Thursday, 27 November 2008

BANGUNAN YANG CANTIK...
26 November 2008
Semalam YB Dr. Lo'lo' bersama Dato' Noh Omar membuat lawatan ke bangunan MARA yang terabai lebih kurang selama 3 tahun, selepas kami semua menjamu selera (makan tengah hari) di Pasar Keramat... bangunan ini cantik, tapi sayang di dalamnya kosong...sebab tidak tahu untuk apa???...
Bangunan ini mempunyai 3 tingkat dan 42 lot kedai. Kami difahamkan bahawa sebenarnya bangunan ini (sebelum didirikan) dalam perancangan adalah untuk membuat koperasi...tetapi entah laa setelah siap tak tahu pula untuk apa....dari penerangan dan perbincangan Dato' Noh memberi cadangan bahawa bangunan ini mungkin sesuai dijadikan HUB KESIHATAN; seperti SPA, perubatan moden hingga perubatan tradisional...sekiranya customer datang mereka akan memilih perubatan sepertimana yang mereka kehendaki...Tetapi bagi pandangan YB Dr. katanya: apa-apa pun lebih baik sekiranya adakan dahulu kajian @ penelitian apa yang customer mahu, kita tidak mahu sekiranya nanti peniaga akan gulung tikar..biarlah kita buka dan terus maju...Ameen Insya Allah...
YB dan Dato' Noh sedang mendengar penerangan salah seorang pegawai MARA
maaf saya terlupa nak ambil gambar bangunan ini...
Cik Faezah.

No comments: