Tuesday 16 December 2008

Hansard Parlimen 11 Dis 2008 [Titiwangsa]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan... [Tepuk] Saya ingin bertanya, mengapakah polisi menggantikan pinjaman dengan biasiswa kepada pelajar-pelajar perubatan tidak dibuat secara konsisten dan juga berterusan terutama kepada pelajar-pelajar perubatan yang telah pun mendapat tempat di universiti luar negara pada tahun pertama. Kemudian mereka layak untuk naik ke tahun kedua dan mendapat keputusan yang dikira sederhana dan juga cemerlang.
Mengapakah mereka ini tidak diberi biasiswa? Sebelum ini mereka ini digantikan dengan biasiswa daripada pinjaman daripada asalnya mereka ambil. Jadi sekarang ini tidak ada lagi amalan itu diteruskan, sedangkan kita menghadapi masalah kekurangan pelajar-pelajar perubatan dan yang akhirnya akan menjadi doktor yang akan berkhidmat kembali kepada negara kita. Terima kasih.
Tuan S. K. Devamany: Terima kasih Yang Berhormat daripada Titiwangsa. Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan kenapakah tidak ada consistency dalam penawaran biasiswa JPA di luar negara. Berdasarkan kepada kriteria yang sedia ada, pemberian biasiswa ke luar negara bergantung kepada kecemerlangan keputusan dan seterusnya ia bergantung kepada kursus-kursus kritikal dan keutamaan.
Kursus kritikal ini seperti perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar. Keutamaan ini adalah jurutera, accountancy, perundangan, sains dan teknologi; maka satu pilihan kursus yang kritikal untuk negara. Kedua keputusannya hampir semua macam perubatan tadi macam dikatakan hampir semua universiti-universiti memerlukan CGPA yang begitu tinggi sekali 3.75 hingga 4.00 CGPA. Maka pengambilan juga terhad kepada jumlah pelajar yang diambil kerana institusi itu hanya dibenarkan mengambil pelajar-pelajar yang terhad untuk kursus-kursus ini. Oleh kerana ini, maka dasar itu adalah kepada golongan-golongan yang cemerlang sahaja diizinkan. Kenapakah tahun dua hanya diambil kira sebagai untuk memberi pinjaman? Kita ada tahun pertama JPA ada kalau keputusan cemerlang dan dapat tempat di universiti luar maka mereka bagi biasiswa. Bagi yang tahun kedua ini mereka boleh memohon untuk pinjaman berdasarkan kepada keputusan tahun pertama kursus yang mereka ambil di luar negara. Kalau keputusan cemerlang, maka pelajar itu boleh memohon untuk pinjaman. Itu pun 500 sahaja yang ditawarkan untuk setiap tahun. Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Salam YB. Saya nak tanya setakah YB jadi YB sejauhmanakah perancangan pembangunan ekonomi dilakukan dan dihebahnkan untuk penduduk parlimen Titiwangsa. Jika ada apa dia dan jika tiada kenapa tiada..Elaun yang kami bagi adalah untuk anda berfikir untuk kebaikan rakyat bukan hanya berlakun atau bercakap sahaja. Saya tidak reda wang saya menjadi elaun YB sekiranya YB gagal menunaikan tanggungjawab yang saya maksudkan. Sekian.

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

Sdra Wak Sir,

Sdra nampaknya tidak faham tgjwb seorang ahli parlimen. AP tidak kutip cukai, yg kutip cukai adalah kerajaan, jadi segala projek utk rakyat terutama projek ekonomi ada;lah tgjwb kerajaan. AP brtgjwb utk memberi input, maklumbalas, memantau dan memberi pandangan disamping tugas utama iaitu sbg legislator atau penggubal dasar atau undang2 ngra.
Tentang elaun jgnlah sdra gusar, saya bekerja antara 16jam - 20jam sehari, Elaun yang saya dapat RM10,000 terus masuk ke Pusat khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa dimana saya perlu menampung 4 orang kakitangan tetap yg bergaji, 4 orang wakil zon, 2 orang wakil kaum India dan Cina, Sewa, bil api,air,letrik dan talipon. Pelbagai sumbangan kecil dan perbelanjaan yg dijangka dan tidak dijangka. RM1400 dipotong langsung melalui ANGKASA sebagai sumbangan wajib kepada PAS. Yg tinggal hanya RM600 shj sebulan utk kegunaan sendiri. Tidak payahlah sdra hendak mengugut saya sedangkan sdra tidak lgsg faham bebanan dan tgjwb besar yg kami AP Pakatan Rkyt tanggung.
oh ya, utk pengetahuan, kami AP PR dinafikan peruntukan tahunan AP sebanyak RM500K ke RM 1 juta dan difahamkan duit ini difaraidkan kpd ketua umno bahagian. Yg tu sdra redo ke? sekadar bertanya.

Dr Lo'lo'

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI said...

Lupa juga nak maklumkan iaitu di WP semua ahli Parlimen TIADA ADUN yg membantu kerana WP bukan kerajaan ngri yg ada Dewan Undangan Ngri. Kami juga tiada ahli majlis yg menjaga hal ehwal infrastruktur kawasa, yg ada hanyalah DBKL yg kami tiada hubungan lgsg dgn ahli mjls dbkl.
Dalam keadan begini kami terus bersemangat menyumbang dan berbakti.

T/kasih atas komen anda.

DrLo'lo'