Thursday, 27 November 2008

LAWATAN KE PASAR KERAMAT BARU/KERAMAT MALL OLEH 2 MENTERI & YB TITIWANGSA
26 November 2008
Rabu- jam 9.45 pagi, YB orang yang pertama sampai ke Pasar Keramat Moden; dikhabarkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Dato Seri Zulhasnan dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Noh Omar akan turun untuk mengadakan lawatan ke pasar tersebut jam 10 pagi. YB selaku Ahli Parlimen Titiwangsa datang untuk sambut kedua Menteri tersebut.Saya dan beberapa kakitangan PKWR tunggu bersama YB hampir setengah jam...belum nampak lagi tanda-tanda kedatangan Menteri. Dalam penantian kami barulah kami nampak beberapa motor penguatkuasa DBKL...jadi saya pun terus pergi tanya; kata penguatkuasa tersebut Menteri Wilayah dan Dato' Noh Omar datang dalam jam 11 pagi, itupun tak pasti apakah jam 11 pagi dah sampai di sini ataupun baru nak bertolak sari sana.
Dalam penantian tersebut; YB mendapat khabar dari Parlimen bahawa persidangan sedang dalam perbahasan Kementerian WP dan Timb. Menteri Wilayah akan membuat ucapan penggulungan. Difahamkan sebenarnya pagi ini bukan giliran Menteri Wilayah tetapi Menteri lain, tapi ada pertukaran. Bagi YB di Parlimen penting dan di sini pun penting, sebab nak dengar suara rakyat apa yang mereka tidak berpuas hati tentang Pasar Keramat Moden ini. Dan YB kenalah berkorban salah satunya...Difahamkan lagi sebelum ini setiap kali Persatuan Penjaja mengadakan mesyuarat, mereka tidak pernah panggil YB apatah lagi memberitahu...mereka hanya panggil Ketua UMNO bahagian sahaja...
Tunggu punya tunggu sampailah Menteri dan Dato' Noh Omar ke pasar tersebut... YB sambut mereka di tingkat 2 Pasar Keramat.. dan adakan sesi taklimat antara konsultan kontraktor, Menteri dan YB. Mulanya dikatakan akan diadakan majlis dialog tapi rupanya hanya taklimat dalam bilik kecil yang hanya boleh dihadiri beberapa orang. Peniaga sudah ramai sampai dan mereka kecewa kerana tiada majlis dialog. Selepas taklimat selesai bermulalah lawatan di sekitar pasar tersebut dari setingkat ke setingkat... kebanyakkan dari penjaja tidak berpuas hati dengan keadaan pasar tersebut..kerana di tingkat 1 dibuat kedai-kedai makan (medan selera) sedangkan di tingkat dua dibuat pasar basah...kata mereka (penjaja) mana ada pasar basah orang buat di tingkat atas, selalunya pasar basah dibuat di bawah; sebab kebanyakkan orang yang datang ke pasar basah nie orang tua-tua... mana mungkin mereka kuat untuk menaiki tangga dan sebagainya. Lif dan eskalator memang ada tetapi sangat terhad dan kemungkinan cepat rosak kerana penggunaan yang tinggi dan keadaan barang yang dibawa penjaja dan pembeli adalah barangan basah dan berair. Lagipun keadaan pasar tersebut memang tidak strategik....kerana dilindungi oleh Stesyen pam Esso dan sederet 7 buah rumah kedai. Antara masalah yang dibangkitkan adalah tempat parkir yang terhad iaitu cuma 247 ruang sedangkan peniaga seramai 444 orang, belum kira pembeli, pelantar punggah barang yang juga tidak mencukupi, ruang ke lif yang sempit dan panjang, lif yang kecil hanya muat 1 tong ikan dan tidak praktikal. Kawasan pasar basah sangat tidak memuaskan hati peniaga-peniaga. Ruang untuk menjual dan mempamirkan kecil dan tidak mencukupi, begitu juga tiada ruang untuk letak tong-tong ikan sebab kebanyakan ruang diisi oleh chiller. Untuk penyediaan atau potong ikan/ayam disediakan tempat yang lebih kurang 10-15 langkah jauh. Ini akan membebankan peniaga untuk berulang alik dan dikhuatiri akan hilang barang jualan mereka. Malah tiada ruang untuk sembelih atau proses ayam hidup, yang merupakan tarikan pembeli untuk beli ayam di Pasar Keramat lama. Chiller untuk pamir daging hanya boleh muat 4 peha lembu sedangkan mereka perlukan freezer yang boleh muat 4 ekor lembu.
Selepas tengok pasar moden, kami dibawa untuk melihat Pasar Keramat Lama. Disini Menteri dan YB ditunjukkan perbezaan dari segi praktikaliti antara premis pasar baru dan lama ... Selepas itu Menteri Wilayah berangkat pergi ke Restran Felda untuk makan tengahari dan di sana diadakan PC bersama para media... Tetapi YB tidak ikut sekali, kerana Dato' Noh belum lagi mengadakan lawatan ke Pasar Keramat Lama tersebut dan ingin mendekati sendiri dengan peniaga. Setelah selesai mengiringi Dato Noh, YB pun membawa Dato' Noh dan kami semua menjamu selera tengah hari di Pasar Keramat tersebut...Sedap makan ikan bakar...memang kaw...
Selepas makan YB mengajak Dato' Noh pergi melihat bangunan MARA yang sudah terbiar hampir 3 tahun tanpa beroperasi... hampir jam 3 petang semuanya selesai...YB balik untuk siap-siapkan diri dan terus menuju ke Parlimen kerana sesi Parlimen masih berlangsung...sepanjang lawatan tersebut YB kerap dapat panggilan dari Parlimen menanyakan jam berapa akan sampai....???? dan tidak lupa juga yang YB sebenarnya terjatuh semasa berjalan di lantai pasar yang licin. Sehingga kini YB tidak dapat sujud dengan betul kerana lutut dan keting kiri yang masih bengkak dan lebam!!
Memorandum bantahan Penjaja Pasar Keramat; di sini juga disertakan cadangan dan langkah-langkah untuk mengatasinya...
sebelum kedatangan Menteri Wilayah dan Dato' Noh Omar, YB berbicara dgn Abg Hairee salah sorang peniaga dan Sdra Bahrin Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga WP.
GAMBAR SEKITAR PASAR KERAMAT MODEN
tempat untuk membersihkan ikan @ ayam...susah sekiranya tidak disediakan paip air (kata salah seorang penjaja)
sinki yang disediakan jauh...jadi mereka kena berlari-lari dari tempat niaga ke sinki ini...
gerai-gerai jualan sayur ...di pasar lama 3 tingkat dan raknya sekeliling, di sini hanya 2 tingkat dan hanya ada ruang depan, kiri-kanan didinding, belakang ruang peniaga bergerak..
peniaga-peniaga yang sabar menunggu...
salah satu eskalator..kelihatan Hj Abd Rahman salah sorang peniaga (yang berlebai)
lawatan....
GAMBAR SEKITAR PASAR KERAMAT LAMA
sayur yang dijual berpuluh kilo...ruang mesti luas,
360 pusingannya dan rak sekurang-sekurangnya 3 tingkat
Ikan bilis diperagakan dalam beg-beg plastik yang besar sebagai tarikan..ni di gerai barang-barang kering
Di gerai makanan yang dimasak...ikan bakar yang menyelerakan...
YB bersama Dato Menteri , Awang atau Sueed Chik selaku pengerusi peniaga Dato Keramat dan Arkitek persatuan yang akan melukis kembali cadangan balas peniaga..
Menteri Wilayah dah balik, YB pula membawa Dato' Noh untuk melihat pasar sekali lagi...
makan tengah hari...memang perut pun dah lapar....
Alhamdulillah YB bersama-bersama persatuan peniaga dan semua yang terlibat berjaya menyampaikan ketidak puasan hati peniaga terhadap cara bina Pasar baru atau dinamakan Keramat Mall..
disediakan oleh: Cik Faezah

