Wednesday, 28 May 2008

Hari ini (28 Mei 08) saya belajar banyak perkara baru sebagai Ahli Parlimen buat kali pertama. Mujurlah YB Zailah duduk sebaris dengan saya dan YB Dr Mariah. Seorang bekas senator untuk selama 2 penggal, YB Zailah lebih berpengalaman dalam aturan perbahasan dan permesyuaratan di Parlimen, oleh itu kami banyak bertanya dengan beliau. Selepas berakhirnya sesi soalan parlimen dan sesi usul menjunjung kasih terhadap titah ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, diikuti jawapan oleh Menteri-menteri. Selepas itu adalah perbincangan tentang perbekalan tambahan diperingkat dasar dan akhirnya perbincangan perbekalan tambahan peringkat jawatan kuasa. Diperingkat ini cokmar mesti diturunkan, apa signifikannya saya pun kurang pasti dan saya tidak mendapat jawapan yang memuaskan. Kami terlalu sibuk untuk memahami kertas2 tentang aturan mesyuarat dan maklumat bajet tambahan yang dikemukakan sehingga tiada masa untuk bertanya lebih lanjut tentang cokmar. Melalui dokumen2 yang ada kami perlu kemukakan soalan2 yang berkaitan kepada menteri2 yang berkenaan. Bekalan tambahan yang diminta lulus adalah sebanyak RM 16 billion , bukan sedikit, termasuklah untuk Le tour de langkawi, siaran langsung sambutan Hari Peladang di Trengganu yang dikendalikan oleh syarikat swasta dan baaanyak lagi, Semua perbelanjaan tersebut telah pun dibelanjakan dan Ahli2 Parlimen dipaksakan untuk meluluskan. Cemas betul Ahli Parlimen BN dan MEnteri2 termasuk PM & TPM yang kelam kabut masuk untuk mengundi untuk pastikan perbelanjaan diluluskan. Sekurang-kurangnya satu peringatan kepada BN supaya jangan pandang ringan kemampuan PR. Hari ini walau bagaimana pun saya berjaya tanya soalan tentang lebih RM 5 juta yang disumbangkan kepada Pertubuhan2 Antara Bangsa oleh Kementerian Luar dalam perbelanjaan luar jangka. Soalan saya pertubuhan mana yang mendapat sumbangan tersebut. Adakah termasuk pertubuhan2 yang berasaskan politik seperti Kelab UMNO. Menteri pun senaraikanlah nama2 pertubuhan antara bangsa tersebut. Solan kedua pula adalah soalan yang saya minta penjelasan dari Timbalan Menteri Pertaniana iaitu tentang perbelanjaan tambahan sebanyak RM 100K. Soalan saya adakah arm 100K termasuk baju batik yang dipakai urusetia sehingga kepada menteri2 yang ditempah khas, dimana kini saya kata sudah jadi trend iaitu dalam pelbagai aturcara dari urusetia hingga VIP dan para Menteri pakai baju yang sama. Ini saya kira satu pembaziran. Bayangkan seorang menteri menghadiri berpuluh2 majlis rasmi, dan bayangkan berapa banyak baju menteri2 ini yang sebahagian besarnya tidak akan dipakai lagi sebab baju2 itu ditempah khas untuk majlis tersebut. Jawab Timb Menteri Pertanian Yb taksukake tengok para petani,peladang ni pakai cantik2 dan berbaris. Saya bukannya bercakap tentang peserta saya bercakap tentang menteri yang membazir dan dibimbangi duit rakyat yang dibazirkan

No comments: