Thursday, 27 November 2008

LAWATAN KE PASAR KERAMAT BARU/KERAMAT MALL OLEH 2 MENTERI & YB TITIWANGSA
26 November 2008
Rabu- jam 9.45 pagi, YB orang yang pertama sampai ke Pasar Keramat Moden; dikhabarkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Dato Seri Zulhasnan dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Noh Omar akan turun untuk mengadakan lawatan ke pasar tersebut jam 10 pagi. YB selaku Ahli Parlimen Titiwangsa datang untuk sambut kedua Menteri tersebut.Saya dan beberapa kakitangan PKWR tunggu bersama YB hampir setengah jam...belum nampak lagi tanda-tanda kedatangan Menteri. Dalam penantian kami barulah kami nampak beberapa motor penguatkuasa DBKL...jadi saya pun terus pergi tanya; kata penguatkuasa tersebut Menteri Wilayah dan Dato' Noh Omar datang dalam jam 11 pagi, itupun tak pasti apakah jam 11 pagi dah sampai di sini ataupun baru nak bertolak sari sana.
Dalam penantian tersebut; YB mendapat khabar dari Parlimen bahawa persidangan sedang dalam perbahasan Kementerian WP dan Timb. Menteri Wilayah akan membuat ucapan penggulungan. Difahamkan sebenarnya pagi ini bukan giliran Menteri Wilayah tetapi Menteri lain, tapi ada pertukaran. Bagi YB di Parlimen penting dan di sini pun penting, sebab nak dengar suara rakyat apa yang mereka tidak berpuas hati tentang Pasar Keramat Moden ini. Dan YB kenalah berkorban salah satunya...Difahamkan lagi sebelum ini setiap kali Persatuan Penjaja mengadakan mesyuarat, mereka tidak pernah panggil YB apatah lagi memberitahu...mereka hanya panggil Ketua UMNO bahagian sahaja...
Tunggu punya tunggu sampailah Menteri dan Dato' Noh Omar ke pasar tersebut... YB sambut mereka di tingkat 2 Pasar Keramat.. dan adakan sesi taklimat antara konsultan kontraktor, Menteri dan YB. Mulanya dikatakan akan diadakan majlis dialog tapi rupanya hanya taklimat dalam bilik kecil yang hanya boleh dihadiri beberapa orang. Peniaga sudah ramai sampai dan mereka kecewa kerana tiada majlis dialog. Selepas taklimat selesai bermulalah lawatan di sekitar pasar tersebut dari setingkat ke setingkat... kebanyakkan dari penjaja tidak berpuas hati dengan keadaan pasar tersebut..kerana di tingkat 1 dibuat kedai-kedai makan (medan selera) sedangkan di tingkat dua dibuat pasar basah...kata mereka (penjaja) mana ada pasar basah orang buat di tingkat atas, selalunya pasar basah dibuat di bawah; sebab kebanyakkan orang yang datang ke pasar basah nie orang tua-tua... mana mungkin mereka kuat untuk menaiki tangga dan sebagainya. Lif dan eskalator memang ada tetapi sangat terhad dan kemungkinan cepat rosak kerana penggunaan yang tinggi dan keadaan barang yang dibawa penjaja dan pembeli adalah barangan basah dan berair. Lagipun keadaan pasar tersebut memang tidak strategik....kerana dilindungi oleh Stesyen pam Esso dan sederet 7 buah rumah kedai. Antara masalah yang dibangkitkan adalah tempat parkir yang terhad iaitu cuma 247 ruang sedangkan peniaga seramai 444 orang, belum kira pembeli, pelantar punggah barang yang juga tidak mencukupi, ruang ke lif yang sempit dan panjang, lif yang kecil hanya muat 1 tong ikan dan tidak praktikal. Kawasan pasar basah sangat tidak memuaskan hati peniaga-peniaga. Ruang untuk menjual dan mempamirkan kecil dan tidak mencukupi, begitu juga tiada ruang untuk letak tong-tong ikan sebab kebanyakan ruang diisi oleh chiller. Untuk penyediaan atau potong ikan/ayam disediakan tempat yang lebih kurang 10-15 langkah jauh. Ini akan membebankan peniaga untuk berulang alik dan dikhuatiri akan hilang barang jualan mereka. Malah tiada ruang untuk sembelih atau proses ayam hidup, yang merupakan tarikan pembeli untuk beli ayam di Pasar Keramat lama. Chiller untuk pamir daging hanya boleh muat 4 peha lembu sedangkan mereka perlukan freezer yang boleh muat 4 ekor lembu.
