Tuesday 17 June 2008

“DBKL sapu garam pada luka” Dr Lo’Lo

Posted on oleh HermanSamsudeen

Oleh siasahdaily.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Semalam di umumkan, hari ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali turun ke Jalan Pahang Barat dekat sini bagi membuat protes kenaikan kadar parking di Kuala Lumpur.

Jalan Pahang adalah sebahagian dari jalan yang menerima sistem baru meter parking yang dibuat secara elektronik ini.

Kalau sebelum ini, kawasan Pekeliling Busines Centre tidak terkena sebarang bayaran parking, mulai Isnin 16 Jun depan, pemilik kenderaan di situ juga mula dikenakan bayaran parking dengan kadar baru 80 sen sejam ini.

Dr Lo’ Lo’ bersama pemilik kenderaan sekitar jalan pahang telah berdemo bagi membantah kenaikan parking itu.

Beliau menyifatkan DBKL kejam.

“Dahlah rakyat luka dengan kenaikan harga minyak, DBKL datang menyapukan garam pula ke atas luka ini,” katanya membantah.

Kawasan Jalan Pahang terletak di bawah parlimen Titiwangsa yang diwakili beliau.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Ab Hakim Borhan berkata, Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

“Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam,” katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.

Beliau juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.

Buat permulaan kadar dan langkah-langkah baru itu hanya dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

YB saya ingin membangkitkan satu perkara yang dah lama saya tertanya-tanya iaitu di dalam satu ceramah yang diberi oleh YB Abdul Hadi dimana orang-orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dgn MCA dan MIC (ini adalah realiti bukan rekaan),jadi adalah orang-orang PAS sekarang juga kafir kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR??

Ini yang menyebabkan saya tidak menjadi ahli mana-mana parti.

YB boleh terus email kepada saya di ketam761@yahoo.com

Dengan nama Allah jawab lah dengan jujur

wassalam.

Harris H said...

YB,

Re:Pasar Besar,Dewan Serbaguna dan Taman Rekreasi Dato' Keramat

Saya rujuk kepada perkara diatas.Apakah status tempat-tempat awam tersebut?Memandangkan baru-baru ini banyak kerja-kerja binaan di kawasan tersebut setelah lama terbengkalai.

InsyaAllah dengan kepimpinan YB; lagi cepat kemudahan awam ini siap untuk kegunaan penduduk Dato' Keramat

Terima Kasih