Sunday, 21 January 2007

Ini adalah tulisan lama saya, tapi saya suka untuk kongsikan bersama semua pembaca. Sunday, October 09, 2005 AKHBAR MELAYU TERBAKAR DALAM ASAP ROKOK? sumber harakahdaily Oleh Dr Lo’lo’ bt Mohamad Ghazali Cigarettes or newspapers? Now, that’s a real difficult choice to make. At least, according to Utusan Group Ex - Editor in Chief, Johan Jaffar. Kalau benar telahan Johan Jaafar tentang isu akhbar dan rokok ini saya rasa tidak salahlah pandangan saya selama hari ini bahawa sebahagian Melayu sanggup menggadaikan apa saja dalam hidupnya demi keseronokan, khayalan dan kerja sia-sia seperti membakar rokok. Saya masih teringat kata-kata dari beberapa kumpulan manusia yang taasub pada rokok; “Tiada ayat quran atau hadis yang haramkan rokok, takat makruh sahaja” “Banyak benda haram mutlak lain yang orang lain buat, kami takat ni satu saja kalu nak kata dosa la rokok ni” “Kami sanggup tinggal bini dari tinggal rokok” “Takut ada yang gamak tinggalkan jemaah kalau paksa dia tinggalkan rokok” Demikianlah kata-kata sebahagian Melayu Islam yang lebih mementingkan tabiat merokok dari yang lain-lain. Cukup sedih bagi saya sebagai seorang doktor perubatan apabila seorang bapa yang kelihatannya sangat kasih kepada anak-anaknya tetapi ‘meracuni paru-paru dan otak anaknya’ dengan menghisap rokok sambil mendokong anak kecil. Kerap kali saya diajukan soalan oleh bapa-bapa yang sangat risau kerana batuk, atau lelah/asma anaknya tidak sembuh meskipun telah diberi ubat. Saya pula seringkali ‘memerangkap’ bapa yang penyayang tersebut dengan soalan seperti “Papa hisap rokok depan anak ya?” dan biasanya sibapa akan terkedu dan berubah air muka, siibu pula cepat mencelah dengan mengambil peluang untuk menyatakan ketidak puasan hatinya selama ini sambil menyatakan “ Ya lah doktor, tak kira tempat papa dia merokok, dalam rumah, dalam bilik tidor, dalam kereta. Degil, suruh berhenti tak mau, macam manalah anak tak degil” Maaf jika saya katakan kalau setakat nak pilih antara akhbar atau bahan bacaan dengan rokok amat mudah nak buat keputusan. Antara kesihatan anak dan rokok pun bapa-bapa penyayang masih tergamak memilih rokok. Maaf sekali lagi, saya tau ramai yang akan marah saya dengan tulisan ini. Namun bagi saya, I’m willing to be unpopular to make changes. Ada juga yang lucunya. Seorang muslimat pernah mengemukakan cadangan kepada para perokok yang sanggup tinggal bini dari tinggal rokok. Kata dia kita ‘test’ dulu. Isteri-isteri perokok yang begini beli rokok banyak-banyak, berkarton-karton, kira-kira cukup untuk dibuat bantal dakap, letak atas katil tempat dia selalu tidor sebelah suaminya untuk selama seminggu ke, 2 minggu ke, sebulan ke, tengok pada daya ketahanan suaminya. Berapa lama suaminya boleh tidur dan mendakap rokok tanpa bini yang sanggup ditinggalkannya tadi. Muslimat yang tersebut tidak pula menyatakan cadangan dia itu syar’i ke tidak atau telah dirujuk kepada tok-tok kadhi. Setakat ni saya tidak terdengar pula ada isteri yang buat gitu sebab tu para suami tersebut terus hisap rokok… Banyak yang hendak saya perkatakan tentang isu merokok ini, Cuma dalam ruangan ini saya mengambil kesempatan merayu dan memohon agar saudara-saudara yang merokok di luar sana agar menjadikan Ramadhan 1426 sebagai permulaan kepada Nafas yang Bersih dan Segar tanpa rokok kini dan selamanya, demi kerana sayangkan diri, isteri, anak-anak, keluarga dan yang paling penting demi kerana Islam. Ini kerana duit yang membakar rokok mungkin digunakan untuk membakar dan mengebom orang-orang Islam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa seperti anak-anak kesayangan kita. