Sunday, 21 January 2007

SANGGUPKAH PEMIMPIN BER'KORBAN' SEMPENA HARI RAYA KORBAN, TAHUN BARU MASEHI 2007 DAN TAHUN BARU HIJRAH 1428 Tahun baru menjelang lagi. Kerisauan dan kebimbangan saya bukan tidak berasas. Walau pun mungkin saya dilihat seperti memperkatakan tentang isu yang sama berulang kali namun saya yakin apa yang seringkali saya bangkitkan ini adalah punca kepada pelbagai masalah yang melanda masyarakat dan negara kita sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah masalah kerendahan akhlak dan keruntuhan moral remaja dan dewasa , saya ulangi DEWASA. Artikel yang saya paparkan dibawah ini adalah surat pembaca dalam harakah daily. Mungkin ramai yang sudah baca tapi saya sertakan untuk rujukan mereka yang belum maklum. Apa hubungan isu yang dipaparkan penulis2 dibawah dengan tahun baru atau sambutan tahun baru? Saya bersetuju sangat dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub yang menyatakan sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti konsert dan acara pesta menunggu detik tahun baru mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang. Bukan sahaja anak-anak muda akan mula lepak menunggu detik pukul 12 tengah malam malah ada juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk turut serta. mereka ini mula menunggu sejak sebelum Maghrib lagi untuk memastikan dapat tempat atau ruang yang selesa. Bila dah tunggu dari pukul 7 petang, mana nak solat maghrib dan mungkin Isya' pun terlalai sebab keletihan dan sudah mengantuk bila sampai rumah.Mesej yang diterima oleh anak2 ini adalah jelas: OK untuk berpestaan dan Solat bukan agenda mereka. Ironinya pesta-pestaan tersebut bukan sahaja mendapat galakan ibu bapa yang merupakan orang dewasa juga mendapat dokongan pemimpin2 kerajaan yang tentunya dewasa. Semua kita maklum bahawa isteri orang nombor 2 negara begitu ghairah dan intim dengan program hiburan sehingga menjadi penaung kepada acara bollywood ( GAFI ) baru-baru ini malah tanpa segan silu berlaga pipi dan berpegang2 begitu mesra dengan artis2 lelaki bollywood. Malah sanggup membiarkan persembahan yang sangat menjolok mata dan sumbang di persembahkan kepada DYMM Yang DiPertuan Agung yang merupakan Ketua Agama Islam. Tentulah setakat pesta tahun baru nanti begitu 'mild' kepada mereka pemimpin negara yang mengamali islam hadhari Kita juga sedia maklum betapa pesta tahun baru "menatijahkan perlakuan sumbang,peleseran, zina, khalwat malah menggalakkan kejadian lumba haram mat rempit yang membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya serta menyusahkan pihak polis". Pesta tahun baru sudah terbukti menyebabkan remaja lepas laku, minum minuman keras, tidak balik rumah hingga melakukan seks bebas lalu tanpa rasa berdosa meninggalkan 'sampah maksiat' mereka yang terdiri dari tin2 dan botol minuman keras, kondom juga pakaian dalam!. Mereka juga menjadikan pelbagai sudut dan ruang sebagai tempat tidor dalam keadaan bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batasan, kerana telah terlepas kenderaan awam untuk pulang atau mungkin sengaja suka turut serta dalam acara bebas yang gila dan menggila tersebut !! Saya berani menyatakan 70-80% dari mereka yang menyambut tahun baru di Dataran Merdeka terdiri dari Melayu Islam tanpa menafikan pengunjung2 kelab malam dan disko yang lebih ramai Bukan Melayu dan bukan Islam. Sebab itu kita sebagai penjunjung Islam yang mulia,wajib dan berhak menyatakan bantahan kita atas bersekongkolnya pemimpin dengan acara peruntuh dan pemusnah akhlak serta moral juga daya tahan aqidah anak-anak serta saudara mara se Islam kita. Kalau sebelum ni pelbagai sambutan dikembarkan dengan hari raya kenapa agaknya Hari Raya Korban yang akan disambut satu hari sebelum tahun baru masehi dikuti dengan kedatangan tahun baru Hijrah 20 hari kemudian seolah-olah tenggelam dalam detik 12 tengah malam yang ditunggu2 dan begitu diwar-warkan . Saya menyeru dan merayu agar semua pihak terutama pemimpin2 negara, pemimpin masyarakat, pihak berkuasa agama, para Mufti, guru-guru dan ibu bapa agar sama2 berusaha untuk sama-sama berkorban untuk memastikan sambutan tahun baru 2007 akan disambut dalam keadaan paling bertamaddun dan beradab. Para penguasa, penerbit, penyiar media terutama media letronik, tolonglah lebih bertanggung jawab. Ingatlah jika anda orang Islam yang yakin akan Hari Pembalasan agar sama-sama memastikan agar media bersih dari mempromosikan kemungkaran dan maksiat. Sebagai contoh saya benar2 merayu agar penerbit berita utama ntv 7 yang juga disiarkan tv 9, agar menghentikan iklan-iklan lucah dan mengaibkan yang diselitkan antara penyampaian berita utama pukul 8 malam . Kita sebenarnya tiada sebab untuk berpesta kerana saudara mara kita di Selatan tanah air sedang berendam dalam banjir (serta air mata) yang nampaknya semakin ganas dan tiada belas kasihan. Sepatutnya seluruh peruntukan bunga api, kos untuk konsert dan pelbagai kos pesta yang biasanya mencecah beratus ribu malah mungkin hingga mata jutaan disalurkan untuk membantu mangsa banjir. Bayangkan kita hendak berpesta sedangkan saudara2 kita hilang semua keperluan hidup dan persekolahan anak-anak malah nyawa juga. Lebih malang lagi mereka hanya di ihsankan dengan nilai duit yang begitu minima iaitu beberapa ratus ringgit sahaja. Sepatutnya semua kos pesta tahun baru disumbangkan kepada mangsa banjir malah seluruh tenaga kerja yang bersedia untuk pesta termasuk artis2 diturunkan kekawasan banjir untuk menyumbang tenaga dan masa. Inilah agaknnya pengorbanan yang lebih besar dan utama dari penyembelihan binatang korban. Mari kita gerakkan usaha agar korban kita kali ini kita salurkan kepada mangsa banjir air bah dan juga mangsa banjir akhlak, moral dan aqidah.Mari kita sama-sama 'berhijrah' dan melangkah ke tahun baru dengan azam untuk menjadi agen perubahan sebagaimana Rasulullah SAW telah bekerja keras dan melakukan banyak pengorbanan demi mengubah masyarakat Arab jahiliyah yang jauh lebih 'korup moral' dan rosak kepada masyarakat mu'min yang bertaqwa. Bersama hidup harmoni dan saling menghormati antara pelabagai golongan dan kaum di Negara Madinah berlandaskan Islam. Dr Lo'lo' bt Hj Mohd Ghazali docmarjan@yahoo.com 0192100066

No comments: