Friday 26 December 2008

Parlimen Titiwangsa anjur program kembali ke sekolah
Muhammad Arif Ismail Thu | Dec 25, 08 | 8:25:43 am MYT

KUALA LUMPUR,25 Dis (Hrkh) - Sempena cuti Sekolah sudah menghampiri penghujungnya, ramai ibu bapa resah dengan perbelanjaan anak masing-masing.

Atas kesedaran inilah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali mengambil inisiatif meraikan penduduk di kawasan beliau dengan menganjurkan program kembali ke sekolah.

ImageAtas kesedaran inilah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali mengambil inisiatif meraikan penduduk di kawasan beliau dengan menganjurkan program kembali ke sekolah.

Program ini dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS kawasan Titiwangsa telah mendapat perhatian 100 orang penduduk yang diadakan di Mydin Subang Jaya.

"Kita memang pilih dari kalangan keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 2000 tapi mempunyai anak bersekolah 4 orang atau lebih ," kata Pengarah Program Balik ke Sekolah, Aishah Abdul Wahab.

"Sebelum ini,kita juga pernah memberi sumbangan dan bantuan kepada anak2 ibu tunggal. Tetapi kali ini kita membuat sedikit kelainan . Alhamdulillah pada tahun ini, kita mendapat sumbangan dari agensi swasta dan individu," katanya yang mewakili Dr Lo' Lo' tidak hadir dalam program itu kerana terlibat dengan majlis perkahwinan adiknya di Ipoh.

Sementara itu, ramai ibu bapa ketika ditemui berkata, mereka berterima kasih kepada ahli Parlimen yang sangat prihatin kepada kesusahan rakyat.-azm/ mr_

Dipetik oleh Faezah

1 comment:

aduh said...

Ini teks untuk Anwar baca kalau dah susah sangat nak bagi jawapan yang jelas. Sokongan makin lari bila Anwar tak jelaskan isu hudud dengan segera.

Jawapan:

1. Masyarakat bukan Islam tak perlu bimbang langsung kerana undang-undang Islam tidak akan dipaksakan ke atas mereka. Islam agama adil yang menghormati hak penganut agama-agama lain.

2. Kepada masyarakat Islam, undang-undang Islam wajib dilaksana tetapi secara berhikmah, bukan secara tergesa-tergesa. Saya tegaskan bahawa semua undang-undang Islam memang wajib ke atas umat Islam tetapi saya bagi jaminan tidak akan dilaksanakan secara tergesa-tergesa.

3. Kita kena faham bahawa sudah lama imej Islam diburukkan oleh pemahaman salah umat Islam berhubung kenyataan salah kepimpinan UMNO sebelum ini. Contohnya, ada pemimpin UMNO yang memfitnah bahawa menurut undang-undang Islam, 4 saksi diperlukan dalam kes rogol! Ini tidak benar. Kenyataan salah seperti ini yang membuatkan Islam kelihatan buruk.

4. Berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, saya akan mulakan dengan kaedah pendidikan di sekolah di mana dalam matapelajaran agama Islam, pelajar akan diberi penerangan tentang undang-undang Islam yang sebenar. Salahfaham mesti diperbetulkan. Contohnya, bukan semua kes mencuri dihukum dengan potong tangan. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan dalam kes kes yang ada keraguan. Orang yang mencuri kerana miskin contohnya. Islam tidak fanatik hendak memotong tangan orang. Islam mengiktiraf kaedah takzir (iaitu hukuman yang bukan hudud ) dalam kebanayakan kes..

5. Berhubung isu besar seperti ini, saya tidak setuju bahawa ia perlu diputuskan secara individu oleh mana-mana pemimpin. Seperti isu bahasa untuk Sains dan Matematik. Keputusan yang dibuat secara tiba-tiba tanpa konsultasi dan perbincangan, dan pelaksanaan secara tergesa-tergesa akan menimbulakan banyak masalah, seperti dalam isu Sains MAtematik sebelum ini..

Saya akan panggil semua pihak, alim ulamak dari seluruh negara tanpa mengira fahaman politik untuk membincangkan solution bagi masalah ini. Pakar undang-undang dan wakil dari Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia akan turut dipanggil untuk memberikan pandangan dalam proses mendraf undang2 yang selaras dengan syariah Islam.

5. Selepas beberapa tahun, survey akan dibuat untuk melihat penerimaan umat Islam terhadap isu ini. Sekiranya terdapat banyak tentangan, mungkin undang2 Islam boleh dibuat secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk ahli-ahli PAS dan orang Islam yang ingin kepada undang2 Islam, mereka boleh menandatangani borang menyatakan mereka ingin undang2 Islam dilaksanakan ke atas mereka. Justeru, tidak timbul masalah undang2 Islam dipaksakan ke atas sesiapa.

Saya yakin kebaikan undang-undang Islam akan terserlah apabila ia mula dilaksanakan dan tidak timbul langsung sebarang paksaan.

Sebagai manusia, saya mungkin tersilap dan sedia menerima teguran.