Friday 2 May 2008

Dialog Bersama Penduduk Desa Rejang
Dialog bersama penduduk Desa Rejang Setapak pada 6 April 2008. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh En. Vincent iaitu Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS Wilayah Persekutuan. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah pengerusi Kelab Penyokong PAS En. Hu Pang Chow. Kira-kira seramai seratus lima puluh hadirin yang hadir bagi menjayakan majlis dialog tersebut yang terdiri daripada kaum India dan Tiong Hua. Antara perkara yang dibangkitkan oleh penduduk-penduduk adalah penjualan rumah PPR kepada penduduk di kawasan itu. Di antara isu-isu lain yang diutarakan pada majlis dialog itu lagi adalah untuk mewujudkan peti POS Malaysia, pasar, rumah mayat dan balai polis demi untuk menamin keselesaan dan tahap keselamatan di kawasan tersebut. Di akhir pertemuan, mereka juga memohon untuk mewujudkan persatuan penduduk yang baru oleh kerana persatuan yang sedia ada sekarang kurang mengambil berat terhadap kebajikan penduduk di kawasan tersebut.

No comments: