Friday, 8 August 2008

Alhamdulillah hari ini dalam sejarah, mungkin tuah 08/08/08 DBKL telah bersetuju untuk menangguhkan perobohan Pasar Minggu Kg Baru. Berikut adalah petikan isi surat jawapan dari DBKL: Pentadbiran DBKL telah bersetuju untuk menangguhkan operasi perobohan kedai dan gerai di Pasar Minggu Kg Baru sehingga gerai penempatan sementara peniaga Pasar Minggu Kg Baru yang dicadangkan dibina di Lot 1406 Jln Raja Muda Abd Aziz siap dibina. Surat di keluarkan oleh Hj Azmi bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi & Penyelaras Pembangunan. Jadi para peniaga di Pasar Minggu boleh tarik nafas lega. Namun begitu selepas ini kena ada satu usaha bersungguh2 untuk menghidupkan kembali Pasar Minggu. Salinan surat dari DBKL ini akan diedarkan kepada Para peniaga PMKB oleh penyelaras PKWR Zon Kg Baru, En Asri. Terima kasih DBKL. Inilah sikap yang dihargai oleh rakyat, iaitu respon kepada surat2 rakyat lebih2 lagi surat dari wakil2 rakyat. Syabas..

2 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

teruskan usaha anda...Dr Loq-loq.... saya sebagai orang muda akan senantiasa belajar,mengkaji, membuat penilaian yang terperinci , untuk masa hadapan.....

BELIA PASAR MINGGU said...

terima kasih YB Dr. Lo' Lo' diatas usaha YB. saya berasa bangga dengan YB. selepas ini YB harus berbincang perihal pemilikan tanah di pasar minggu samada DBKl dah beli atau masih dibawah PKNS (sebab tiada nama DBKL dalan geran tanah. hanya DBKL sahaja mendakwa telah membeli dan PKNS masih berdiam, dalan isu jual beli tanah ini). Perkaran ini menjadi pokok utama ke atas pembangunan Pasar Minggu.