziarahi ibu saya yang sangat uzur dan telah tidak saya ziarahi sejak sebulan lalu. Mujurlah dia masih boleh memberi restu kepada saya pada pagi penamaan calon. Ujian Allah sepanjang waktu berkempen yang lalu kedua-dua ibu dan ibu mertua saya agak uzur. Ibu saya di Ipoh dijaga oleh adik2 perempuan saya, ibu mertua tinggal dirumah saya sendiri kerana keluar masuk hospital untuk beberapa pembedahan kecil. Anaknya iaitu suami sayalah yang mengurus dan merawat ibunya. Alhamdulillah kami dapat melalui ujian dan cabaran sepanjang pilihan raya dengan baik. Malah saya sangat bersyukur kerana p/raya ini telah merapatkan lagi kasih sayang kami sekeluarga, malah kasih sayang tersebut boleh dikongsi pula oleh anak2 angkat dan anak2 saudara yang datang membantu. Alhamdulillah saya mendapat sokongan tenaga, wang ringit dan juga doa yang berterusan dari ahli keluarga saya disamping dokongan dari JPK Titiwangsa, kawasan2 membantu iaitu Batu, Kepong, Wangsa Maju&Setiawangsa. Juga sokongan kuat dari Nisa dan Rijal serta kawalan keselamatan yang hebat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas2 iaitu dari Pengarah JPK hingga kpd UPU dan HalWa. Saya menghargai semua sumbangan samada berbentuk RM, masa dan tenaga serta idea dan kepakaran. Saya maklum ada sebahagian petugas mengambil cuti dari kerja, ada yang menutup perniagaan dan ada yang tidak balik kerumah bertungkus lumus di markaz dan bilik2 gerakan. Allah jualah yang mengganjari kerana PAS bukanlah parti yang berduit untuk bayar elaun atau sagu hati kepada setiap petugas. Saya merakamkan penghargaan kepada para suami yang telah memberi keizinan kepada isteri2 untuk bekerja kuat sepanjang waktu kempen. Tidak lupa juga para isteri yang sama2 turun bekerja mahupun yang mendorong dan membantu suami dari rumah masing2 kerana mempunyai anak kecil. Tidak lupa juga golongan OKU yang sama hebat pengorbanannya. Begitu juga kaum India yang berani bangkit dan kaum Cina yang sanggup jadi petugas dan tanpa takut dan ragu2 sokong PAS. Paling istimewa terima kasih saya kepada para pengundi Titiwangsa yang telah melunasi tanggung jawab sebagai pengundi pada 8 Mac lalu. Samada mengundi saya atau tidak saya tetap menghargai kerana yang penting kita mengundi tanpa rasa takut atau terkongkong demi untuk menentukan kepimpinan negara 5 tahun sekali. Alhamdulllah dalam demokrasi pincang di Msia rakyat bangkit dan menghantar mesej jelas mahukan perubahan. Rakyat mahu negara ditadbir dengan telus dan amanah. Rakyat mahu hak, maruah dan integriti mereka dikembalikan setelah sekian lama 'dijajah' oleh sesama bangsa sendiri melalui penguasaan budaya takut, pak angguk dan pak sanggup. Melalui budaya rasuah, suap dan habuan jika terus mengampu dan mengikut membuta-tuli. Natijah dari kebangkitan ini adalah 5 negeri yang diperintah BA dan DAP serta penguasaan 10 kawasan Parlimen WP. Kelantan telah lama ada trek rekod melantik exco, penghulu dll jawatan negeri dari kalangan kumpulan minoriti Cina dan Melayu. Kini Kedah pula melantik exco dari kalangan Melayu Cina dan India, diikuti oleh P.Pinang yang mengemukakan Timbalan Ketua Menteri Melayu dan India. Di Perak pula PAS,DAP dan PKR sepakat menubuhkan kerajaan bersama dan sepakat akur dengan pilihan DYMM Sultan dalam menentukan MB dari salah satu nama yang dikemukakan. Selangor pula sudah pasti lebih majmuk dalam perlantikan pimpinan negeri. Bayangkan jika Msia ditadbir oleh BA, sudah pasti rakyat mendapat kerajaan yang adil kepada semua kaum, harga minyak turun, tol dihapuskan, harga barang akan turut turun. Cuma di WP walaupun BA dan DAP menguasai 10 dari 13 kawasan namun kerana WP adalah 'Federal state" maka tidak boleh diujudkan kerajaan BA. Jika ada kerajaan BA, kami akan pastikan pilihan raya Kerajaan Tempatan dilaksanakan (ada yang dipilih, ada yang dilantik), pemilihan Dato Bandar akan lebih telus dan tidak kerana tekanan dan kemahuan politik tempatan. Kita juga bercita-cita agar masjid2 bebas dari cengkaman UMNO, Premis2 awam boleh digunakan oleh semua golongan rakyat, kakitangan kerajaan bebas menyokong mana2 parti politik pilihannya selagi tidak mengganggu waktu dan prestasi kerja. Tiada ISA, tiada Aku Janji dan tiada AUKU. Moga rakyat akan mula buka mata dan melihat kelainan yang BA bawa, sistem dan perlaksaan pemerintahan yang luar biasa kerana dirakyatkan untuk rakyat.Sekarang ini UMNO/BN dengan jahatnya masih cuba melaga2 dan mengadu domba rakyat serta menimbulkan fitnah2 perkauman yang sangat bahaya kerana boleh mengganggu keselamatan Tanah Air serta menghancurkan perpaduan kaum. UMNO/BN masih tidak berpuas hati walaupun telah ditolak sebahagian besar rakyat. Undi popular yang diraih BN adalah sebanyak 51.8% sedangkan BA&DAP meraih 48.8%. Jika tiada campur tangan SPR, JPN dan penggunaan jentera kerajaan sudah pasti BA bersama DAP sudah mengambil alih kepimpinan negara. Saya ingin mengingatkan terutama orang Melayu UMNO agar bersikap 'gentlement' dan jangan terus jadi penghasut. Agenda rakyat adalah lebih penting dari agenda busuk dan dengki UMNO/BN. UMNO/BN mesti menghormati pilihan rakyat dan jangan cuba menafikan hak rakyat untuk menikmati kepimpinan baru. Sebagai maklumat tambahan, majlis angkat sumpah Ahli Parlimen hanya akan berlangsung pada awal BulanMei, jadi buat sementara ini saya masih belum ada surat atau cop ahli Parlimen. Terkini saya sedang an akan turun menemui pengundi, mencari lokasi yang sesuai untuk pejabat YB serta mengatur majlis2 perjumpaan serta dialog untuk mendengar keluhan serta aduan dan pandangan rakyat Titiwangsa. Saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi suara pembangkang yang kuat, yang akan menafikan majoriti 2/3 BN serta jadi faktor semak-imbang kepada pengurusan dan pentadbiran negara. Hingga jumpa lagi assalamualaikum whb, nandri, kamsia, Tq. docpearl@doctor.com **Sumbangan2 semua pihak untuk me'wakaf'kan premis sbg pejabat YB, menaja perabut dan kelengkapan serta pendahuluan sewaan dan sebagainya amat dialu-alukan. Sila hubungi Pembantu Khas saya En Ehsan 0132727917, Puan Hasmiza 0192235345.