Selepas tengok pasar moden, kami dibawa untuk melihat Pasar Keramat Lama. Disini Menteri dan YB ditunjukkan perbezaan dari segi praktikaliti antara premis pasar baru dan lama ... Selepas itu Menteri Wilayah berangkat pergi ke Restran Felda untuk makan tengahari dan di sana diadakan PC bersama para media... Tetapi YB tidak ikut sekali, kerana Dato' Noh belum lagi mengadakan lawatan ke Pasar Keramat Lama tersebut dan ingin mendekati sendiri dengan peniaga. Setelah selesai mengiringi Dato Noh, YB pun membawa Dato' Noh dan kami semua menjamu selera tengah hari di Pasar Keramat tersebut...Sedap makan ikan bakar...memang kaw...
Selepas makan YB mengajak Dato' Noh pergi melihat bangunan MARA yang sudah terbiar hampir 3 tahun tanpa beroperasi... hampir jam 3 petang semuanya selesai...YB balik untuk siap-siapkan diri dan terus menuju ke Parlimen kerana sesi Parlimen masih berlangsung...sepanjang lawatan tersebut YB kerap dapat panggilan dari Parlimen menanyakan jam berapa akan sampai....???? dan tidak lupa juga yang YB sebenarnya terjatuh semasa berjalan di lantai pasar yang licin. Sehingga kini YB tidak dapat sujud dengan betul kerana lutut dan keting kiri yang masih bengkak dan lebam!!
Memorandum bantahan Penjaja Pasar Keramat; di sini juga disertakan cadangan dan langkah-langkah untuk mengatasinya...
sebelum kedatangan Menteri Wilayah dan Dato' Noh Omar, YB berbicara dgn Abg Hairee salah sorang peniaga dan Sdra Bahrin Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga WP.
GAMBAR SEKITAR PASAR KERAMAT MODEN
tempat untuk membersihkan ikan @ ayam...susah sekiranya tidak disediakan paip air (kata salah seorang penjaja)
sinki yang disediakan jauh...jadi mereka kena berlari-lari dari tempat niaga ke sinki ini...
gerai-gerai jualan sayur ...di pasar lama 3 tingkat dan raknya sekeliling, di sini hanya 2 tingkat dan hanya ada ruang depan, kiri-kanan didinding, belakang ruang peniaga bergerak..
peniaga-peniaga yang sabar menunggu...
salah satu eskalator..kelihatan Hj Abd Rahman salah sorang peniaga (yang berlebai)
lawatan....
GAMBAR SEKITAR PASAR KERAMAT LAMA
sayur yang dijual berpuluh kilo...ruang mesti luas,
360 pusingannya dan rak sekurang-sekurangnya 3 tingkat
Ikan bilis diperagakan dalam beg-beg plastik yang besar sebagai tarikan..ni di gerai barang-barang kering
Di gerai makanan yang dimasak...ikan bakar yang menyelerakan...
YB bersama Dato Menteri , Awang atau Sueed Chik selaku pengerusi peniaga Dato Keramat dan Arkitek persatuan yang akan melukis kembali cadangan balas peniaga..
Menteri Wilayah dah balik, YB pula membawa Dato' Noh untuk melihat pasar sekali lagi...
makan tengah hari...memang perut pun dah lapar....
Alhamdulillah YB bersama-bersama persatuan peniaga dan semua yang terlibat berjaya menyampaikan ketidak puasan hati peniaga terhadap cara bina Pasar baru atau dinamakan Keramat Mall..
disediakan oleh: Cik Faezah
BANGUNAN YANG CANTIK...
26 November 2008
Semalam YB Dr. Lo'lo' bersama Dato' Noh Omar membuat lawatan ke bangunan MARA yang terabai lebih kurang selama 3 tahun, selepas kami semua menjamu selera (makan tengah hari) di Pasar Keramat... bangunan ini cantik, tapi sayang di dalamnya kosong...sebab tidak tahu untuk apa???...
Bangunan ini mempunyai 3 tingkat dan 42 lot kedai. Kami difahamkan bahawa sebenarnya bangunan ini (sebelum didirikan) dalam perancangan adalah untuk membuat koperasi...tetapi entah laa setelah siap tak tahu pula untuk apa....dari penerangan dan perbincangan Dato' Noh memberi cadangan bahawa bangunan ini mungkin sesuai dijadikan HUB KESIHATAN; seperti SPA, perubatan moden hingga perubatan tradisional...sekiranya customer datang mereka akan memilih perubatan sepertimana yang mereka kehendaki...Tetapi bagi pandangan YB Dr. katanya: apa-apa pun lebih baik sekiranya adakan dahulu kajian @ penelitian apa yang customer mahu, kita tidak mahu sekiranya nanti peniaga akan gulung tikar..biarlah kita buka dan terus maju...Ameen Insya Allah...
YB dan Dato' Noh sedang mendengar penerangan salah seorang pegawai MARA
maaf saya terlupa nak ambil gambar bangunan ini...
Cik Faezah.

Monday, 24 November 2008

KONVENSYEN TARBIYAH PAS WILAYAH
22 November 2008
KARNIVAL JUBLI PERAK MUSLIMAT WILAYAH
22 November 2008
Program ini berlangsung di Padang Flat Sri Labuan, anjuran Muslimat PAS WP... Program ini dirasmikan oelh PJ Wilayah: Tuan Haji Mohamad Nor, turut hadir Hj. Mohd Sabu dan Isteri... Banyak acara-acara yang disediakan oleh pihak penganjur seperti acara jogaton terbuka, pemeriksaan kesihatan percuma, kaunseling peguam syarie, sukaneka, dan macam-macam lagi sehingga malam... di sebelah malam pula hanya untuk kaum muslimat sahaja "Ladies Night" ... yang pasti memang best... 
sarapan pagi... Hj. Mohd Sabu & isteri, YB dan Pn. Rafiza (pengarah program)
YB diminta memberi ucapan 
Pn. Marlina memberitahu sesuatu kepada YB tentang permasalahan isu-isu rumahtangga & bagaimana cara penyelesaiannya terutama masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tinggal...
YB diiringi oleh SU MWP melihat gambar-gambar pameran, gerai-gerai dan juga pemeriksaan kesihatan...
salah seorang tetamu daftar tuk pemeriksaan gigi..
berbaris-baris tuk dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma...
YB melepasi pertandingan jogaton terbuka, sambil diperhatikan Hj. Mohd Sabu, Ustazah Nuridah, Pn. Sakinah (SU mtw) dan Muslimat-muslimat yang lain...
disediakan oleh: Cik Faezah
PPWN: WJIM
21 November 2008
gambar kenangan bersama pimpinan WJIM
di antara tetamu-tetamu jemputan...
masa untuk sarapan pagi... selepas mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj (Ketua Wanita JIM) kami dijemput untuk menjamu selera... ermm memang sedap..sebab dah lapar...
Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dr. Lo'lo', YB Zuraidah (Ampang), Ustazah Nuridah (Ketua Muslimat PAS), Cikgu Laila (GMI), YB Sa'ari Sungib dan isteri dan beberapa orang lagi....
disediakan oleh: Cik Faezah