5 comments:

lan said...
This comment has been removed by the author.
lan said...

laporan yang santai, seronok membaca!

tahniah YB, bukan senang nak berurusan dengan karenah pak pak menteri ni.. Salute juga pada Noh Omar pergi melawat kali kedua

Ahli Parlimen Telok Kemang said...

Tahniah YB.. Wira Damai doakan inisiatif YB akan jadi contoh kpd YB-YB Pakatan Rakyat yang lain.

YB berjaya 'uruskan' YB-YB UMNO/BN dengan cemerlang sekali..

Wira Damai skrg dah pindah Telok Kemang bertugas dgn YB Telok Kemang dan uruskan blog: www.telokkemang.blogspot.com/

ada masa kita jumpa lagi..

Tahniah juga pada Cik Faezah (PA YB) yang amat berdidikasi..

WIRA DAMAI

kelabraja_uda@yahoo.com

DrLo'Lo' Mohd Ghazali said...

syukran wira damai...BARAKALLAHU FEEK

WIRA DAMAI said...

YB.. Kalo YB nak kenal WIRA DAMAI sebenar.. sila lah ke blog baru Wira Damai yang baru http://opss2012.blogspot.com . Blog lama berkemungkinan kena hack..

WIRA DAMAI
kelabdraja_uda@yahoo.com