Tuesday, 27 May 2008

Berikut adalah teks asal ucapan saya untuk membahaskan Usul menjunjung kasih titah DYMM SPB Yang di Pertuan Agung. Saya merakamkan kembali teks ucapan tersebut kerana isu merokok di Parlimen telah menjadi isu 'nasional' yang diulas oleh beberapa akhbar hingga pada hari Ahad lalu iaitu oleh wartawan NST. Sehubungan dengan itu ada beberapa kemajuan telah berlaku di Lobi Parlimen dan Ruang Rehat Ahli Parlimen dimana tanda dilarang merokok telah naik. Namun realitinya tanda tersebut seolah-olah salah satu perhiasan dinding yang tidak diberi perhatian oleh ahli2 YB. Mereka terus merokok walaupun bekas abu rokok telah dikeluarkan. Cuma sekarang ini mereka agak segan silu jika berhadapan dengan YB Titiwangsa. Pagi ini semasa minum pagi saya terserempak dengan seorang Timbalan Menteri muda yang memegang jawatan penting merokok dengan begitu bahagianya. Patutlah antara 50-60 remaja menjadi perokok baru setiap hari di Malaysia. Menyedari kehadiran saya Timbalan Menteri itu telah memadamkan rokoknya. Saya akan terus berjuang dengan isu ini sehingga bangunan parlimen betul2 menjadi kawasan bebas rokok kecuali di tempat yang di khaskan. MasyaAllah, dah jauh ni. Saya patah balik. Tan Sri/Dato YDP, Hari2 awal saya menjejak kaki ke bangunan Parlimen yang mulia ini, saya dikejutkan dengan senario Ahli2 Parlimen bebas merokok didalam bangunan parlimen iaitu di kawasan kafeteria AP, kafeteria umum dan lobi sedangkan kawasan untuk merokok telah disediakan sebagaiman Ahli2 YB sedia maklum. Peraturan Kawalan Tembakau dan Hasil Tembakau 2004 adalah dibawah Akta Makanan Bahagian IV Peraturan (II)(I) yang antaranya menyebut premis2 kerajaan adalah kawasan larangan merokok. Jadi jelas disini Kawasan Parlimen adalah kawasan larangan merokok . Jadi menjadi tanggung jawab AP untuk mematuhi peraturan kerana undang2 dan peraturan2 bermula dari Parlimen sendiri. Adalah sangat janggal apabila penggubal undang2 dan peraturan2 melanggar undang2 tersebut dalam bangunan tempat unadang2 itu digubal. Mana mungkin AP2 mengharapkan peraturan itu dipatuhi oleh rakyat apabila mereka sendiri tidak menghormati dan tidak mematuhinya. Tujuan utama peraturan larangan merokok adalah untuk melindungi golongan yang tidak merokok kerana golongan inilah yang menjadi mangsa kerana terpaksa jadi perokok pasif. Perokok pasif tanpa kerelaan terpaksa menyedut asap rokok yang mengandungi 4000 bahan2 toksik dimana 37 darinya adalah penyebab kanser. (berhenti dulu menaip sebab nak solat dan sesi parlimen hari ni nak berakhir. Lepas ni meeting d JRL pula)

2 comments:

lan said...

menunggu sambungan ucapan Dr:)

Unknown said...

Assalamualaikum YB,
"Orang yang bertawakal kepada Allah tidak akan berasa runsing apabila kehendak dan kemahuannya tidak tercapai."
Isu rokok (juga arak) antara mekanisme yang termasuk di dalam membina sikap bertanggungjawab dalam mencari dan mendapatkan proses mengusahakan yang halal untuk dikenali yang batil.
Bagaimanakah kewajaran mengaitkan rokok dengan kemiskinan untuk para pejuang kemanusiaan andai prinsip menegakkan keadilan benar-benar berdilemma saat 'mazlamah', 'maisir', 'rasywah', 'khida'ah',
'aklur-riba','kizib''sirqah','mazlamah'
ingin dipisahkan dari menjadi karektor diri,kita mengorban diri?
Andai mengait ekonomi wajarkah dilihat pilihan-pilihan lain walaupun tanaman tembakau asalnya bersih struktur kaedah yang dilakukan ke atasnya melahirkan kesan ketagih.Haram dan halal adalah pakaian orang-orang Islam.
Hukum syariat adalah pengawal untuk difahami makna kebebasan bukan ia disandarkan pada ketakutan atas satu-satu arahan andai benar undang-undang dan Perlembagaan dihayati kerana tidak wujud individu di atas undang-undang.
Keyakinan diberi sepenuhnya kepada YB-YB PR untuk bersama mendidik ummat yang takut kepada azab Allah dan bersyukur pada rahmat Allah.