Monday, 17 November 2008

dari majalah SUARA BARU

AGAMA SEIRING DENGAN PERJUANGAN

"Wanita perlu lebih maju pada masa yang sama tak boleh mundur akhlak, rohani dan syahsiah. keseimbangan agama perlu seiring dalam apa jua perjuangan". Penglibatan wanita di dalam politik ini perlu berteraskan pada jalan Allah dengan niat yang ikhlas untuk membantu masyarakat khususnya kaum wanita.
Keseimbangan di antara tuntutan rumahtangga dan kerjaya perlu seiring dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Kita perlu ada perasaan takut pada Allah. Kalau kita tiada perasaan takut itu, kita tak akan dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin kepada rakyat dan kita akan lari dari dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya... YB Dr. Lo'lo'
by Faezah
GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN MESRA USIA EMAS
16 November 2008
sebahagian tetamu wanita sedang menjamu selera dalam pejabat YB, selepas majlis pelancaran
Unit Amal turut membantu menjayakan majlis ini, tanpa mereka mungkin akan kacau bilau trafik yg sibuk dihadapan PKWR. Mereka juga bantu persiapan awal..... terima kasih pasukan Unit Amal...semoga ALLAH membalas jasa kalian
YB sedang di interview wartawan The Star (Priya)
YB mengatakan sesuatu kepada YB Khasim, tentang permalahan yang diadu oleh salah seorang penduduk The Heritage Condominium, sambil diperhati oleh En. Zul, peguam PKWR. Aduan ini dibuat setelah selesai Majlis MUE.
suami YB (Prof. Madya Dr. Aminuddin) turut sama-sama membantu...
bekerja belakang tabir je suami YB ni
masa untuk makan... beratur-beratur ambil makan, semua orang boleh makan...
hari hujan, semua orang perut dah berkeroncong...
tetamu sudah tak sabar untuk ambil makanan yang disediakan oleh petugas
Warga emas sedang khusyuk mendengar penerangan.
Hanya penduduk dan pengundi Titiwangsa sahaja akan dikendalikan oleh PKWR.
Warga emas yang lain perlu berdaftar di DUN masing2.
tetamu-tetamu yang hadir untuk mendengar penerangan tentang program
mesra usia emas yang disampaikan oleh En. Kamsani bin Nasir
YB menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Mesra Usia Emas. Dengan kerjasama ADUN Lembah Jaya (YB Khasim)yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor khususnya EXCO Kebajikan YB Rodziah. Syukur Alhamdulillah Program 'Merakyatkan Ekonomi' Kerajaan PR di Selangor berjalan lancar walaupun ada sedikit 'gangguan' apabila hujan turun dgn lebat.
Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, dengan k/p bernombor 10 di tengah atau mudahnya anak Selangor layak untuk mendaftar dan waris mereka layak menerima HADIAH dari kerajaan Negeri Selangor semasa dan selepas kematian mereka. Duit hadiah ini bukan 'harta' untuk di faraid tetapi untuk pengurusan jenazah dan lain-lain perbelanjaan yang perlu. Duit ini akan diberi sebanyak RM1000 semasa hari kematian dan RM1500 akan diberi kemudian oleh Kerajaan Selangor sendiri melalui Syarikat Menteri Besar yang diPerbadankan. Jika keluarga memang mampu duit ini boleh disumbangkan kembali kepada jemaah atau pihak yang memerlukan, dengan ini arwah dapat terus pahala dari sedeqah Jariah tersebut.

Warga emas yang mahu mendaftar dalam program ini perlu membawa salinan k/p sendiri, k/p penjaga atau rumah anak yang didiami dan juga k/p penama yang akan menjadi wakil keluarga untuk menerima Hadiah sumbangan semasa hari kematian. Penjaga dan penama boleh jadi orang yang sama.

Warga emas yang bukan kelahiran anak Selangor tetapi telah menetap di Selangor 15 tahun atau lebih juga layak mendaftar tetapi mesti sertakan dokumen sokongan untuk membuktikan maklumat tersebut

walaupun hujan turun...para tetamu tetap duduk untuk mendengar penerangan tersebut
pembukaan majlis dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran adik Al-Hafiz....
YB menunjukan cara bagaimana untuk mengisi borang mesra usia emas

Fauziah Bidin, Nurul Asmah, Tanti , Yati dan Fauziah Zainal Abidin serta Rohana adalah antara muslimat yang hadir membantu. Shidah dan Hajar mengikuti bengkel Pelan Tindakan , Aishah dan Sakinah ada urusan keluarga. Sham dan Sharifah katanya kurang sihat. Muslimat lain tidak dapat dikesan kenapa tidak hadir untuk membantu. Ketua Wanita PKR TW, Cikgu Kamariah ada datang waktu majlis hampir berakhir. YDP yang mulanya mahu hadir, menguzurkan diri. En Hedzer dan En. Zakaria mewakili kawasan. Yang lain-lain adalah dari YBT dan KPTSB.

Suasana di meja pendaftaran

tetamu-tetamu yang hadir tidak sabar-sabar untuk daftar dan mengisi borang mesra usia emas di meja pendaftaran... petugas pun sibuk dan tak menang tangan...
mesra usia emas ramai yang datang untuk mendapat skim tersebut...
sebelum majlis bermula, YB berbincang sesuatu dengan En. Kamsani bin Nasir dan diperhatikan oleh isteri beliau
disediakan oleh: Faezah PA YB