Sunday, 25 November 2007


Lima hari selepas perhimpunan Bersih saya baru mendapat berita tentang seorang pemerhati perhimpunan yang telah cedera parah kerana dibelaasah polis pd hari tersebut. Beliau pemerhati kerana tidak pun memakai baju kuning tetapi baju dan seluar hitam. Beliau juga tidak datang bersama maana2 kumpulan atau kawasan tetapi datang bersendirian. Saya agak lambat dapat maklumat kerana beberapa balik kampung menziarahi ibu yang agak uzur. Semasa di kampung saya langsung tidak capai internet kerana sibuk melayan ibu. Saya agak tergamam apabila mendapat tahu berita ini tambahan mangsa tersebut iaitu En Elyasak merupakan cucu kepada Ust Yazid Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Yazid. Kebetulan pula Elyasak telah balik duduk dirumah Datuknya iaitu di Bangunan Al Ikhwan yg kebetulan dekat dgn rumah saya iaitu di Dato keramat.

Sedih saya mendengar cerita bagaimana beliau diganasi oleh beberapa orang polis yang memijaknya yang terjatuh, sambil mengilas tangannya kebelakang, yang lain pijak belakang lutut sehingga dia yg tertiarap dapat mendengar bunyi lututnya pecah seperti mana bunyi temperung kelapa yg dipijak ! Bila dia disuruh bangun dia menyatakan dia tidak berdaya kerana lutut sudah patah. Seorang dari polis tersebut telah mengherdiknya mengatakan dia telah menyusahkan mereka.Saya pada masa itu menyampuk kalau dah takmau susah jgn jadi polis. Dia ditarik dgn kasar supaya berdiri dan pada masa yg sama seorang lagi polis telah menendang kakinya dari belakang sehingga kaki yang patah tersebut terkulai. Sekali lagi dia ditolak sehingga kaki tersebut terhentak ketangga trak polis. Semasa itu seorang polis memakinya dengan menyatakan pada kawan2 dia " Lepaskan babi tu". Padanlah FRU dulu lepaskan babi diBukit Mengkuang. Pada masa tersebut saya berdoa kepada Allah supaya polis yg tersebut diberi balasan yg setimpal.


Mujurlah Unit Amal yang menunggu di IPK Jln Hang Tuah dengan segera menghantar Elyasak ke HKL dgn ambulan. Beliau dibedah pada keesokan harinya dimana tempurung lututnya memeang hancur dan terpaksa diikat dengan dawai. Ligamen lututnya putus dan banyak kerosakan tisu. Doktor menjangkakan dia hanya akan sembuh paling awal 3 bulan atau mungkin hingga 6 bulan. Beliau hanyalah seorang peniaga goreng pisang, sementara isterinya menjalankan tuisyen kecil2an dirumahnya kerana anak2 masih kecil. Sungguh kejam dan zalim pihak polis yang terlibat. Mereka tidak nperlu buat begitu, kerana mereka menangkap orang yang tidak bersenjata dan tidak melawan. Allah melihat apayang mereka lakukan dan Allahlah yang akan membalasnya. Pada masa yg sama peguam mereka telah pun dalam proses untuk mengambil tindakan undang2.

No comments: