Wednesday, 21 November 2007

HARI YANG DITUNGGU2, 10 NOV 2007. Saya dan dr Mariah telah berjalan bersama2 Lela dan sekumpulan Pasukan Unit Amal dari Pejabat PAS Jln Raja Laut pada pukul 11.30 pagi. Baru berjalan bbrp meter hujan turun dgn lebatnya. Mujurlah sebahagian besar kami dad membawa baju hujan. Kami meneruskan perjalanan ke arah Dataran Merdeka. Namun begitu perjalanan kami dipantau oleh helikopter Polis tanpa henti2. Kami seolah2 bermain @cat n Mouse@ dgn anggota Polis yg cuba menggagalkan percubaan kumpulan kami utk sampai ke Dataran Merdeka. Setelah puas berpusing2 belok sana belok sini dan mengelilingi DM yg dikawal ketat FRU, utk cari lubang utk masuk, akhirnya kami ambil keputusan utk terus ke Masjid Ngra melalui Jln Kuching. Kami sampai MN dan dapati pintu masjid ditutup. Alhamdulillah bila zohor masuk tiada kuasa yg boleh mengekang Rumah Allah dari hambaNya yg mahu solat. Maka kami pun masuk . Kami difahamkan bekalan air MN telah dihentikan, mujur kami masih ada wudu'. Kami solat zohor ditepi masjid dgn kasut2 kami krn basah kuyup dan tidak mahu menogorkan masjid.Setelah habis solat zohor berimamkan Imam MN, saya mengambil tempat kedepan sdkt utk mengimamkan muslimat solat Asar mengambil kira rukhsah dlm hukum solat Jama' tamam. Selesai solat kami mkn sdkt sambil menunggu arahan seterusnay. Semasa pimpinan di MN masih berucap tiba2 pekikan Takbir bergema. Rupanya Kumpulan peserta yg diketuai Us ABC yelah berjln ke Istana Ngra. Tiba2 kumpulan peserta di MN sudah tidak sabar2 lagi utk turut serta. Saya berlari2 ank mengikuti larian us Mujahid utk berada hampir dgn Presiden PAS dab pimpinan lain. Akhirnya kami sampai di hdpn pagar IN. Para pimpinan saling berucap sambil menunnggu pimpinan PKR dan DAP. Akhirnya setelah sampai, memorandum kpd Agung pun berjaya di sampaikan. Seterusnya kami difahamkan Polis menyryh bersurai walaupun masih awal iaitu belumpukul 4 ptg. Oleh krn mrk mengugut utk tembak gas dan air, kami ambil keputusan utk berundur. Perasaan lega dan megah jelas terbayang dlm setiap muka peserta yg berjalan balik.


Ditangga paling kiri di Masjid Negara

Seorang peserta Bersih dari Kedah yg menarik perhatian saya krn beliau mengidap 'severe Psoriasis' tapi tetap bersemangat utk turut hadir. Kalu dia ni kena air gas tidak tahulah apa akan jadi.

Peserta Bersih dalam pelbagai gaya.

No comments: