4/3/2008, Jumaat
Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat WP mengadakan pertemuan dengan Dato Bandar KL serta Pegawai-pegawai Tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mengemukakan 3 tuntutan dan 1 isu penting bagi memperkasakan kaedah penyelesaian masalah penduduk di sekitar Wilayah Persekutuan.
3 Tuntutan tersebut adalah:
Menyediakan Pejabat Urusetia Ahli Parlimen di Ibu Pejabat DBKL Jalan Raja Laut untuk memudahkan urusan AP dengan rakyat.
Perlantikan jawatan Penolong Pengurus Cawangan yang akan sentiasa bersama AP bagi menangani permasalahan rakyat secara langsung dan bersepadu.
Memastikan setiap AP di KL dilantik sebagai 'ex-officio' dalam Lembaga Penasihat DBKL.
Dalam perbincangan dan juga PC, Dr Lo'lo' membangkitkan tentang kemudahan-kemudahan DBKL yang dinafikan kepada AP dari Pakatan Rakyat yang tidak sepatutnya berlaku seperti penggunaan premis dan logistik seperti khemah dsb. Ini dijawab oleh Dato Bandar dengan mengatakan perlu mendapat kebenaran dari 'Federal' !! Ini disanggah oleh Dr Lo'lo' dan lain2 AP dengan mengatakan tidak mungkin Dato Bandar tidak boleh membuat keputusan tentang penggunaan khemah dan kerusi meja ! Kita yakin Dato bandar jauh lebih berwibawa dan 'berkuasa' dari itu.
Juga di bangkitkan tentang rasuah yang sinonim dengan DBKL dan perlunya satu program yang komprehensiv dan bersungguh2 bagi menukar imej ini iaitu dalam Program Pembangunan Modal Insan DBKL kepada masyarakat hendaklah bermula dari dalam 'rumah-tangga' DBKL sendiri. Peringatan2 di sign-board dan poster2 dengan kata2 seperti "PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH SAMA-SAMA BERDOSA". "JANGAN BAWA DUIT HARAM RASUAH UNTUK BERI MAKAN ANAK ISTERI DIRUMAH". Mungkin agak keras tetapi penyakit yang berakar umbi perlu diberi ubat yang paling kuat. Permulaan bekerja hendaklah dengan doa terutama sebelum penguat-kuasa turun ke lapangan. Doa2 seperti "Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah kami dari tergoda dan digoda dengan rasuah, bantulah kami membawa pulang rezeki yang halal...". Kuliah2 ugama perlu diperhebatkan dan diwajibkan dengan dikira sebagai merit untuk bonus dan kenaikan pangkat. namun Dato Bandar sekali lagi menafikan dan minta bukti ada rasuah. YB Wee Choo Keong bawa bukti bergambar bagaimana di Jln Petaling gera-gerai dipasang secara tetap dan yang bergerak diletak sampai ketengah jalan tanpa tindakan dari penguat-kuasa. Rasuah adalah 'well-known secret' di semua PBT, samada kita mahu mengakuinya dan mahu dengan kuat untuk mengatasinya. Penafian bukanlah satu tindakan yang bijak untuk memulakan rasuah-sifar.
9 comments:
Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,
Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)
Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada
theindiestory.blogspot.com
CHECK IT OUT! tq
Salam,
YBhg Dr,
Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya coretan saya ini menganggu atau menyakitkan hati Dr.
1) Saya kagum dengan kejayaan Dr sebagai seorang Umat Islam yang berjaya, Isteri dan Ibu yang berjaya. Saya sangat kagum dengan usaha Dr.
2) Saya ingin bertanya segala manifesto yang di war-war kan semasa pilihan raya ke12, bilakah perlaksanaannya dapat dijalankan dan apakah anjakan paradigma daripada manifesto tersebut dapat di rasai oleh semua peringkat. Saya faham untuk merealisasikan segala manifesto tersebut tidaklah dapat dilaksanakan dalam sekelip mata, tapi apa yang saya ingin tahu hendaklah ada "timeline" dan "indicator" dimana dan kemana arahnya setiap janji2 itu dan apakah penambahbaikan yang dirancang. Oleh sebab itu cadangan saya: sebagai wakil rakyat baru yang mempunyai visi baru; adalah baik sekiranya segala perjalanan atau informasi di kongsi bersama masyarakat (update yr blog frequently with some fresh idea) (YBhg Dr. boleh rujuk laman Adun Sri Setia Nik Nazmi) lamannyer diupdate selalu. Maksud saya update dengan lebih terperinci.
Maaf sekali lagi sekiranya kata-kata saya menyinggung hati Dr. Insyaallah, saya akan menghantar lebih banyak soalan dan pandangan di kemudian hari.
Selamat Berjaya Dr. Teruskan perjuagaan murnimu. Saya mendoakan semoga Dr. sihat dan dapat beramal dan berjuang untuk kebaikan semua.
All the best
Salam...harap Dr. dpt 'promote' kat rakyat blog ni dengan lebih meluas =)
syabas kepada dr lo lo kerana mempunyai blog dan iainya menjadi sumber maklumat bagi alternatif amnya
Mungkin sya org yg terlewat utk mengucapkan TAHNIAH kepada YB,kerana kesukaran mendapatkan sumber utk meyampaikan nya,dan hari ini ternampak Blog.ini.
Sya masih ingat dihari pengundian tmpoh hari,ketika beratur di saluran Sek.Kmpung Baru,tiba tiba Dr muncul dan bersalaman dgn isteri saya.
Kerana itu saya membisikan kepadanya(isteri saya) kita pangkah bulan.
Alhamdullilah,bila keputusan diumumkan,DR menang dgn kelebihan undi 1972,klu x silap saya.
Maka kmi berhak utk tumpang gembira,kerana kelebihan dua undi itu adalah undi kami ,yg buat pertama kalinya mengundi.
Sekian.,Terima kasih.
SELAMAT BERTUGAS.
Dr,
Saya tahu Dr dah biasa tulis "cakar doktor" dan saya tahu Dr sibuk sebagai MP, tapi harap-harap janganlah alignment tulisan tu centre gitu je. Sakit mata nak baca :)
Sokong usaha Dr. untuk MERAWAT penyakit RASUAH yang nak sebati dengan PBT. Walaupun tak ditonjolkan perkara ini sudah menjadi biasa2 sangat. Kalau tidak manakan orang boleh bercakap. Asal ckp pasal DBKL atau mana2 penguatkuasa, mesti ada 'jolok2'. Orang tak kata kalau tak betul
TERUSKAN BERJUANG!!! Untuk hapus 100% mungkin mustahil, tapi sekurang2nyer ada usaha ke arah itu. Sudah cukup bagus.
www.celikhuruf.blogspot.com
QUESTIONS FOR PARLIAMENTRY QUESTION TIME
I refer to the High Court at Kuala Lumpur Originating Petition No. D2-26-41 OF 2001 ; Lim Choi Yin v. McLaren Saksama (Malaysia) Sdn. Bhd and to the adjudicating Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali, of said Petition. According to CHARGES made by one Yap Chong Yee husband of Petitioner Lim Choi Yin, Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali had 1st approved all 6 Respondents’ application for security for costs in the sum of Rm.60,000 and upon payment of said security for costs of said Rm.60,000, Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali followed up the receipt of said Rm.60,000 by the approval to Respondent Stephen Lim Cheng Ban a 2nd and subsequent application by Respondent Stephen Lim Cheng Ban for an Order to strike out said Petition.
The second and subsequent Application for an order to strike out said Petition was made even without there being any court order for the SETTING ASIDE of the 1st order for securing said Rm/60,000 for security for costs pursuant to the 1st order made by Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali. That being the facts of the case my question directed to the attention of the Malaysian Attorney General Tan Seri……. Are the following :
(1)Was not the conduct of Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali’s approval of Mr Stephen Lim Cheng Ban’s 2nd and subsequent application to strike out said Petition, while the said cash of Rm60,000 security for costs was still held in the hands of all 6 respondents to the petition, pursuant to the order made by Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali to petitioner to provide security for costs constitute ABUSE OF POWER ?
Will the Attorney General investigate Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali for the criminal charge of ABUSE OF POWER & MALFEASANCE and will the Attorney General, if upon investigation find that sufficient evidence exist to support a criminal Charge against Judge Zainon binti Mohd. Ali for abuse of power and/or FOR MALFEASANCE proceed to lay criminal charges against Judge Zainon for a criminal prosecution ?
(2)Is it not the case that while Respondent Stephen Lim Cheng Ban and the other 5 respondents hold on to the security for costs pursuant to Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali’s order to Petitioner to provide security for costs and in the absence of any Order to set aside the 1st Order for security for costs, the conduct of Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali together with the conduct of the 6 respondents IN TAKING AND KEEPING SAID RM.60,000 not amount to committing the criminal offence of obtaining money under false pretences ? And further, do the facts not indicate that Judge Zainon binti Mohd. Ali together with the 6 respondents had acted with a common intention to induce Petitioner to pay said Rm.60,000 while not intending that upon payment of said Rm.60,000 THERE WILL BE A COURT TRIAL OF SAID PETITION ? The being the case do the facts not constitute a conspiracy to obtain money under false pretences ? The facts speak for themselves as an investigation will prove.
Will the Attorney General investigate said 2 police reports and if the investigation give up facts that will support criminal charges against the said parties, will the Attorney General lay criminal charges against such persons ?
Petitioner’s husband Yap Chong Yee had formally filed 2 police reports at the Balai Polis Jln. Tun H S Lee, in the first police report Yap Chong Yee had CHARGED the respondents Stephen Lim Cheng Ban, Wong Kem Chen and Kwong Sea Yoon with PERJURY, for having lied in their supporting affidavits applying for security for costs.
In the second police report Yap Chong Yee had Charged Stephen Lim Cheng Ban with FORGERY, PERJURY AND FABRICATION OF EVIDENCE, contained in his supporting affidavits applying for leave to strike out said petition.
Both police reports were annexed to Petitioner’s affidavits as exhibits supporting Petitioner’s application for leave to cross examine said 3 respondents for PERJURY & FORGERY and both of Petitioner’s applications were refused leave to cross examine said Respondents, by Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali. The refusal by Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali to allow Petitioner leave to cross examine Respondent Stephen Lim and made in the face of the existence of 2 FORMAL POLICE REPORTS THAT CHARGED STEPHEN LIM CHENG BAN with Perjury & forgery constitutes the charge of MALFEASANCE, AIDING & ABETTING Stephen Lim Cheng Ban to commit the criminal offences of PERJURY & FORGERY.
Will the Attorney General investigate these criminal charges that are made against Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali and if sufficient evidence is uncovered that will support criminal charges, will the Attorney General prefer criminal charges against Judge Dato Zainon binti Mohd. Ali; will the attorney General formally charge Dato Zainon binti Mohd. Ali with the said criminal offences ?
If Dato Sri Anwar Ibrahim became the 6th Malaysian PM, who should be his deputy ?
Vote now at sonofpenang.blogspot.com
Post a Comment