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh JJ Based on his observation, Johan said the situation has become even worse because the Malays themselves look down upon these dailies. Amat malang di zaman Ketua Pemuda UMNO mengangkat keris dan melaung Allahuakbar dalam Persidangan UMNO, orang Melayu memandang rendah kepada akhbar bahasa mereka sendiri. Sebabnya mudah sahaja Bahasa Inggeris sekarang dilihat sangat penting di Malaysia. Kalau tidak tahu berbahasa Inggeris Bumi Malaysia akan tenggelam esok hari. Sebab itu dasar pengajaran matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang diputuskan dalam mesyuarat MT UMNO disambut segera oleh kabinet untuk dilaksanakan sesegera mungkin. Satu billion ringgit dana diperuntukkan untuk melengkapkan guru-guru dengan laptop dan projector LCD sebagai alat bantuan mengajar, kursus-kursus dijalankan secara intensif. Guru-guru yang dikursus mesti berkampung seperti pelajar AF. Guru-guru Johor kursus di Langkawi, guru Penang, Perlis di Pulau Tioman dan sebagainya. Hari ini mana LCD yang dibekalkan, betul ke berjalan pengajaran dalam BI? sepanjang bualan saya dengan guru-guru, peranan LCD sudah dipinggirkan untuk memastikan kurikulum dihabiskan, BI yang digunakan mungkin setakat good morning, thank you, understand or not. Keputusan pencapaian subjek matematik, sains, BI malah BM yang menurun dan mengecewakan seperti yang dimaklumkan dalam media sebelum ini mengesahkan kecelaruan yang berlaku dalam Sistem Pendidkan Negara. Jadi Dato' JJ tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa kerana Dato sendiri tidak berjuang bermati-matian mempertahankan kesucian BM, menyokong apa saja agenda yang dibawa UMNO/BN atas nama taat setia kepada pemimpin. Johan also called on Malay newspapers to be more critical, balance and objective in its content. Untuk gesaan Dato JJ supaya akhbar Melayu lebih kritikal, seimbang dan lebih objektif isinya, saya hendak sokong dan ucap tahniah kerana nampak telah ada keberanian Dato' berbeza pandangan meskipun kerana terdesak. Tahukah Dato, UM seringkali dipanggil sinis sebagai Utusan Menipu atau Utusan Meloya dan BH pula dikatakan Berita Hairan. Kini terserah kepada Dato' sendiri untuk melaksanakan dulu gesaan yang dibuat. InsyaAllah kita akan dapat UM dan BH baru dengan slogan; Berani, Bernas dan Betul. “Do you know that 20 percent of Chinese newspaper buyers are not fluent in Mandarin but they still buy the dailies to support the Chinese newspaper industry,” he noted. Saya angkat tangan tabik kepada rakan-rakan saya orang Cina jika benar kenyataan ini. Orang Cina yang tidak mahir berbahasa Cina sanggup membelanjakan sedikit wang setiap hari bagi menyokong akhbar Bahasa Ibunda mereka. 20% bukan angka yang kecil, ini bermakna setiap 5 orang pembaca akhbar Cina seorang membeli sekadar menyokong. Kritik saya jika saya salah, sebahagian orang PAS sendiri sayang hendak membelanjakan RM2.50 untuk membeli Harakah atau RM5.00 sebulan kerana pelbagai alasan yang dicipta dan dicari. Tidak faham kerana artikel panjang-panjang, Tidak relevan kerana tiada berita kawasan atau negeri dia, rugi sebab ada sisipan BI yang dia tidak faham, susah nak dapat walaupun boleh dilanggan, banyak sangat cerita politik, banyak sangat cerita PAS, tidak berkenan tajuk muka depan, tidak setuju gambar yang disiarkan dan seribu satu macam alasan. Pada saya senang sahaja, kita orang PAS semuanya patut memiliki Harakah kerana ini organ parti kita, sumber maklumat, sumber berita, membeli untuk dikongsikan kepada orang lain, atau sekurang-kurangnya membeli kerana menyokong demi untuk memastikan kelangsungan Harakah. Adalah diharapkan selepas ini Harakah akan dibeli dan dimiliki oleh tidak kurang satu juta ahli PAS tidak termasuk penyokong yang tidak mendaftar lagi sebagai ahli. Suami senaskhah, isteri 1, anak 1, atok 1, nenek 1, maklumlah masing-masing nak dapat pahala menyokong perjuangan Islam yang dibawa PAS. Semoga harapan saya ini menjadi reality bermula dengan semangat pengorbanan Ramadhan tahun ini. Wallahu’alam.

3 comments:

ابوفاتحة said...

Mohon di war-warkan web rasmi PAS Bandar Tun Razak yang baru dibuka.

ابوفاتحة said...

Mohon di war-warkan web rasmi PAS Bandar Tun Razak yang baru dibuka.

www.pasbtr.com

Hafiz said...

Saya setuju benar dengan bab rokok tu..kawan2x saya mmg berperangai mcm tu..mengecewakan..