Thursday, 6 March 2008

Penceramah: Dato' Seri Anwar Ibrahim
Dr. Lo' lo' binti Dato' Hj Ghazali
Tarikh:
6 Mac 2008 / Khamis
Masa:
9.00 malam
Tempat:
Markaz PAS,
Kg. Baru

Wednesday, 5 March 2008

Semua Dijemput Hadir!
1. Duti Setem SPR pada awalnya telah mengarahkan kepada semua bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya ke-12 ini disyaratkan supaya men"duti" setemkan pada borang mereka. Arahan ini dikeluarkan pada saat-saat akhir dengan niat yang jahat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memerangkap pihak pembangkang. Tetapi, malangnya, hajat SPR itu tidak tercapai, apabila semua calon pembangkang dapat menunaikan apa yang telah disyaratkan oleh SPR. Jerat jahat ini telah terkena di batang hidung BN dan UMNO itu sendiri. Oleh kerana pembangkang dapat menunaikan syarat tersebut, datang pula "arahan" baru yang mengatakan bahawa duti setem itu tidak wajib, dan borang pencalonan diterima walaupun tanpa duti setem. Dalam masa yang sama, tidak seorang pun dari calon-calon pembangkang tahu tentang pembatalan tersebut. Inilah niat jahat SPR seawal hari penamaan calon.
2. Dakwat Kekal Pada hari ini 5 Mac 2008, rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan helah dan permainan jahat SPR di saat-saat pilihanraya bakal tiba dalam beberapa hari saja lagi. Pengumuman pembatalan penggunaan dakwat kekal telah diumumkan oleh pengerusi SPR sendiri iaitu Tan Sri Abdul Rashid. Pada awalnya iaitu sebelum penamaan calon, SPR telah bersetuju dengan cadangan daripada pihak pembangkang dalam penggunaan dakwat kekal ini walaupun pelbagai helah telah digunakan SPR dalam usaha untuk tidak menerima cadangan ini. Pembangkang mengutarakan cadangan ini adalah kerana mahu melihat pilihanraya yang adil dan bersih dan supaya tidak berlaku pengundian dua kali oleh seorang individu. Pemansuhan ini juga melambangkan bahawa SPR tidak bersedia untuk menjadi sebuah badan yang bersih dalam menjayakan Pilihanraya pada kali ini. 3. Undi POS Antara cadangan lain dari pihak pembangkang adalah pemansuhan undi POS. Namun, cadangan ini telah ditolak mentah-mentah oleh SPR. Ini adalah kerana undi POS adalah merupakan di antara ancaman besar kepada pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu. Sebaliknya kepada BN ia merupakan durian runtuh kerana kebanyakkan calon BN yang menang pada pilihanraya yang lepas adalah dengan bergantung kepada undi POS. Tambahan lagi, proses perjalanan undi POS adalah tidak telus. Dalam semakan daftar pemilih juga terdapat individu yang berdaftar sebagai pengundi POS dan dalam masa yang sama sebagai pengundi awam. Contoh boleh dilihat dalam akhbar alternatif HARKAHdaily.net. Banyak lagi yang SPR telah menganiaya pakatan Barisan Alternatif dan memberi laluan yang mudah bagi BN, cukuplah sekadar ini dulu pada kali ini.
Adakah SPR telah berubah dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ke Suruhanjaya PEMBOHONG Rakyat Malaysia??? Fikir-fikirkanlah...
Betulkan niat, bulatkan tekad, kuatkan semangat, PANGKAH BA!
Allahu Akbar!!!
Jom TOLAK BN!